Kawasan Autonomi Tibet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
{{{EnglishName}}}
Cina : {{{ChineseName}}}
{{{Pinyin}}}
Singkatan:   (Pinyin: Zàng)
Tibet is highlighted on this map
Asal-usul nama Lihat Asal-usul nama
Jenis pentadbiran Kawasan autonomi
Pusat pentadbiran
(dan bandaraya terbesar)
Lhasa
Setiausaha Jwk CPC Zhang Qingli
Pengerusi {{{Governor}}}
Luas 1,228,400 km2 (474,300 bt2) (2)
 - Latitud {{{Latitude}}}
 - Longitud {{{Longitude}}}
Penduduk (2004)
 - Kepadatan
2,740,000 (31)
2.2/km2 (5.7/sq mi) (31)
KDNK (2007)
 - per kapita
CNY 34.22 bilion (31)
CNY 12,109 (26)
HDI (2005) 0.586 (sederhana) (31)
Bangsa-bangsa utama 92.8% Tibet
6.1% Han
0.3% Hui
0.3% Monpa
0.2% lain-lain
Peringkat prefektur 7 bahagian
Peringkat daerah 73 bahagian
Peringkat perbandaran 692 bahagian
ISO 3166-2 CN-54
Laman web rasmi
http://www.xizang.gov.cn/
Sumber untuk data penduduk dan GDP:
《中国统计年鉴—2005》 Buku Tahunan Statistik China 2005
ISBN 7503747382
Sumber untuk data bangsa-bangsa:
《2000年人口普查中国民族人口资料》 Perangkaan bangsa-bangsa banci populasi China 2000
ISBN 7105054255
*Seperti pada 31 Disember, 2004
TemplatPerbincanganProjekWiki China

Kawasan Autonomi Tibet (TAR), atau juga Xizang (Bahasa Tibet: བོད་རང་སྐྱོང་ལྗོངས་; Wylie: Bod-rang-skyong-ljongs; Cina Ringkas: 西藏自治区; Cina Tradisional: 西藏自治區; pinyin: Xīzàng Zìzhìqū), ialah sebuah kawasan autonomi berperingkat wilayah di Republik Rakyat China (PRC).

Dalam lingkungan Republik Rakyat China, nama Tibet memaksudkan Wilayah Autonomi yang merangkumi separuh kawasan Tibet bersejarah, termasuk daerah-daerah Ü-Tsang dan Kham (separuh barat) yang asal. Sempadannya lebih kurang bersamaan kawasan penguasaan sebenar kerajaan Tibet sebelum tahun 1959. Tibet ialah wilayah kedua terbesar di China dari segi keluasan (meliputi 470,000 bt2 atau 1,200,000 km2*) mengekori Xinjiang.

Tidak seperti kawasan-kawasan autonomi lain, kebanyakan besar penduduknya merupakan suku etnik tempatan. Oleh yang demikian, wujudnya pertikaian mengenai tahap autonomi sebenar kawasan ini. Kerajaan China mendakwa bahawa Tibet cukup autonominya, seperti yang dijamin oleh Perkara-perkara 112-122 dalam Perlembagaan Republik Rakyat China dan juga Undang-undang Autonomi Etnik Setempat Republik Rakyat China, tetapi pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia seluruh dunia mendakwa kerajaan China tengah menganiaya dan menindas penduduk setempatnya.[1]

Tibet terletak di bawah pentadbiran Republik Rakyat China. Satu "Pentadbiran Pusat Tibet", atau dikenali sebagai "Kerajaan Tibet Dalam Buangan" yang diketuai Dalai Lama, menyifatkan situasi ini sebagai pendudukan tentera yang tidak sah, apatah lagi mendakwa bahawa Tibet ialah sebuah negara berdaulat tersendiri yang panjang sejarah kemerdekaannya, namun Dalai Lama itu sendiri tidak memburu impian memerdekakan Tibet, sebaliknya sedia menerima taraf berautonomi yang serupa seperti Hong Kong.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "International Campaign for Tibet: Tibet: Human Rights in Tibet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-21. Dicapai pada 2008-10-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Penyokong pemerintahan China di Tibet[sunting | sunting sumber]

Pembangkang pemerintahan China di Tibet[sunting | sunting sumber]

Berkecuali[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 31°42′20″N 86°56′25″E / 31.70556°N 86.94028°E / 31.70556; 86.94028