Kecamatan
| Peringkat Kawasan Pentadbiran Indonesia |
|---|
| Peringkat Provinsi |
| Peringkat Kabupaten/Kota |
| Peringkat Kecamatan |
| Peringkat Kelurahan/Desa |
| Lain-lain |
| sunting |
Kecamatan adalah sebuah pembahagian pentadbiran di negara Indonesia di bawah Daerah Tingkat II. Sebuah kecamatan diterajui oleh seorang camat dan dipecah kepada beberapa kelurahan.
Untuk memudahkan kefahaman, secara sinonimnya taraf kecamatan adalah seperti sebuah mukim jika di Malaysia. Manakala camat pula boleh dirujuk sebagai Ketua Mukim. Setiap kecamatan mempunyai beberapai kelurahan atau sinonimnya seperti desa atau beberapa kawasan perkampungan.
Dalam bahasa Inggeris perkataan kecamatan seringkali diterjemahkan kepada sub-district, meskipun tidak sedikit pula dokumen kerajaan Indonesia menerjemahkannya sebagai Daerah, ini kerana kabupaten sebagai pembahagian pentadbiran negara Indonesia di bawah provinsi diterjemahkan sebagai regency. Provinsi Papua dan provinsi Papua Barat telah secara rasmi menukar penyebutan kecamatan menjadi distrik. Jelaslah, terjemahan yang lebih sesuai untuk kecamatan ke dalam bahasa Inggeris adalah daerah, atau distrik di Indonesia.