Kawasan rehat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kawasan rehat dan rawat)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kawasan rehat dan rawat (arah utara) di Batu 262, Lebuhraya Interstate 81, Rockingham County, Virginia.

Kawasan rehat dan rawat ataupun kawasan rehat merupakan satu kemudahan awam di tepi lebuh raya di mana pengguna lebuh raya boleh berhenti sambil berehat, makan, ataupun mengisi minyak. Kemudahan yang terdapat di kawasan rehat dan rawat termasuklah tempat meletak kenderaan, stesen minyak, tandas, restoran serta gerai makanan. Kawasan rehat yang mempunyai kemudahan yang terhad kepada tempat meletak kenderaan serta tandas dipanggil hentian sebelah.

Sepintas lalu[sunting | sunting sumber]

Piawaian bagi kawasan rehat mungkin berbeza mengikut tempat. Di samping untuk kereta dan motosikal, kawasan rehat juga mempunyai tempat meletak kenderaan berat seperti bas, lori dan kenderaan rekreasi.

Kebanyakan kawasan rehat dan rawat kendalian kerajaan terletak di kawasan luar bandar yang terpencil dan selalunya tiada kemudahan restoran makanan segera, stesen minyak, motel ataupun kemudahan lain yang terdekat untuk para pengembara. Lokasi kawasan rehat sering ditandakan di papan tanda lebuh raya; contohnya "Kawasan Rehat dan Rawat Seremban - 10 km".

Selalunya maklumat pemanduan seperti peta dan maklumat tempatan lain sering terdapat di kawasan sebegini. Sesetengah kawasan rehat turut mempunyai pasukan peronda lebuh raya yang bertugas. Selain itu, kawasan rehat mungkin juga terdapat mesin jualan, telefon awam, stesen minyak, restoran atau kedai serbaneka.

Kawasan rehat dan rawat komersial swasta biasanya terdiri daripada pusat rehat yang lengkap dengan stesen minyak, arked permainan video, pusat rekreasi, serta restoran makanan segera, kafeteria atau medan selera di bawah satu bumbung di sebelah lebuh raya. Sesetengahnya turut menawarkan kemudahan untuk perniagaan seperti mesin juruwang automatik, faksimile serta capaian internet.

Di negara-negara Islam seperti Malaysia, kawasan rehat di lebuh raya turut menyediakan kemudahan surau bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat di sepanjang perjalanan melebihi 90 km (2 marhalah; 1 marhalah ≈ 45 km).

Di lebuh raya, kawasan rehat dan rawat boleh terdiri daripada salah satu daripada konfigurasi berikut:-

  • Di tepi lebuh raya, dicapai sehala melalui sebelah bahagian lebuh raya sahaja (paling lazim).
  • Di tepi lebuh raya, dicapai melalui kedua-dua belah lebuh raya melalui persimpangan bertingkat.
  • Di bahagian pembahagi lebuh raya ("pulau"), boleh dicapai melalui kedua-dua belah lebuh raya.
  • Restoran jejantas, terletak di atas lebuh raya dan boleh dicapai melalui kedua-dua belah lebuh raya.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Contoh lokasi kawasan rehat dan rawat[sunting | sunting sumber]