Keganasan di Kashmir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kashmir: Kawasan hijau dikuasai Pakistan, kawasan coklat (Jammu dan Kashmir) dikuasai India manakala Aksai Chin dikuasai China.

Keganasan di Kashmir telah terjadi dalam pelbagai bentuk, terutamanya di Jammu dan Kashmir, bahagian yang di bawah kawasan India di wilayah dipertikai itu. Kashmir telah menjadi sasaran kempen ketenteraan oleh semua pihak dalam konflik ini. Ribuan nyawa telah hilang sejak 1989 disebabkan pemberontakan dan penindasan yang makin menjadi-jadi. Korban termasuklah orang awam, angkatan keselamatan India serta Pakistan dan militan sama ada dari Kashmir atau luar.

Kashmir merupakan kawasan dunia yang sangat penting dari segi ekonomi, kerana mengandungi emas, batu zamrud dan batu delima.

Pencabulan hak asasi[sunting | sunting sumber]

Terhadap umat Islam[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk Kasmir adalah Muslim. Seperti kebanyakan umat Islam lain yang terdapat di benua Asia, rakyat di Kashmir telah menghabiskan separuh kedua abad ke-20 dalam kancah peperangan dan konflik. Sebab utama mengapa keamanan dan ke­stabilan tidak wujud di Kashmir selama lebih kurang 50 tahun adalah disebabkan oleh penindasan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan India yang mendudukinya.