Kegiatan seks manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini mengenai hubungan seks. Aspek-aspek tingkah laku yang lebih luas seperti persoalan-persoalan seks sosial dan psikologi dirangkumi dalam rencana-rencana berkait seperti keseksualan manusia, keheteroseksualan, dan kehomoseksualan.

Kegiatan seks manusia merupakan sejenis bentuk keintiman fizikal yang semula jadi. Ia bertujuan untuk membiak, menjangkaui cinta terhadap diri sendiri, menyatakan kasih sayang, dan/atau untuk keseronokan (dikenali dalam konteks ini sebagai "pemuasan nafsu diri"). Keinginan untuk bersetubuh merupakan salah satu dorongan asas dalam tingkah laku manusia. Setiap spesies haiwan yang membiak secara seks dan setiap kebudayaan manusia mempunyai berbagai-bagai tingkah laku yang digunakan untuk pemikatan, keintiman, serta kegiatan seks.

Justera, tingkah laku seks manusia ialah tingkah laku yang digunakan oleh manusia untuk mencari pasangan seks, memperoleh persetujuan pasangan, membentuk hubungan intim, menunjukkan nafsu berahi, serta persetubuhan. Ia merangkumi sekurang-kurangnya dua bidang utama:

  • antropologi (amalan yang sama atau diterima merentasi kebudayaan-kebudayaan yang berbeza); dan
  • maklumat (latar belakang yang berguna kepada orang-orang perseorangan yang melakukan atau sedang mempertimbangkan kegiatan seks).

Aspek tingkah laku seks manusia[sunting | sunting sumber]

Lingkungan[sunting | sunting sumber]

Perlakuan seks adalah istilah yang luas. Ia merangkumi kedua tabiat biasa dan luar biasa, dan merangkumi tabiat seks yang luas dari hubungan perkahwinan kepada penderaan seksual. Sungguhpun dalam kebanyakan kes tabiat seks dikaitkan ke arah atau dalam hubungan intim, ia tidak semestinya sedemikian dan kebanyakan tabiat seksual tidak begitu.

Keseksualan dan hawa nafsu[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat batas yang jelas antara keseronokan seks dan bukan seks terhadap penyentuhan atau penyambaran badan orang yang lain. Misalnya, berpegangan tangan mungkin atau tidak mungkin mempunyai konotasi seks, bergantung kepada kebudayaan, keadaan, dan faktor-faktor yang lain. Sungguhpun bentuk persetubuhan heteroseks yang paling umum dianggap secara sejagat sebagai hubungan seks, terdapat berbagai-bagai tabiat seks yang mungkin atau tidak mungkin merupakan hubungan seks dari segi sosial, undang-undang, atau etika. Perbezaan antara seks dan bukan seks menjadi relevan dalam pertimbangan tabiat yang wajar dari segi sosial atau undang-undang.

Sebilangan kriteria yang mungkin digunakan ialah:

Menikmati penyentuhan badan orang lain membayangkan menikmati badan sendiri juga; yang kedua ini mungkin boleh berlaku tanpa sebarang kehadiran orang lain, dan mungkin bersifat seks mahupun tidak. Jika ia bersifat seks, ia dirujuk sebagai autoerotisisme.

Keseluruhan kegiatan seks seseorang (termasuk mimpi erotik, serta fantasi dan angan-angan seks) disebut kehidupan seks seseorang.

Bau dan kebangkitan nafsu berahi[sunting | sunting sumber]

Feromon bertindak untuk membangkitkan nafsu berahi lelaki dan perempuan terhadap orang lain.

Hubungan seks[sunting | sunting sumber]

Pendapat dan norma berbeza-beza tentang persoalan adakah ikatan emosi pada takat yang mendalam serta takat yang tahan lama harus merupakan prasyarat untuk persetubuhan (sila lihat di bawah).

