Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan Pentadbiran Khas

KRK ditandai titik hijau
(A: Hong Kong; B: Makau)
Nama Cina
Cina Tradisional: 特別行政區
Cina Ringkas: 特别行政区
Nama Portugis
Bahasa Portugis: Região especial administrativa
(Dengar)

Kawasan Pentadbiran Khas (KRK atau SAR; bahasa Inggeris: Special Administrative Region) Republik Rakyat China ialah sejenis bahagian pentadbiran republik tersebut. Setiap KRK diketuai oleh Ketua Eksekutif sebagai ketua wilayah dan kerajaannya. Bagaimanapun kerajaan untuk setiap kawasan ini tidak diiktiraf sepenuhnya di mata dunia, atas sebab dasar hubungan luar dan pertahanan negara di bawah kawalan negara ibu pertiwi dan kerajaan pusat.

Republik Rakyat China pada masa kini mempunyai dua buah Kawasan Pentadbiran Khas, iaitu Hong Kong dan Makau, dan kedua-dua wilayah ini tidak wajar dikelirukan dengan Zon Ekonomi Khas, iaitu kawasan yang dibawah pentadbiran kerajaan pusat sepenuhnya. Artikel 31 dalam Perlembagaan Republik Rakyat China membenarkan Kongres Rakyat Negara untuk menubuhkan Kawasan Pentadbiran Khas.

[1]Kedudukan istimewa[sunting | sunting sumber]

Setiap satu daripada dua KRK iaitu Hong Kong dan Makau (yang masing-masing ditubuhkan pada tahun 1997 dan 1999) mempunyai satu undang-undang asas yang memberikan kawasan tersebut dengan tahap autonomi yang banyak, sistem politik yang berasingan dan ekonomi kapitalis di bawah prinsip "satu negara, dua sistem" yang dicadangkan oleh Deng Xiaoping. Kedua-dua wilayah itu merupakan konsesi pragmatik kepada kenyataan bahawa kawasan-kawasan tersebut merupakan bekas wilayah perjanjian di bawah pajakan jangka masa panjang, secara praktikya bekas jajahan kuasa Imperialisme Eropah yang pernah ditadbir di bawah undang-undang penjajah barat ketika tempoh pajakan tersebut. Apabila pegangan pajak jangka panjang Great Britain dan Portugal kian menghampiri kelupusan, warga tempatan jajahan tersebut agak keberatan untuk menggugurkan undang-undang barat, maka para pegawai China bersetuju untuk mengekalkan kebanyakan undang-undang tempatan yang sedia ada, agar kuasa-kuasa asing tersebut melepaskan kawalan masing-masing tanpa was-was.

Tahap autonomi tinggi[sunting | sunting sumber]

Kini, kedua-dua KRK iaitu Hong Kong dan Makau bertanggungjawab terhadap segala isu kecuali tindakan negara seperti hubungan diplomatik dan pertahanan negara: kesannya, kawasan tersebut mempunyai sistem kehakiman dan mahkamah rayuan tersendiri, serta perundangan, dasar imigrasi, matawang dan proses ekstradisi sendiri. Sistem perundangan yang sedia ada, iaitu undang-undang adat di Hong Kong dan undang-undang Portugal di Macau dikekalkan kecuali yang membawa kesan kepada penubuhan mahkamah rayuan.

Imigrasi dan kewarganegaraan[sunting | sunting sumber]

Setiap KRK mengeluarkan pasport dengan sendirinya, hanyak kepada penduduk tetap yang juga merupakan warga Republik Rakyat China, iaitu, warga Republik yang memuaskan mana-mana daripada syarat berikut:

  • lahir di dalam KRK;
  • lahir di mana-mana kepada mana-mana induk yang merupakan penduduk tetap KRK;
  • menetap secara berterusan dalam KRK selama tujuh tahun atau lebih.

Selain menawarkan perlindungan konsular oleh Republik Rakyat China kepada pemegang, pasport ini juga menyatakan bahawa pemegangnya mempunyai hak untuk berumah di KRK pengeluar pasport tersebut.

Kongres Rakyat Negara juga menugaskan setiap SAR untuk mentadbirkan Undang-undang Kewarganegaraan China dalam wilayah masing-masing, iaitu naturalisasi, pelepasan dan pemulihan kerakyatan Republik rakyat China dan pengeluaran bukti kerakyatan.

Tawaran kepada Taiwan[sunting | sunting sumber]

Republik Rakyat China pernah menawarkan Taiwan status yang serupa kepada KRK jika pulau tersebut mengiktiraf kedaulatan Republik Rakyat China. Bagaimanapun, kerajaan Republik China yang mentadbir Taiwan enggan menerimanya. Malah, kebanyakan pantauan yang dijalankan menunjukkan bahawa cuma kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan pengundi di Taiwan menyokong cadangan ini. Tidak seperti Hong Kong dan Makau, cadangan KRK Taiwan akan menyimpan bala tentera sendiri dan bukannya menerima garison. Janji tahap autonomi tinggi, seperti yang diberi kepada Hong Kong dan Makau, antara yang lain, disemadikan dalam Undang-undang Anti-Pemisahan Republik Rakyat China yang berkuatkuasa sejak tahun 2005.

Kerajaan KRK Taiwan bakal mempunyai pentadbiran yang dikendali oleh pihak tempatan, tetapi dilantik oleh Beijing. Perundangan wilayah akan kekal sebagai perundangan yang diundi dan sistem pelbagai parti akan dikekalkan di lingkungan perundangan tersebut.

Cadangan Taiwan sebagai KRK: [1] [2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]