Kebutaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kebutaan
Pengelasan dan sumber luaran
Budak Perempuan Buta (1856),
lukisan oleh John Everett Millais
ICD-10 H54.0, H54.1, H54.4
ICD-9 369
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Kebutaan ialah keadaan tentang kekurangan persepsi penglihatan, akibat faktor fisiologi ataupun psikologi.

Pelbagai skala telahpun dimajukan bagi menggambarkan tahap kehilangan penglihatan dan mengtakrifkan "buta".[1] Buta sepenuhnya adalah kehilangan menyeluruh segala bentuk deria cahaya dan direkodkan secara perubatan (klinikal) sebagai "NLP", ringkatan kepada ("no light perception").[1] "Buta" seringkali digambarkan sebagai kecacatan penglihatan teruk dengan sisa penglihatan. Untuk menentukan mereka yang memerlukan bantuan khas disebabkan kecacatan penglihatan, pelbagai perundangan kerajaan telah membentuk takrifan yang semakin rumit yang dirujuk sebagai disahkan buta - (legal blindness).[2] Di Amerika Utara dan kebanyakan Eropah, disahkan buta ditakrifkan sebagai tahap penglihatan pada tahap 20/200 (6/60) atau kurang dari itu pada mata terbaik dengan pembetulan sebaik mungkin. Ini bererti individual yang disahkan buta. Ini bererti mereka yang disahkan buta perlu berdiri sejauh 20 kaki daripada sesuatu objek bagi melihatnya sejelas apa yang orang normal mampu lihat pada jarak 200 kaki. Pada kebanyakan kawasan, mereka dengan penglihatan tajam purata bagaimanapun mempunyai lapangan pandangan kurang daripada 20 sudut darjah (biasanya 180 darjah) juga dikelaskan sebagai disahkan buta.

Sekitar sepuluh peratus daripada mereka yang disahkan buta, menurut mana-mana ukuran, tidak mempunyai penglihatan. Bakinya mempunyai sedikit penglihatan, dari mengesan cahaya kepada ketajaman yang relatively good acuity. Low vision is sometimes used to describe visual acuities from 20/70 to 20/200. [1]

Menurut Penilaian semula ke 10 Pengkelasan Statistik Antarabangsa, Kecederaan dan Punca Kematian WHO, Penglihatan lemah ditakrifkan sebagai ketajamanpenglihatan kurang dari 6/18, tetapi lebih baik atau bersamaan dengan 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kepada kurang daripada 20 darjah, dalam mata terbaik dengan pembetulan terbaik. Buta ditakrifkan sebagai ketajaman penglihatan kurang dari 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kurang daripada 10 darjah, pada mata terbaik dengan pembetulan terbaik.[2][3]


Buta Sah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1934, Persatuan Perubatan Amerika menerima pakai istilah buta seperti yang berikut:

"Ketajaman pandangan pusat pada 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta pembetulan atau ketajaman pandangan pusat lebih dari 20/200 sekiranya terdapat kecacatan medan penglihatan di mana pandangan sisi kucup pada tahap di mana keratan rentas terlebar dari mana luas medan penglihatan tidak melebihi 20 darjah pada mata terbaik."[3]

Kongres Amerika Syarikat memasukkan takrifan ini sebagai sebahagian dari program Bantuan kepada orang buta dalam Akta Keselamatan Sosial yang diluluskan pada 1935[3][4]. Pada tahun 1972, program Bantuan kepada orang buta dan dua yang lain di gabung di bawah judul XVI bagi Akta Keselamatan Sosial untuk membentuk program Tambahan Keselamatan Pendapatan [4] yang kini menyatakan:

"Seseorang dianggap buta bagi tujuan pengesahan menurut undang-undang sekiranya ia mempunyai ketajaman penglihatan pusat 20/200 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta pembetulan. Mata yang diiringi dengan kecacatan pada medan penglihatan sehinggakan ukurlilit terluas bagi sudut penglihatan melebar pada sudut tidak melebihi 20 darjah akah dianggap bagi matlamat ayat pertama subseksyen ini sebagai mempunyai ketajaman penglihatan pusat 20/200 atau kurang. Seseorang itu juga dianggap buta bagi takrifan ini sebagaimana ditakrifkan dibawah rancangan Negeri yang diluluskan di bawah tajuk X atau XVI bermula dari Oktober 1972 dan menerima bantuan di bawah rancangan sedemikian (berasaskan kebutaan) bagi Disember 1973, selagi dia ditakrifkan sebagai buta." [5]

Kuwait merupakan salah satu negara yang berkongsi kriteria bagi buta sah disisi undang-undang.[6].