Seperti dengan primat-primat yang lain, Homo sapiens mempergunakan keseksualan untuk membiak dan mengekalkan ikatan-ikatan sosial. Kanak-kanak dipercayai secara meluas sebagai berupaya untuk merasai keseronokan seks, sungguhpun mereka masih tidak berupaya untuk bersetubuh, dan/atau masih belum berupaya untuk membiak dari segi biologi. Walaupun demikian, keseksualan kanak-kanak secara sejarah amat terhad di dalam masyarakat-masyarakat barat; pada lewat abad ke-19, histeria yang menyelubungi apa yang dipanggil "penderaan diri" (pelancapan) antara kanak-kanak mencapai kemuncaknya dan menyebabkan pengamalan pengkhatanan yang meluas di Amerika Syarikat.[1].

Banyak kegiatan seks boleh dilakukan, baik oleh pasangan sama jantina mahupun tidak sama. Bagaimanapun sebilangannya, khususnya persetubuhan faraj hanya boleh dilakukan antara pasangan yang tidak sama jantina, manakala kegiatan seks yang lain (seperti tribadisme dan frot) hanya boleh dilakukan antara pasangan sama jantina.

Aspek kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Seperti dengan tingkah laku yang lain, kecerdasan manusia yang tinggi serta masyarakat yang rumit telah menghasilkan tingkah laku seks yang paling rumit antara mana-mana satu haiwan. Kebanyakan orang menguji kaji berbagai-bagai kegiatan seks walaupun mereka cenderung melakukan hanya beberapa jenis kegiatan secara tetap. Kebanyakan orang suka akan sebilangan jenis kegiatan seks. Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat telah menetapkan sebilangan jenis kegiatan seks sebagai tidak wajar (salah orang, salah kegiatan, salah tempat, salah masa, dan sebagainya). Sesetengah orang suka akan banyak jenis kegiatan seks yang berbeza, sedangkan yang lain mengelakkannya sama sekali atas alasan agama atau alasan-alasan yang lain (sila lihat kesucian, penahanan diri daripada kegiatan seks, keaseksualan). Dari segi sejarah, sebilangan masyarakat dan agama memperlihatkan seks sebagai wajar hanya dalam perkahwinan. Masih terdapat kepercayaan yang meluas bahawa kegiatan seks diturunkan nilainya apabila dilakukan di luar hubungan cinta monogami jangka panjang, tetapi kegiatan seks di luar nikah dan seks sembarangan telah beransur-ansur diterima di dalam masyarakat moden semasa revolusi seks.

Norma dan peraturan sosial[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Norma sosial

Tingkah laku seks manusia, seperti dengan banyak jenis kegiatan manusia yang lain, secara ammya tertakluk kepada peraturan-peraturan sosial yang berkebudayaan khusus dan amat berbeza (sila lihat prinsip moral seks, norma seks).

Sesetengah kegiatan adalah haram di sebilangan bidang kuasa, termasuk juga kegiatan yang dilakukan atas persetujuan orang-orang dewasa (sila lihat jenayah seks, undang-undang liwat, inses). Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa fantasi seks, termasuk juga minat-minat yang luar biasa, biasanya dianggap sebagai suatu kegiatan yang sihat.

Sesetengah orang melibatkan diri dalam berbagai-bagai kegiatan seks sebagai suatu urus niaga. Apabila ini melibatkan persetubuhan atau perbuatan seks sebenar yang tertentu untuk orang yang lain, ia dipanggil pelacuran. Aspek-aspek lain untuk industri dewasa termasuk operator seks telefon, kelab bogel, penari erotik, dan sebagainya.

Hampir semua masyarakat maju menganggap pemaksaan orang lain untuk melakukan kegiatan seks sebagai suatu jenayah yang serius. Ini dipanggil serangan seks, dan jika penembusan seks berlaku, ini disebut rogol dan merupakan serangan seks yang paling serius. Perincian tentang perbezaan ini berbeza-beza antara bidang kuasa yang tidak sama. Apa yang merupakan persetujuan yang berkesan juga amat berbeza dari satu kebudayaan ke satu kebudayaan yang lain, dan sering diperdebatkan. Khususnya, undang-undang yang mengawal apa yang merupakan persetujuan, termasuk cukup umur, seringnya merupakan topik perdebatan politik dan moral (sila lihat cukup umur).

