Kawasan Chūbu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan Chūbu
中部地方
Kawasan
Kawasan Chūbu di Jepun
Kawasan Chūbu di Jepun
Keluasan
 • Jumlah72.572,34 km2 (28.02034 batu persegi)
Penduduk
 (Oktober 1, 2015)
 • Jumlah21.460.410
 • Kepadatan295,7/km2 (7,660/batu persegi)
Zon waktuUTC+09:00 (JST)
Gunung Fuji ialah mercu tanda terunggul di kawasan Chūbu.

Kawasan Chūbu (Jepun: 中部地方, Hepburn: Chūbu-chihō) terletak di rantau tengah Honshū, pulau utama Jepun, dan dianggarkan diduduki oleh 21,886,324 orang pada tahun 2008.

Chūbu yang bermaksud "kawasan tengah", meliputi sembilan wilayah: Aichi, Fukui, Gifu, Ishikawa, Nagano, Niigata, Shizuoka, Toyama, Yamanashi, dan adakalanya dikira juga wilayah Mie.[1]

Kawasan Chūbu terletak terus di antara kawasan Kantō dan kawasan Kansai, dan menempatkan bandraya utama Nagoya dan juga pesisir pantai yang amat panjang di tepi Lautan Pasifik dan Laut Jepun, extensive mountain resorts, dan Gunung Fuji.

Kawasan Chūbu merupakan bahagian yang paling luas di Honshū, bercirikan gunung-ganang yang tinggi dan berceranggah. Banjaran Alp Jepun membahagikan negara kepada Omote-Nihon (Jepun: 表日本, "Jepun luaran") bahagian "hadapan" Jepun sebelah Lautan Pasifik yang jarang bersalji pada musim sejuk, dan Ura-Nihon (Jepun: 裏日本, "Jepun dalaman"), bahagian "belakang" Jepun sebelah Laut Jepun yang kerap bersalji pada musim sejuk.

Subkawasan[sunting | sunting sumber]

Kawasan Chūbu begitu besar dan berbagai-bagai, sehingga boleh dibahagi kepada tiga subkawasan.

Tōkai[sunting | sunting sumber]

Kawasan Tōkai yang kebanyakannya bersempadan dengan Lautan Pasifik, ialah sebuah koridor sempit yang disampuk di beberapa bahagian oleh gunung-gunung yang menurun ke tepi laut.

Sejak zaman Tokugawa (1600-1867), koridor ini penting untuk menghubungkan kota-kota Tokyo, Kyoto, dan Osaka. Salah sebuah laluan kuno terpenting di Jepun zaman silam, iaitu Tōkaidō, melalui koridor ini untuk menghubungkan Tokyo (yang ketika itu dipanggil Edo) dan Kyoto, ibu kota diraja lama. Pada abad ke-20, Tōkai menjadi laluan untuk lebuh raya perkasa dan landasan keretapi berkelajuan tinggi (shinkansen). Kawasan ini terdiri daripada wilayah-wilayah Aichi, Mie, Shizuoka, dan Gifu Selatan.

A number of small alluvial plains are found in the corridor section. A mild climate, favorable location relatively close to the great metropolitan complexes, and availability of fast transportation have made this area a center for truck-gardening and out-of-season vegetables. Upland areas of rolling hills are extensively given over to the growing of mandarin oranges and tea. Nagoya, which faces Ise Bay, is a center for heavy industry, including iron and steel and machinery manufacturing. The corridor also has a number of small but important industrial centers. The western part of Tōkai includes the Nōbi Plain, where rice was being grown by the seventh century.

Chūkyō[sunting | sunting sumber]

Tiga wilayah Tōkai yang terletak di keliling bandaraya Nagoya (Aichi, Gifu, dan Mie) yang menjalin pertalian ekonomi yang sungguh utuh, dan bahagian-bahagian wilayah tersebut yang paling berdekatan dengan Nagoya membentuk Kawasan Metropolitan Chūkyō. Kawasan ini bermegah dengan ekonomi ketiga terkukuh di Jepun, dan pengaruhnya ini adakalanya meluas hingga ke kawasan terpencil wilayah berkenaan yang agak jauh dari Nagoya. Oleh itu, tiga wilayah ini dikenali sebagai "kawasan Chūkyō" dalam pengertian perniagaan, tetapi timangan tersebut tidak begitu banyak digunakan di seluruh Jepun, melainkan ekonomi di kawasan ini bertambah kuat lagi.

Tanah Tinggi Tengah[sunting | sunting sumber]

Tanah Tinggi Tengah ialah sebuah kawasan pergunungan yang kompleks dan tinggi berceranggah, terangkum sekali Alp Jepun, yang diberi timangan "bumbung Jepun". Kependudukannya tertumpu pada enam lembangan tinggi yang disambungkan oleh lembah-lembah yang sempit. Tosan pernah menjadi sebuah kawasan penghasilan sutera utama, namun keluarannya merosot selepas Perang Dunia Kedua. Kebanyakan tenaga buruh yang pernah diperlukan untuk menghasilkan sutera telah diserap oleh industri perkilangan yang dipelbagaikan di kawasan ini, termasuk peralatan persis, jentera, tekstil, pemprosesan makanan, dan lain-lain perkilangan ringan. Kawasan ini merangkumi wilayah-wilayah Yamanashi, Nagano, dan Gifu utara, adakalanya dikira juga wilayah Niigata.

Hokuriku[sunting | sunting sumber]

Kawasan Hokuriku terletak di garis pantai Laut Jepun, di barat laut dari pergunungan besar yang membentuk Tanah Tinggi Tengah. Kawasan ini mengalami turunan salji yang lebat (sehingga cukup-cukup menyumbat jalan utama) dan angin kencang pada musim sejuk, dan sungai-sungainya yang bergelora dijadikan sumber hydroelectric power yang kaya. Wilayah Niigata juga merupakan tapak penghasilan gas dan minyak tempatan. Pembangunan industri meluas, khususnya di bandaraya-bandaraya Niigata dan Toyama; wilayah-wilayah Fukui dan Ishikawa juga menempatkan industri perkilangan besar-besaran. Asalnya, pembangunan Hokuriku berpunca dari pasaran di kawasan Kansai, tetapi baru-baru ini kawasan-kawasan bandar di tengah-tengah kawasan Kantō dan kawasan Tōkai turut memberikan pengaruh besar. Hokuriku memiliki prasarana pelabuhan yang bertujuan utama memudahkan perdagangan dengan Rusia, Korea dan China. Pengangkutan antara Niigata dan Toyama pernah terbatas atas sebab-sebab geografi, dan Niigata merasa pengaruh kuat dari kawasan Kantō. Oleh itu, wilayah Niigata sering digolongkan sebagai sebahagian kawasan Kōshin'etsu bersama wilayah-wilayah Nagano dan Yamanashi dari Tanah Tinggi Tengah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mie Prefecture homepage: About Mie (pdf)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-04-08. Dicapai pada 2010-04-05.


Koordinat: 35°53′N 137°57′E / 35.883°N 137.950°E / 35.883; 137.950