Keganasan terhadap orang India di Australia
Pada Mei dan Jun 2009, media India melaporkan bahawa mereka melihat apa yang kelihatan dorongan serangan kaum terhadap orang India, khususnya para pelajar. Perhimpunan telah dianjurkan di Melbourne dan Sydney, dan liputan ketegangan mengenai jenayah kebencian yang meluap telah bermula di India, menjadi satu yang sangat kritikal kepada Australia dan Perkhidmatan Polis Australia. Kerajaan Australian, pada mulanya telah meminta supaya orang ramai bertenang semasa siasatan serangan dijalankan. Semasa siasatan, seorang pelajar India mengaku menyalakan api pada diri sendiri sebagai satu kemalangan dalam percubaan melakukan penipuan insuran[1] dan satu pasangan India telah dituduh membunuh seorang pelajar India atas alasan kewangan[2]. Selepas kekecohan ekoran dari penahanan tersebut, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke New Delhi, Peter Varghese, berkata kepada media: "Kedua-dua kes telah dilaporkan secara meluas seluruh dunia, bukan sahaja di India, sebagai satu serangan perkauman. Maka ini amat jelas... ianya tidak ada kaitan dengan sesuatu kaum.".[2]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Indian man feigns race attack for insurance: Oz cops". IBNlive. Feb 03, 2010. http://ibnlive.in.com/news/indian-man-feigns-race-attack-for-insurance-oz-cops/109585-2.html. Capaian 2010-02-14.
- ↑ 2.0 2.1 Amanda Hodge (February 04, 2010). "Editor persists with claims of Australian racism". The Australian. http://www.theaustralian.com.au/news/nation/editor-persists-with-claims-of-australian-racism/story-e6frg6nf-1225826526882. Capaian 2010-02-14.