Kebudayaan Beijing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Negara untuk Seni Lakon
Balai Cerap Beijing lama
Adegan daripada opera Beijing
Mangkuk cloisonné Cina daripada dinasti Qing

Kebudayaan Beijing amat sangat kaya, suatu hakikat daripada petempatan manusia ribuan tahun di kawasan Beijing kini sejak abad ke-1 SM lagi. Kebudayaan ditakrifkan sebagai seni, kepercayaan, adat resam, institusi, dan kesemua hasil kerja dan pemikiran manusia yang lain.

Anak kelahiran bandar Beijing menuturkan dialek Beijing yang tergolong dalam bahasa pertuturan Mandarin. Dialek Beijing ialah asas kepada bahasa Mandarin Baku, bahasa yang digunakan di tanah besar China, Taiwan, dan Singapura. Kawasan luar bandar Wilayah Perbandaran Beijing mempunyai dialek-dialek tersendiri yang mirip dengan dialek wilayah Hebei yang mengelilingi Wilayah Perbandaran Beijing.

Penghuni Beijing yang lebih muda kini lebih tertarik kepada kehidupan malam yang berkembang maju pada dekad kebelakangan ini, suatu perkembangan yang melanggar tradisi kebudayaan yang dahulunya hampir hanya diperuntukkan untuk orang kelas atas.[1]

Siheyuan dan hutong[sunting | sunting sumber]

Siheyuan membarisi hutong (lorong) yang menghubungkan kawasan dalaman bandar raya lama Beijing. Lorong-lorong itu biasanya terbentang pada arah timur ke barat supaya muka pintu dapat menghadap utara atau selatan atas alasan feng shui. Lebar berbeza-beza, dengan sesetengahnya terlalu sempit sehingga muat hanya until sebilangan kecil pejalan kaki melaluinya pada mana-mana satu masa.

Pada suatu ketika, siheyuan dan hutong sangat popular di Beijing, tetapi kini lesap dengan begitu pantas sementara seluruh blok hutong diratakan dan digantikan dengan bangunan tinggi. [2] Bagaimanapun, penghuni siheyuan berhak tinggal di apartmen bangunan baharu yang saiznya tidak kurang daripada tempat kediaman mereka yang dahulu. Sungguhpun demikian, banyak orang terasa kehilangan dan merindui suasana kemasyarakatan tradisi dan kehidupan jalan raya hutong tidak dapat digantikan.[3] Lebih-lebih lagi, penghuni hanya memilik kawalan yang amat terbatas terhadap kediaman mereka kerana ia kini dipegang oleh pemerintahan.[4]

Sesetengah kawasan kejiranan hutong yang bersejarah atau berpemandangan indah telah dipeliharakan dan dibaik pulih oleh pemerintahan, khususnya untuk Sukan Olimpik 2008.[5]

Masakan[sunting | sunting sumber]

Masakan Mandarin ialah gaya memasak tempatan di Beijing. Sebilangan hidangannya termasuk:

Restoran teh juga biasa dijumpai di Beijing. Teh Cina datang dengan banyak kelainan, dengan sesetengahnya yang mahal dikatakan dapat merawat badan yang uzur dengan amat berkesan.

Cloisonné dan perkakas lakuer[sunting | sunting sumber]

Cloisonné (atau Jingtailan yang secara harfiah bererti "Biru Jingtai") ialah teknik dan tradisi pengerjaan logam yang merupakan salah satu keistimewaan seni kebudayaan Beijing.[6] Membuat cloisonné memerlukan proses yang rumit yang merangkumi: [6][7]

Perkakas lakuer Beijing dikenali untuk corak dan imej yang canggih dan intrinsik yang diukir pada permukaan perkakas, dengan pelbagai teknik perhiasan lakuer digunakan, termasuk "lakuer terukir" dan "emas terukir".

Opera Beijing[sunting | sunting sumber]

Opera Beijing, atau opera Peking (Jingju), terkenal di seluruh ibu negara. Sering dipuji sebagai salah satu pencapaian tertinggi budaya Cina, ia dipersembahkan melalui penggabungan lagu, dialog pertuturan, dan urutan gerak-geri tetap seperti gerak isyarat, pergerakan, perlawanan, dan gerak akrobatik. Kebanyakan opera Beijing dipersembahkan dalam dialek pentas kuno yang agak berbeza dengan bahasa Mandarin Baku moden dan dialek Beijing.[8]

Media[sunting | sunting sumber]

Televisyen dan radio[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat CCTV

Televisyen Beijing (BTV) membuat siaran menerusi saluran bernombor 1 hingga 10, manakala tiga stesyen radio menawarkan rancangan dalam bahasa Inggeris, iaitu:

  • Hit FM pada FM 88.7;
  • Easy FM oleh China Radio International (CRI) pada FM 91.5; dan
  • Radio 774 pada AM 774 yang baru dilancarkan.

Stesyen Radio Beijing ialah keluarga stesyen radio yang melayani khalayak bandar raya. Stesennya termasuk stesyen muzik FM 97.4, serta juga satu siri stesyen yang lain yang menumpukan berita, sukan, rancangan pendidikan, dan sebagainya.

Akhbar[sunting | sunting sumber]

Akhbar Beijing Evening News (Beijing Wanbao) yang terkenal diedarkan setiap petang dan meliputi berita tentang Beijing dalam bahasa Cina. Terbitan yang lain di Beijing termasuk akhbar yang berikut:

  • The Beijing News (Xin Jing Bao);
  • Beijing Star Daily
  • Beijing Morning News; dan
  • Beijing Youth Daily (Beijing Qingnian Bao);

serta terbitan mingguan bahasa Inggeris, Beijing Weekend, dan Beijing Today (edisi bahasa Inggeris Youth Daily). Akhbar edisi bahasa Inggeris untuk People's Daily dan China Daily juga diterbitkan di Beijing. Akhbar Cina edaran negara juga boleh didapati di Beijing.

Terdapat juga terbitan yang mengkhususkan pelawat antarabangsa dan komuniti ekspatriat, termasuk terbitan berkala bahasa Inggeris yang berikut:

Terbitan antarabangsa, termasuk akhbar dan majalah bahasa Inggeris dan bahasa lain, juga boleh didapati di hotel antarabangsa dan gerai persahabatan yang utama, dengan kandungannya seringnya kelihatan lengkap (tidak tertapis).

Sukan[sunting | sunting sumber]

Beijing mengacara Sukan Olimpik Musim Panas 2008 dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2008. Pegawai bandar memindahkan 350,000 orang untuk membina Stadium Negara Beijing,[9] yang disiapkan pada 28 Jun 2008.[10]

Pasukan sukan profesional yang berpusat di Beijingtermasuk:

Peserta Sukan Olimpik Beijing daripada Persatuan Bola Keranjang Amerika (ABA), dahulunya pasukan Persatuan Bola Keranjang Cina (CBA), mengekalkan nama mereka dan memelihara sebuah senarai yang terdiri terutamanya daripada pemain Cina, selepas berpindah ke Maywood, California pada 2005.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Levin, Dan (2008-06-15). "Beijing Lights Up the Night". The New York Times. Dicapai pada 2008-06-15.
  2. ^ Shen, Wei (2004-02-16). "Chorography to record rise and fall of Beijing's Hutongs". China Daily. Dicapai pada 2008-06-27.
  3. ^ Li, Dray-Novey & Kong 2007, halaman 253
  4. ^ Gallagher, Sean (2006-12-06). "Beijing's urban makeover: the 'hutong' destruction". Open Democracy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-25. Dicapai pada 2008-06-27.
  5. ^ "Beijing Olympics - City gets an Olympic facelift". 938 Live. MediaCorp. 2008-03-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-27. Dicapai pada 2008-06-27.
  6. ^ a b "Cloisonné. Beijing Touree". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 2009-10-26.
  7. ^ "Beijing - Chinese Cloisonné Enamelware". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-11. Dicapai pada 2009-10-26.
  8. ^ "Jingxi". Britannica Online Encyclopedia. 2008.
  9. ^ Davis 2006, halaman 106
  10. ^ "Beijing Olympics Bird's Nest ready". BBC News. 2008-06-28. Dicapai pada 2008-06-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Koordinat: 39°54′N 116°24′E / 39.9°N 116.4°E / 39.9; 116.4