Kebakaran Terminal Minyak Pelabuhan Tanjung Langsat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kebakaran Terminal Minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat terjadi pada hari Ahad, 17 Ogos 2008 jam 6.30 petang melibatkan sebuah tangki minyak yang penuh dengan bahan kimia mudah terbakar. Kebakaran tercetus apabila gasolin yang terdapat dalam tangki pertama terbakar tanpa diketahui puncanya setakat ini. Tangki minyak nombor satu berkapasiti 20,000 tan padu yang berisi 16,000 tan padu gasolin. Api menjulang 30 meter dan dapat dilihat dari jarak 3 km . Setakat ini tidak ada sebarang letupan berlaku. Lokasi juga jauh dari taman perumahan dan perumahan kakitangan.

Terdapat 8 buah tangki yang penuh dengan bahan kimia berbahaya di situ. Jarak antara tangki ialah 60 meter.Hanya 3 tangki berisi gasolin kerana kerja pembersihan tangki sedang dilakukan oleh syarikat pemilik.

Kebakaran tangki kedua berlaku ketika kerja-kerja memindahkan 11,200 meter padu Naptha dari tangki kedua ke tempat lain tetapi kebakaran tercetus juga. Angin kencang dan hujan lebat menyebabkan api merebak dan tidak terkawal pada jam 7.10 malam. Tangki kedua berisi 8000 meter padu Naptha.

Kerja memadam menggunakan semburan buih dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasir Gudang Emergency Mutual Aid dan pekerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Seramai 222 anggota Bomba dan Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (Pagema) yang dianggotai syarikat Titan Himont, Idemitsu, Malaysian Marine Heavy Engineering dan Johor Port Bhd bersama 13 jentera bomba bertungkus-lumus memadamkan api agar tidak merebak ke tangki seterusnya. [1]. Anggota Bomba didatangkan dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.

Terminal minyak ini adalah milik Tanjung Langsat Port Sdn Bhd, yang mana 99.75 peratus ekuitinya dipegang oleh Johor Corporation manakala 0.25 peratus TPM Technopark Sdn Bhd.Pengarah Tanjung Langsat Port Sdn Bhd ialah Lukman Abu Bakar.

Sementara Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Roslan Zainuddin memantau keselamatan manusia dan persekitaran.[2]

Peristiwa 2006[sunting | sunting sumber]

Pada April 2006, dua tangki simpanan petrol Petronas Dagangan di Pelabuhan Johor terbakar semasa cuaca buruk, menyebabkan 5,000 pekerja pelabuhan dipindahkan ke kawasan dalam lengkongan 2km.

Rujukan[sunting | sunting sumber]