Kazuo Ishiguro
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Kazuo Ishiguro | |
|---|---|
Kazuo Ishiguro di Kraków (Poland), 29 Oktober 2005 |
|
| Kelahiran | 8 November 1954 (umur 57) Nagasaki, Nagasaki, Jepun |
| Pekerjaan | Penulis novel |
| Kerakyatan | Britain |
| Tempoh penulisan | 1981-sekarang |
| Kerja setara | The Remains of the Day, Never Let Me Go |
Kazuo Ishiguro OBE (Bahasa Jepun: カズオ・イシグロ (Kazuo Ishiguro) atau 石黒 一雄 (Ishiguro Kazuo); lahir pada 8 November 1954) ialah seorang penulis novel Jepun–Inggeris. Dia dilahirkan di Nagasaki, Jepun, dan keluarganya berpindah ke England pada 1960. Ishiguro mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Kent pada 1978 dan ijazah sarjana dari Universiti East Anglia dalam kursus penulisan kreatif pada 1980. Dia menjadi warganegara Britain pada 1982.