Kedar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Qedarite (juga disebut sebagai Kedarite/Cedarene, Cedar/Kedar/Qedar bahasa Arab ﻛﻴﺪاﺭ “Kidar”, atauﺧﹷﻴﺪاﺭ “Khaidar”, atauﻫﹷﻴﺪﺭ“Haidhir”, atauقيدارQāydar, “Qaidhar” dan Kingdom of Qedar) merujuk kepada sebahagian besar masyarakat Arab nomad yang menyertai puak yang tinggal di daerah yang membentang dari barat (sekitar kawasan lembah Paran atau lembah Hijaz) hingga ke timur yang juga bersempadan dengan negeri Babel atau Babylon pada abad ke-8 SM. [1][2][3] Digambarkan sebagai "puak yang paling terorganisasi daripada puak-puak kuno yang lain di Arab Utara," yakni ketika zaman puncak kuasa mereka pada abad ke-6 SM. Mereka menguasai wilayah yang amat luas diantara Teluk Parsi dan Sinai.[4]

Qedarite juga dirujuk sebagai suatu nama untuk Qedar atau Kedar, anak kedua Ishmael atau Ismail, seperti yang tercatat dalam Injil bab Genesis (25:13) danTawarikh (1:29), dimana ada juga yang kerap merujuk Qedar sebagai puak (tribe).[1][5] Prasasti ekstrabiblikal yang paling awal ditemui olehahli arkeologi dikatakan berasal dari puak Qedarite yang terletak dibawah naungan pemerintahan Kerajaan Assyria. Sejak dari abad ke-8 dan ke-7 SM, mereka telah menyenaraikan nama-namaRaja dan Permaisuri Qedarite yang telah diperintahkan untuk membayar sejumlah wang ufti kepada Raja Assyria, serta arahan tersebut turut terjatuh untuk dilunaskan oleh orang-orang yang pernah memberontak dan dikalahkan dalam pertempuran oleh kerajaan Assyria. Qedarite turut menggunakanArami dan bahasa Arab klasik dalam inskripsi untuk mengingati Qedarite, yang lebih banyak muncul buat sementara dalam tulisan-tulisan Herodotus, Plinius yang Tua dan Diodorus.

Tidaklah begitu jelas untuk mentakrifkan Qedarite sebagai orang ataupun sebagai suatu penyertaan yang berasingan. Puak Qedarite dikatakan bersekutu dengan masyarakat Nabataean, kemungkinan bahawa mereka dimasukkan ke dalam negara Nabataean pada sekitar abad ke-2 Masihi. Para Sarjana Arab yang mempunyai kepakaran dalam bidang geneologi telah membuat suatu kesimpulan yang menyeluruh yang menganggap bahawa Nabi Ismail (atau Ishmael) adalah merupakan nenek moyang kepada Nabi Muhammad dan bangsa Arab, serta mereka juga telah menetapkan leluhur yang sangat penting dalam akaun mereka bahawa kedua-dua putera Nabi Ismail yang pertama iaitu (Nebaioth dan Qedar) adalah amat bersangkutan dengan Salasilah keturunan Nabi Muhammad secara bergantian dan berturutan.

Salasilah[sunting | sunting sumber]

Tradisi sejarah di antara orang-orang Arab menyatakan bahawa mereka adalah keturunan dari Nabi Ismail, adalah lelaki sulung Nabi Ibrahim daripada isterinya yang kedua iaitu Siti Hajar atau Hagar.[6] Abu Ja'far al-Baqir (676-743 Masihi) telah menulis bahawa ayahdanya iaitu Ali ibn Husayn memberitahunya bahawa Nabi Muhammad bersabda: "Orang pertama yang fasih berbicara dalam bahasa Arab adalah Nabi Ismail, apabila baginda telah mencapai umur 14 tahun ."[7] Hisham Ibn Muhammad al-Kalbi (737-819 Masihi) telah menubuhkan sebuah hubungan geneologi diantara Ismail dan Muhammad menggunakan tulisan-tulisan yang menarik dari sumber Alkitab dan sumber Palmyra, serta dari tradisi percakapan kuno dari bangsa Arab. Kitab tulisannya iaitu, Jamharat al-Nasab ("The Abundance of Kinship"), turut sama memperlihatkan bahawa masyarakat yang dikenali sebagai“Arab” adalah berketurunan dari Nabi Ismail atau Ishmael.[8] Ibn Kathir (1301-1373) menulis, "Semua masyarakatArab dari lembah Hijaz adalah berketurunan dariNebaioth dan Qedar."[7] Sumber-sumber Yahudi zaman pertengahan juga biasanya mengenalpasti bahawa Qedar dengan orang Arab dan / atau Muslim.[9][10] Berdasarkan kepada Irfan Shahîd, seorang sarjana barat telah melihat jenis salasilah ini sebagai "genealogical Ishmaelism" dengan curiga, melihatnya sebagai

