Kebakaran hotel Sulaimaniya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kebakaran hotel Sulaimaniya
Tarikh15 July 2010
Masa10:30 PM
LokasiSulaymaniyah, Sulaymaniyah Governorate, Iraq
Kematian40
Kecederaan30

Kebakaran hotel Sulaimaniya terjadi pada 15 Julai 2010. Seramai 30 orang terbunuh dan 40 cedera akibat terperangkap dalam hotel di Sulaimaniya, Kurdistan , utara Iraq itu. Kejadian berlaku jam 10.30 malam. Polis percaya ia akibat litar pintas dan bukan serangan pengganas. Kurdistan terletak di utara Iran dan bersempadan dengan Turki.

Mangsa kebakaran[sunting | sunting sumber]

Seramai 30 orang menjadi mangsa, termasuk 4 wanita, 4 kanak-kanak dan 14 rakyat asing. 40 orang lagi cedera. Rakyat asing yang menjadi mangsa dari negara Kanada, Kambodia, Bangladesh, Australia, Ecuador, Afrika Selatan, Britain, Lebanon, Venezuela dan Sri Lanka.[1]

Tiga orang terjun dari jendela tetapi terbunuh. Kebanyakan yang terbunuh kerana menyedut asap . Rakyat asing yang tewas , bekerja di syarikat telefon bimbit, industri minyak dan beberapa perusahaan lain. Perdana Menteri Kurdistan Barham Saleh mengucapkan takziah kepada keluarga rakyat tempatan dan asing.[2]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu turut mengucapkan takziah dan pertama kali merujuk dan menggunakan istilah 'Kurdistan'. Beliau menghantar surat perutusan kepada Mesut Barzani, pemimpin Kurdistan Iraq. Selama 26 tahun pemberontak kurdish membunuh 7 tentera di Turki bagi menuntut kemerdekaan wilayah tersebut. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan konflik membabitkan minoriti Kurdish (PKK) di Kurdistan sukar diselesaikan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]