Jenis hubungan[sunting | sunting sumber]

Pasangan seks boleh merangkumi banyak jenis, termasuk:

Mana-mana satu in boleh mengambil bentuk tersurat atau tersirat, jujur atau mengelabui mata, dan boleh melibatkan kesetiaan ataupun tidak.

Kegiatan seks juga boleh dilakukan tanpa pasangan, atau dalam sebilangan kes, tanpa pasangan mengetahui:

Hubungan seks[sunting | sunting sumber]

Satu tingkah laku seks yang utama di seluruh alam haiwan ialah pencarian pasangan seks. Manusia tidak terkecuali daripada peraturan ini. Pertemuan seks boleh merupakan hakikat menghantar tanda-tanda yang menunjukkan persediaan untuk bersetubuh dan penerimaan tanda-tanda bersaling. Ia juga boleh merupakan keputusan perancangan bertahun-tahun, melalui upacara amal kebudayaan seperti pemikatan dan perkahwinan.

Kaedah-kaedah biasa termasuk:

  • Perkahwinan yang diatur - orang-orang dewasa yang lain (biasanya ibu bapa) memilih pasangan. Dalam sebilangan kebudayaan, ini merupakan cadangan, manakala dalam kebudayaan yang lain, ini dilakukan dengan kuasa perintah.
  • Pilihan peribadi - seseorang memilih pasangan sendiri, mengikut kehendak diri
  • Peranan berdasarkan status - orang yang berstatus tinggi dalam sesetengah kebudayaan mungkin akan memilih pasangan yang disokong oleh adat sosial, dan orang yang berstatus rendah tidak ada pilihan untuk mengelakkannya. (Jenis ini juga merangkumi sesetengah hubungan majikan-pekerja, dan droit de seigneur)
  • Perdagangan bersaling – pelacuran, atau jenis "kedua-dua beruntung".

Selain itu, bilangan calon yang sedia ada dan dapat diterima mungkin terhad kepada bandar sendiri, agama sendiri, status yang sama, kelebihan dari segi taktik (umpamanya untuk mengeratkan ikatan sosial atau untuk berdamai), dan sebagainya.

Pencarian pasangan[sunting | sunting sumber]

Mencari dan mengenal pasti pasangan yang berpotensi[sunting | sunting sumber]

Industri-industri yang mengkhususkan dalam membolehkan komunikasi seks atau persetubuhan termasuk kelab malam, bar bujang, iklan peribadi (dalam akhbar dan internet), perkhidmatan ajak keluar, dan rumah haram, antara banyak lagi yang lain. Banyak pertubuhan dan kelab menganjurkan peristiwa-peristiwa yang mengumpulkan orang-orang dengan minat yang sama. Hubungan agama dan keluarga merupakan lagi satu cara untuk orang bertemu.

Pertemuan dengan pasangan yang berpotensi[sunting | sunting sumber]

Sebaik sahaja seseorang menentukan orang yang diingininya untuk bersetubuh, perkara pertama yang biasa dilakukan adalah untuk memperkenalkan diri atau menonjolkan diri dengan cara bahawa orang yang diminatinya itu akan memperkenalkan diri kepadanya. Atau mereka akan menunjukkan persediaan seks dan minat kepada orang yang berkenaan secara tersirat. Ini biasanya tidak mudah dan tidak menyenangkan.

Masalah yang mungkin[sunting | sunting sumber]

Ketakutan akan penolakan[sunting | sunting sumber]

Ketakutan akan penolakan adalah biasa ketika mencuba berbaik-baik dengan bakal pasangan. Jika kedua-dua peserta itu peka kepada tanda-tanda antara satu sama lain, jadi mereka akan mengesan dengan cepatnya tentang adakah matlamat seks mereka bersaling. Jika mereka mendapati tidak lama kemudian bahawa matlamat mereka adalah bertentangan, maka perbualan mereka akan tamat sebelum salah satu daripada mereka jatuh muka dan kemudian, kedua-dua orang itu akan mencari orang yang lain untuk berkomunikasi. Sebaliknya, jika komunikasi itu menimbulkan keintiman antara kedua-dua peserta, jadi setakat kepercayaan akan diasaskan yang dapat mengurangkan ketakutan akan penolakan.