Epidemiologi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1987, dianggarkan sekitar 598,000 orang di Amerika Syarikat memenuhi definasi sah kebutaan[7]. Daripada jumlah ini, 58% berusia melebihi usia 65 tahun[7]. Pada 1994-1995, 1.3 juta penduduk Amerika melaporkan sah buta[8].

Pada November 2004 rencana Magnitude and causes of visual impairment, terbitan WHO menganggarkan bahawa pada 2002 terdapat 161 juta (sekitar 2.6% penduduk dunia) orang yang mengalami kecacatan penglihatan di dunia, dari mana 124 juta (sekitar 2%) mempunyai penglihatan terhad dan 37 juta (sekitar 0.6%) adalah buta. [9]

Punca buta[sunting | sunting sumber]

Kecacatan penglihatan teruk berpunca daripada banyak sebab:

Penyakit[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan kecacatan penglihatan disebabkan oleh penyakit dan kekurangan zat. Menurut anggaran WHO pada 2002, kebanyakan punca buta diseluruh dunia adalah:

Mereka di negara membangun adalah lebih ramai mengalami kecacatan penglihatan disebabkan keadaan yang boleh dihalang berbanding mereka yang terdapat di negara maju. Sementara kecacatan penglihatan adalah biasa dikalangan mereka berusia melebihi 60 tahun merentasi semua region, kanak-kanak dalam masyarakat miskin lebih cenderung menghadapi masalah penyakit berbanding rakan sebaya yang kaya.

Kaitan antara kemiskinan dan kecacatan penglihatan yang boleh dirawat adalah lebih jelas apabila melakukan perbandingan punca secara regional. Kebanyakan kecacatan penglihatan dewasa di Amerika Utara dan Eropah Barat adalah berkait dengan lumpuh makular disebabkan faktor usia (age-related macular degeneration) dan berkait dengan penyakit kencing manis diabetic retinopathy. Walaupun kedua keadaan ini boleh dirawat, keduanya tidak boleh sembuh sepenuhnya.

Di negara membangun, di mana jangka hayat adalah lebih singkat, katarak dan parasit bawaan air—keduanya yang boleh dirawat secara berkesan—sering kali punca utama (sebagai contoh, lihat Buta sungai). Daripada anggaran 40 juta orang buta di seluruh dunia, 70–80% mampu dipulihkan penglihatan sebahagian atau sepenuhnya melalui rawatan.

Di negara membangun di mana penyakit parasit tidan meluas dan pembedahan katarak lebih mudah didapati, lumpuh makular disebabkan faktor usia seperti, glaukoma, dan diabetic retinopathy biasanya merupakan punca utama kebutaan[10].

Keadaan luar biasa dan kecederaan[sunting | sunting sumber]

Kecederaan mata, sering kali berlaku dikalangan mereka di bawah 30 tahun, merupakan punca uta,a buta sebelah mata di Amerika Syarikat. Kecederaan dan kataraks memberi kesan kepada mata itu sendiri, sementara keluarbiasaan seperti hypoplasia saraf optik (optic nerve hypoplasia) memberi kesan kepada himpunan saraf yang menghantar isyarat dari mata kepada belakang otak, yang mampu mendorong kepada kekaburan penglihatan.

Mereka dengan kecederaan pada occipital lobe di otak boleh, walaupun mempunyai mata dan saraf optik yang tidak rosak, masih boleh dikelaskan sebagai sah buta atau buta sepenuhnya.

