Kawasan Perusahaan Beranang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kawasan Perusahaan Beranang diwujudkan semasa pentadbiran Menteri Besar Selangor Dato Haji Mohamad bin Mohamad Taib . Ketika itu banyak kilang-kilang haram wujud dipelbagai tempat dan satu zon perindustrian baru diperlukan agar kilang-kilang haram ini ditempatkan semula dalam satu zon yang lebih teratur.

Misi pelaburan ke luar negara yang turut disertai oleh kerajaaan negeri Selangor berjaya menarik pelabur asing ke Shah Alam. Malangnya Kawasan Perindustrian Shah Alam telah padat dan penuh. Justeru itu kerajaan negeri bersama Kementerian Perindustrian mengalu-alukan Kawasan Perusahaan Beranang yang dimajukan oleh Pejabat Daerah Hulu Langat.

Mulanya Kawasan Perusahaan ini tidaklah mendapat sambutan sangat kerana kedudukannya jauh dari Shah Alam, Selangor. Hanya kilang papan dan kilang mercun yang berminat beroperasi di sini.

Klang-kilang[sunting | sunting sumber]