Kulit kayu manis
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kayu manis)
Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah, dan nama sainsnya adalah Cinnamomum zeylanicum. Ia berasal dari Sri Lanka tetapi banyak diimport dari China dan Indonesia.
Kegunaan [sunting]
Kulit kayu manis digunakan untuk menumis. Ia juga boleh digunakan untuk menambah wangian pada air gula (sirap) semasa merebus. Untuk masakan barat, serbuknya digunakan untuk membuat cinnamon roll dan pai epal. Kulit kayu manis juga digunakan untuk membuat wangian.