Kecacatan genetik[sunting | sunting sumber]

Mereka dengan albinisme sering kali menderita kecacatan penglihatan sehingga pada tahap ramai adalah sah buta, sungguhpun hanya sedikit dari mereka buta sepenuhnya. kongenital amaurosis Leber mampu menyebabkan buta sepenuhnya atau kehilangan penglihatan teruk semenjak lahir atau awal kanak-kanak.

Kemajuan terkini dalam pemetaan gen genome manusia telah mengenal pasti punca genetik lain yang menyebabkan penglihatan kabur atau kebutaan. Salah satu contoh adalah sindrom Bardet-Biedl.

Keracunan[sunting | sunting sumber]

Sebahagian kecil dari kesemua kes kebutaan disebabkan oleh memakan bahan kimia tertentu. Contoh yang paling terkenal adalah metanol yang terdapat dalam spirit bermetil yang kadang kala digunakan oleh peminum arak sebagai gantian murah bagi minuman beralkohol biasa.

Tindakan sengaja[sunting | sunting sumber]

Kebutaan telah digunakan sebagai tindakan membalas dendam dan penyiksaan dalam sesetengah kes, bagi merampas deria utama seseorang yang diperlukan bagi berinteraksi atau bergerak di dunia ini, bertindak bebas sepenuhnya, dan menyedari keadaan sekeliling mereka.

Menghalang kebutaan[sunting | sunting sumber]

Beberapa organisasi yang memajukan program untuk menghalang kebutaan termasuk:

Sikap sosial terhadap kebutaan[sunting | sunting sumber]

Cerita Lelaki-lelaki Buta dengan Gajah menggunakan kebutaan untuk melambangkan persepsi dan sudut pandangan yang terhad. Cerita-cerita seperti Cengkerik Di Atas Perdiangan (The Cricket on the Hearth) yang ditulis oleh Charles Dickens memberikan lagi satu sudut pandangan tentang kebutaan, iaitu orang-orang buta tidak tahu akan persekitaran mereka dan mudah tertipu.

Bagaimanapun, para penulis karya-karya pendidikan moden (sila lihat: buta dan pendidikan untu maklumat lanjut), serta juga mereka yang menulis buta dalam kesusasteraan telah berusaha untuk memberikan satu gambaran orang-orang buta yang berlainan, iaitu sebagai individu tiga-dimensi dengan berbagai-bagai keupayaan, bakat, serta juga kecacatan peribadi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 International Council of Ophthalmology. "International Standards: Visual Standards — Aspects and Ranges of Vision Loss with Emphasis on Population Surveys." April 2002.
  2. Belote, Larry. "Low Vision Education and Training: Defining the Boundaries of Low Vision Patients." A Personal Guide to the VA Visual Impairment Services Program. Retrieved March 31, 2006.
  3. 3.0 3.1 Koestler, F. A., (1976). The unseen minority: a social history of blindness in the United States. New York: David McKay.
  4. Corn, AL; Spungin, SJ. "Free and Appropriate Public Education and the Personnel Crisis for Students with Visual Impairments and Blindness." Center on Personnel Studies in Special Education. April 2003.
  5. Social Security Act. "Sec. 1614. Meaning of terms." Dipetik Feb 17, 2006.
  6. Al-Merjan JI, Pandova MG, Al-Ghanim M, Al-Wayel A, Al-Mutairi S. "Registered blindness and low vision in Kuwait." Ophthalmic Epidemiol. 2005 Aug;12(4):251-7. PMID 16033746.
  7. 7.0 7.1 Kirchner, C., Stephen, G. & Chandu, F. (1987). "Anggaran 1987 'kecacatan penglihatan teruk' yang tidak berdaftar sacara meluas menurut usia pada 1977 anggaran: U. S.", 1987. AER Yearbook.
  8. American Foundation for the Blind. "Statistics and Sources for Professionals." Diambil 1 April 2006.
  9. "Pertubuhan Kesihatan Sedunia]" (Web). Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 2006. Diperoleh pada 16 Disember 2006. 
  10. Bunce C, Wormald R. "Leading Causes of Certification for Blindness and Partial Sight in England & Wales." BMC Public Health. 2006 Mar 8;6(1):58 [Epub ahead of print]. PMID 16524463.