Kedah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
قدح دارالأما
Kedah Darul Aman
Bendera Kedah Lambang Kedah
Bendera Lambang
Lagu negeri: Allah Selamatkan Sultan Mahkota
Lokasi Kedah
Ibu negeri Alor Setar
Bandar diraja Anak Bukit
Parti memerintah Pakatan Rakyat
 - Sultan Tuanku Abdul Halim
 - Menteri Besar Ustaz Hj Azizan Abdul Razak
Sejarah  
 - Penjajahan British 1909 
 - Penaklukan Jepun 1942 
 - Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 9,426 km²
Populasi
 - Anggaran 2003 1,778,188
 - Kepadatan 188.7/km²
Kod panggilan kebangsaan 04
Poskod kebangsaan 02xxx
05xxx to 09xxx
Huruf pertama plat kenderaan K1
KV2
Laman web: http://www.kedah.gov.my
1Tanah Besar Kedah
2Pulau Langkawi
Alor Star

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta).

Isi kandungan

[sunting] Geografi

Rencana utama: Geografi Kedah

Kebanyakan penduduk Kedah adalah orang Melayu, dan sedikit orang Cina dan India. Anggaran populasi mengikut kaum pada 2003 ialah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), Bukan warganegara (35,293), Lain-lain (27,532).

Negeri Kedah terbahagi kepada 12 daerah iaitu :-

Bandar utama di Kedah adalah Alor Setar (ibu negeri), Kulim, Jitra, Sungai Petani, Kuah dan Kuala Nerang.

[sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Kedah

[sunting] Kerajaan

Sultan Negeri Kedah merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.Menteri Besar sekarang adalah Dato' Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak

Langkawi

[sunting] Politik

Rencana utama: Politik di Kedah

Antara tokoh-tokoh yang terbesar yang berasal dari Kedah ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

[sunting] Ekonomi dan budaya

Rencana utama: Ekonomi Kedah
Rencana utama: Budaya di Kedah

Terdapat beberapa jenis teater tradisional yang masih wujud di Kedah seperti Mek Mulung, Menora Kedah, Jikey dan Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek). Di Kedah, terdapat dua jenis persembahan Jikey iaitu Jikey Kedah dan Jikey Langkawi.

Suatu ketika dahulu, negeri Kedah terkenal dengan persembahan Makyong Kedah yang kini telah pun pupus. Begitu juga dengan Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Melayu yang pernah bertapak di negeri Kedah.

[sunting] Sukan

Rencana utama: Sukan Malaysia

Kedah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia pada 24 Mei 2006 - 4 Jun 2006. Perasmian akan diadakan di Stadium Darul Aman

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar