Kebakaran hutan Yunani 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kebakaran hutan Greece 2007)
Kebakaran hutan Yunani 2007
Kawasan terbakar: Do Yunani: Peloponnesos, Attica dan Euboea
Terbunuh: 52 orang

Kebakaran hutan di Yunani bermula pada 28 Jun 2007 dan telah memusnahkan sebahagian besar Taman Negara Parnitha. Dianggarkan 25,000 hingga 35,000 hentar hutan musnah .Kawasan lain yang terbakar ialah Pelion, Agia dan Melivoia, Skourta, Dafni, dan Pyli. Sebelum ini kebakaran besar pernah berlaku di Penteli pada 1995.

Ogos 2007[sunting | sunting sumber]

Peta Greek
Peta Greek

Pada 24 Ogos 2007, kebakaran memusnahkan Peloponnesos, Attica dan Euboea. Di Peloponnesos, banyak kampung terbakar dan 51 orang terbunuh. Pada 25 Ogos, ramai didapati hilang. 6 orang dilaporkan terbunuh di Areopoli.

Perdana Menteri Yunani Kostas Karamanlis mengumumkan perintah darurat di kawasan terlibat dan memohon bantuan dari Kesatuan Eropah. Perancis telah menghantar pesawat pemadam kebakaran. Jerman, Sepanyol dan Belanda turut berjanji menghantar pesawat pemadam api. 500 tentera Yunani dihantar ke kawasan terlibat. Itali telah menghantar kapal terbang pengangkut air untuk memadamkan api kebakaran.

Pada 25 Ogos 2007, hutan yang terbakar telah melarat-larat hingga ke Gunung Imitos dan Filothei di Athens , Keratea , Markopoulo Mesogaias di Attica Timur.Bandar Olympia di mana tapak sejarah Sukan Olimpik bermula turut terlibat. Bangunan purba dikhuatiri akan turut sama terbakar jika tidak ada sebarang tindakan menyelamat yang lebih afektif.

Senarai kawasan terbakar[sunting | sunting sumber]


Sehingga 28 Ogos 2007, seramai 49 orang terbunuh dan 10 orang masih hilang.