"[...] zaman akhir perkembangan Islamtelah berlakunya suatu kebingungan yang membuatkan (Qedarite danIshmaelite) seperti suatu istilah yang luas untuk merangkumi semua penduduk Arab samada dari selatan mahupun utara Semenanjung Arab. Tetapi pada zahirnya, konsep tersebut jauh lebih sederhana dari apa yang diperihalkan, dan dalam sumber-sumber sedar ini hanya berlaku untuk kumpulan-kumpulan tertentu di kalangan orang-orang Arab ketika zamanpra-Islam. Penyataan penting terhadap kesan ini adalah dibuat oleh Nabi Muhammad yang mengatakan bahawa hanya segelintir bangsa Arab sahaja yang boleh digolong sebagai Ishmaelite dan manakala yang setengah dari yang lain adalah tidak."[11]

Ishmaelism dalam definisi ini adalah lebih terhad untuk dinyatakan bahawa Ismail adalah tokoh keagamaan yang penting dan Eponim, serta baginda ialah moyang untuk beberapa puak masyarakat Arab di Arabia Barat.[11] Penonjolan ini hanya diberikan dalam akaun-akaun catatan yang dibuat oleh para ahli geneologi Arab terhadap dua orang anak sulung dari 12 orang anak-anak Nabi Ismail, iaitu Nebaioth (Arab: نبيت, Nabīt) dan Qedar (Arab: قيدار, Qāydar), penonjolan ini juga turut diperihalkan dalam Kitab Kejadian (Books of Genesis).[11] Kemungkinan bahawa puak-puak Arab Qedarite dan Ishmaelite tinggal di barat laut Semenanjung Arab dan dalam aspek sejarahnya ia amat penting terhadap 12 puak Ishamelite.[11]


Qedarite dan Nabataen telah diketahui mempunyai hubungan yang amat rapat, bahkan mereka kedua-duanya turut terlibat sebagai sekutu perang dalam melawan kerajaan Assyria.[11] Adalah mungkin untuk puak Qedarite yang akhirnya dimasukkan ke dalam negeriNabataen yang muncul sebagai yang terkuat di barat laut Semenanjung Arab, berikutan kehadiran puak Ishmaelite sekitar abad ke-2 SM.[11] Dalam bukuThe Cambridge Ancient History ada menyebutkan , “segelintir '(Arab) Nabataen' yang diperkatakan oleh Diodorus dalam menceritakan kembali peristiwa yang pernah berlaku pada 312 SM adalah merujuk kepada puak Qedarite”.[12]


Dalam catatan mengenai keturunan Salasilah Shaiba ibn Hashim kembali kepada Ma'ad (dan dari sana kepada Nabi Adam), sarjana Arab secara bergantian berpendapat, dengan mengambil kira beberapa garis keturunan, ianya turut melalui Nebaioth, orang lain ialah Qedar.[13] Kebanyakan sarjana Muslim melihat bab Isaiah 42 (21:13-17) sebagai suatu ayat yang meramalkan kehadiran hamba Allah yang berkaitan dengan Qedar dan menafsirkan ayat tersebut sebagai rujukan, dimana suatu kebenaran diatas kemunculan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir.[14]


Di dalam The Revised Version of The Bible terbitan the British and Foreign Bible Society pada bab Isaiah ayat 14 hingga 17 ada disebutkan mengikut terjemahan Bible Indonesia al-Kitab (1993) adalah seperti berikut:


“Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti! Sebab mereka melarikan diri terhadap perang…….Sebab beginilah fiman Tuhan kepadaku: “Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis. Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah perkasa. Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja, Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.”

Ayat diatas adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab sepertimana yang disebutkan dalam The Revised Version of The Bible terbitan the British and Foreign Bible Society pada bab Isaiah ayat 13 hingga 15 ada disebutkan mengikut terjemahan Bible Indonesia al-Kitab (1993) adalah seperti berikut:

“Ucapan Illahi terhadap Arabia, di belukar di Arabia kamu akan bermalam, Hai kafilah-kafilah orang Dedan! Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, bawalah air kepada orang yang haus, pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti! Sebab mereka melarikan diri terhadap perang…….”

Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah puak kaum Arab Quraisyyang dianggap mempunyai ikatan salasilah yang berketuruan secara terus menerus dengan Kedar serta, puak kaum Arab Quraisy ini sangatlah berpengaruh di Bandar kota suci Makkah. Kabilah Arab Quraisy telah banyak menentang Nabi Muhammad dan orang Muslim sehinggakan akhirnya Allah telah menitahperintahkan untuk Nabi Muhammad dan orang Muslim untuk berhijrah ke Madinah serta akhirnya berlakunya Perang Badar. Perkataan Bible “within a year, according to the years of an hireling” (“dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan”), adalah dilihat begitu amat signifikan dengan sejarah Perang Badar oleh para sarjana dan sejarawan Muslim. Hal ini kerana, Perang Badar telah tercetus pada tahun kedua Hijrah, yakni lebih kurang setahun selepas Nabi Muhammad dan orang Muslim berhijrah ke Madinah.

Peperangan Badar tersebut telah dimenangi oleh umat Islam dan pemuka-pemuka serta pemuda-pemuda Arab Quraisy yang gagah perkasa yang juga terdiri daripada anggota pemanah telah terbunuh seramai 70 orang, dan yang tinggal hanya segelintir sahaja masyarakat Arab kafir Quraisy yang masih hidup. Kisah yang disebutkan dalam bab Isaiah dari kitab Bible tadi dilihat amat selari dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah dan tragedy peperangan Badar. Nabi Isa seperti yang diakui oleh masyarakat Kristian dikatakan mempunyai kaitan dengan kisah penghijrahan dan peperangan seperti diatas adalah ternyata tidak benar. Hal ini kerana, Nabi Isa tidak sama sekali mempunyai kaitan salasilah secara berganti-gantian dengan anak Nabi Ismail yang bernama Kedar ataupun Nebaioth malah Nabi Isa sendiri tidak pernah berperang dengan puak Arab yang berketurunan Kedar. Jika dilihat dari aspek kebenarannya, Nabi Isa adalah berasal dari keturunan Nabi Ishaq dan seterusnya kepada Nabi Ya’akub dan kebawah. Serta, Nabi Isa tidak pernah berhijrah ke Bumi Arab bermula dari Utara Madinah sehinggalah ke selatan Yaman sekalipun. Justeru kisah yang disebutkan dalam bab Isaiah dari kitab Bible tadi dilihat amat selari dan menepati sejarah hidup Nabi Muhammad yang berhijrah dari Makkah ke Madinah serta tragedy peperangan Badar.

Berhubung dengan Kedar atau Qedar, tokoh-tokoh Kristian dan Islam telah mengesahkan bahawa Kedar adalah anak Nabi Ismail.

Ibn Athir dalam kitab karangannya Al-Kamil fit Tarikh ada menyebutkan:, “Kemudian Nabi Ismail mengahwini Saidah binti Madhadh Al-Jurhami dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan 12 orang cahaya mata iaitu Nabat (juga disebut Nabit atau Nebaioth), Qaidhar (juga Qedar atau Kedar), Uzail, Misya, Masma’, Rima, Masy, Aazar, Qathura, Fakas, Thumayya dan Qidman. Daripada kedua-dua anak Nabi Ismail yang bernama Nabat dan Qaidhar lahirlah bangsa Arab.”

A.S Fulton, di dalam The International Standard Bible Encyclopedia telah menyebutkan: “Berbanding kabilah-kabilah (caravans) daripada keturunan Ismail (Ishmael), Kedar dapat dianggap sebagai yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudian, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Eshel in Lipschitz et al., 2007, p. 149.
  2. ^ King, 1993, p. 40.
  3. ^ Meyers, 1997, p. 223.
  4. ^ Stearns and Langer, 2001, p. 41.
  5. ^ Bromiley, 1997, p. 5.
  6. ^ Shahîd, 1989, p. 334.
  7. ^ a b Wheeler, 2002, p. 110-111.
  8. ^ ""Arabia" in Ancient History". Centre for Sinai. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-19. Dicapai pada 2009-04-16.
  9. ^ Alexander, 1847, p. 67.
  10. ^ Alfonso, 2007, p. 137, note 36.
  11. ^ a b c d e f Shahîd, 1989, p. 335-336.
  12. ^ Boardman et al., 1988, p. 148.
  13. ^ Hussain al-Mousawi in Boudreau et al., 1998, p. 219.
  14. ^ Zepp et al., 2000, p. 50.
  • Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwi. Riwayat Hidup Rasulullah, terjemahan oleh Bey Ariffin. Singapore: Pustaka Nasional, 1982, halaman 206.
  • Ibn Athir. Al-Kamil fit Tarikh, Jilid 1 halaman 71. Beirut: Darul Fikr, 1978.
  • Ahmad Deedat. The Choice: Islam and Christianity, Second Volume. South Africa: IPCI, 1995.


Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Alfonso, Esperanza (2007), Islamic Culture Through Jewish Eyes: Al-Andalus from the Tenth to Twelfth Century, Routledge, ISBN 0415437326, 9780415437325 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Boardman, John; Bury, John Bagnell; Cook, Stanley Arthur; Adcock, Frank E.; Hammond, N. G. L.; Charlesworth, Martin Percival; Lewis, D. M.; Baynes, Norman Hepburn; Ostwald, M.; Seltman, Charles Theodore (1988), The Cambridge Ancient History (ed. 2nd, illustrated, reprint, revised), Cambridge University Press, ISBN 0521228042, 9780521228046 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Boudreau, Claire; Cogné, Daniel; Vachon, Auguste (1998), Genealogica & heraldica: proceedings of the 22nd International Congress of Genealogical and Heraldic Sciences in Ottawa, August 18-23, 1996 (ed. Illustrated), University of Ottawa Press, ISBN 0776604724, 9780776604725 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Bromiley, Geoffrey W. (1994), International Standard Bible Encyclopedia: K-P (ed. Revised), Wm. B. Eerdmans Publishing, ISBN 0802837832, 9780802837837 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Davies, William David; Finkelstein, Louis; Horbury, William; Sturdy, John; Katz, Steven T. (1984), The Cambridge History of Judaism: Introd.; The Persian period (ed. Illustrated, reprint), Cambridge University Press, ISBN 0521218802, 9780521218801 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Elliott, Charles Boileau (1839), Travels in the Three Great Empires of Austria, Russia, and Turkey, 2, Lea & Blanchard
  • Forster, Charles (1844), The historical geography of Arabia: or, The patriarchal evidences of revealed religion : a memoir : and an appendix, containing translations, with an alphabet and glossary of the Hamyaritic inscriptions recently discovered in Hadramaut, 1, Duncan and Malcolm
  • Beck, Astrid B.; Myers, Allen C. (2000), Eerdmans dictionary of the Bible (ed. Illustrated), Wm. B. Eerdmans Publishing, ISBN 0802824005, 9780802824004 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Gallagher, William R. (1999), Sennacherib's campaign to Judah: new studies (ed. Illustrated), BRILL, ISBN 9004115374, 9789004115378 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Handy, Lowell K. (1997), The age of Solomon: scholarship at the turn of the millennium (ed. Illustrated), BRILL, ISBN 9004104763, 9789004104761 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Hoyland, Robert G. (2001), Arabia and the Arabs: from the Bronze Age to the coming of Islam (ed. Illustrated, reprint), Routledge, ISBN 0415195357, 9780415195355 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Isaacs, Albert Augustus (1862), A pictorial tour in the Holy Land, W. Macintosh
  • King, Philip J. (1993), Jeremiah: An Archaeological Companion (ed. Illustrated), Westminster John Knox Press, ISBN 0664224431, 9780664224431 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Kitchen, K.A. (1994), Documentation For Ancient Arabia, Liverpool University Press Text "ISBN 085323860X, 9780853238607" ignored (bantuan)
  • Lipiński, Edward (2000), The Aramaeans: their ancient history, culture, religion (ed. Illustrated), Peeters Publishers, ISBN 9042908599, 9789042908598 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Lipschitz, Oded; Knoppers, Gary N.; Albertz, Rainer (2007), Judah and the Judeans in the fourth century B.C.E. (ed. Illustrated), EISENBRAUNS, ISBN 1575061309, 9781575061306 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Meyers, Eric M.; American Schools of Oriental Research (1997), The Oxford Encyclopedia of Archaeology in the Near East (ed. Illustrated), Oxford University Press, ISBN 0195112180, 9780195112184 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Retsö, Jan (2003), The Arabs in antiquity: their history from the Assyrians to the Umayyads (ed. Illustrated), Routledge, ISBN 0700716793, 9780700716791 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Shahîd, Irfan (1989), Byzantium and the Arabs in the fifth century (ed. Illustrated, reprint), Dumbarton Oaks, ISBN 0884021521, 9780884021520 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Sudayrī, ʻAbd al-Raḥmān ibn Aḥmad ibn Muḥammad; ʻAbd al-Raḥmān al-Sudairī Foundation (2001), The desert frontier of Arabia: al-Jawf through the ages (ed. Illustrated), Stacey International, ISBN 0905743865, 9780905743868 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Wheeler, Brannon M. (2002), Prophets in the Quran: an introduction to the Quran and Muslim exegesis (ed. Annotated), Continuum International Publishing Group, ISBN 0826449565, 9780826449566 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Zepp, Ira G.; Syeed, Sayyid Muhammad; Islamic Society of North America (2000), A Muslim primer: beginner's guide to Islam (ed. 2nd illustrated), University of Arkansas Press, ISBN 1557285950, 9781557285959 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)