Kebudayaan Republik China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kebudayaan Taiwan ketika ini mengalami transformasi yang besar hasil pemisahannya dengan tanah besar China yang telahpun mencecah lebih 100 tahun. Republik China di Taiwan kini mempunyai budaya tersendiri dengan bersumberkan budaya China, budaya Jepun dan budaya Amerika Syarikat, terutama dalam politik dan seni binaan. Penduduk asli Taiwan juga mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Kesenian, tradisi moyang, dan budaya popular merangkumi corak pelbagai motif beasaskan Asia dan Barat.

Dewan Konsert Kebangsaan di Taipei
Penari yang memakai baju budaya punduduk asli Taiwan

Selepas berpindah ke Taiwan, kerajaan KMT bertindak untuk mengekalkan budaya China. Kerajaan melaksanakan pelbagai kempen tulisan kaligrafi China, lukisan seni China, seni moyang China dan opera China. Salah suatu tarikan bandaraya Taipei adalah Muzium Kebangsaan China yang mempunyai lebih dari 650,000 koleksi gangsa, jed, kaligrafi, lukisan dan porcelain China. Kerajaan KMT di bawah Chiang Kai-Shek telah memindahkan koleksi ekstensif ini daripada Beijing pada tahun 1949 semasa melarikan diri ke Taiwan. Koleksi ini dipercayai menjadi sebahagian daripada harta budaya China, dan hanya 1 peratus dipamerkan pada setiap period masa.

Berkaraoke merupakan salah suatu daripada aktiviti yang degemari di Taiwan, hasil pengaruh Jepun. Suatu lagi contoh adalah Panchinko.

Minuman Taiwan juga telah berjaya dikenali di merata dunia. Teh berbuih dan Teh bersusu merupakan minuman Taiwan yang terkenal di Malaysia, Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat.

Taiwan juga menerbitkan filem-filem yang berkualiti setiap tahun. Antara pengarah filem yang terkenal dari Taiwan merupakan Ang Lee yang mendapat nama daripada filem arahannya Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Eat Drink Man Woman.

Kira-kira 80 peratus orang Taiwan merupakan bangsa etnik Han dan boleh bercakap bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Cina Mandarin sekali dengan Bahasa Cina Hokkien yang berasal daripada selatan sungai Min di provinsi Fujian di tanah besar China. Bahasa Hokkien ini yang dikenali sebagai Taiyu di Taiwan merupakan bahasa yang sama yang ditutur oleh kebanyakan orang Cina Malaysia. Golongan pro-Merdeka di Taiwan telah mempromosikan bahasa ini sejak tahun 1990-an, tampa menyedari bahawa ia hanya sekadar salah-suatu daripada dialek yang dipercakapkan di tanah besar China. Terdapat lagi 10 peratus daripada penduduk Taiwan yang menggunapakai bahasa Hakka. Golongan penduduk aboriginal pula, walaupun mempunyai bahasa sendiri, juga boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien.

Tokong Longshan di bandaraya Taipei merupakan suatu contoh bangunan yang direka dengan pengaruh selatan China, suatu ciri yang dijumpai pada kebanyakan bangunan lama di Taiwan.

Gerakan Local Taiwan terus menjadi punca berkembangnya budaya Taiwan yang asing daripada tanah besar China, sebagai suatu reaksi terhadap pemerintahan kuku besi KMT dan hostiliti PRC. Politik identiti dengan lebih 100 tahun pemisahan Taiwan dengan tanah besar dengan 50 tahun daripadanya di bawah pemerintahan Jepun, terus mnjadi isu dan mewujudkan perbezaan budaya dengan budaya China di tanah besar dalam pelbagai bidang, antaranya masakan, filem, fotografi, opera dan muzik.

Sistem kalendar[sunting | sunting sumber]

Mengikut tradisi imperial menggunakan nama maharaja China sebagai rujukan era dan tahun pemerintahan, dokumen-dokumen rasmi ROC dan kebayakan orang Taiwan masih mengguna Min Guo (Cina Tradisional: 民國, pinyin :mín gúo, yang bermaksud: "Negara Rakyat" atau dalam kes ini, "Republik") sistem mengnomborkan tahun diri tahun 1912 iaitu tahun kewujudan Republik China. Seperti contoh, tahun 2006 adalah tahun ke-95 'Min Guo' ataupun tahun ke-95 Republik China (jiu shiwu) nian" (民國九十五年) dalam bahasa China. Pada kebiasaannya nama era China berkarekter dua, Min Guo adalah singkatan bagi nama panjang ini. Kalender Juche yang digunakan di Korea Utara yang bermula dengan kelahiran Kim Il Sung pada tahun 1912 juga mengunapakai sistem yang sama.

Agama[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan agama yang utama di Taiwan termasuklah Buddhisme, Taoisme dan Agama Rakyat China.