Kegiatan seks dan gaya hidup[sunting | sunting sumber]

Keseksualan jantina berbeza[sunting | sunting sumber]

Keseksualan jantina berbeza melibatkan dua orang daripada jantina yang berbeza. Orang-orang yang hanya melakukan seks jantina berbeza tidak semestinya akan mengenal diri sebagai heteroseksual, walaupun (berbeza dengan homoseksual yang melakukan seks sama jantina) kebanyakan takrif "heteroseksual" merangkuminya antara tahap-tahap kegiatan, kekerapan, dan minat yang berbeza-beza. Sebaliknya, mereka mungkin akan mengenal diri sebagai heteroseksual, dwiseksual, atau aseksual. Serupa juga, seseorang yang mengamalkan kedua-dua tabiat seks sama jantina dan seks jantina berbeza mungkin akan mengenal diri sebagai homoseksual, lesbian, dwiseksual, heteroseksual, atau aseksual.

Walaupun seringnya dikaitkan dengan homoseksual lelaki, seks dubur merupakan suatu amalan seks jantina berbeza yang kekadang dilakukan kerana dubur adalah "lebih ketat" berbanding dengan faraj dan oleh itu, lebih disukai oleh sebilangan heteroseksual semasa penembusan; selain itu, banyak orang juga suka melanggar pantang larang seks kebudayaan. Seks dubur tidak disarankan sebagai suatu kaedah kawalan kelahiran kerana masih terdapat setakat kemungkinan (walaupun amat kecil) untuk air mani memasuki faraj. Seks dubur jantina berbeza juga sering diamalkan oleh wanita yang menembuskan lelaki dengan dildo ikat, suatu amalan yang dikenali sebagai "pegging atau "memasak" di barat.

Amalan seks jantina berbeza dibatasi oleh undang-undang di Amerika Syarikat serta di banyak negara yang lain. Undang-undang perkahwinan Amerika Syarikat bertindak untuk menggalakkan orang-orang melakukan persetubuhan hanya dalam perkahwinan. Undang-undang liwat diperlihatkan sebagai menggalakkan persetubuhan antara jantina yang berbeza. Undang-undang juga mengharamkan orang-orang dewasa daripada melakukan penganiayaan seks, melakukan kegiatan seks dengan orang-orang yang masih belum cukup umur, melakukan kegiatan seks di tempat awam, serta melakukan kegiatan seks sebagai suatu perdagangan (pelacuran). Walaupun kesemua undang-undang ini juga merangkumi kegiatan seks sama jantina, undang-undang itu berbeza dari segi hukuman, dan hanya atau lebih kerapnya dikuatkuasakan pada kegiatan seks sama jantina. Undang-undang juga mengawal penerbitan dan penontonan fonografi, termasuk fonografi seks jantina berbeza.

Pemikatan, atau dating, ialah proses yang sesetengah orang menggunakan untuk mencari pasangan seks atau jodoh yang berpotensi. Di kalangan remaja heteroseks Amerika Syarikat (biasanya daripada kelas menengah) pada pertengahan abad ke-20, "dating" ialah sesuatu yang dibuat oleh seseorang dengan sebilangan orang yang lain sebelum memilih salah satu daripada mereka, baik untuk bersetubuh, berkahwin, atau kedua-dua.

Amalan seks jantina berbeza boleh mengambil bentuk monogami, monogami bersiri, atau poliamori, dan bergantung kepada takrif amalan seks, boleh merangkumi juga penghindaran bersetubuh serta autoerotisisme (termasuk pelancapan).

Berbagai-bagai gerakan moral dan politik telah berjuang untuk perubahan-perubahan dalam amalan seks jantina berbeza, termasuk pemikatan dan perkahwinan, sungguhpun perubahan-perubahan tersebut biasanya hanya dibuat sedikit demi sedikit di semua negara. Khususnya di Amerika Syarikat, kempen-kempen itu sering mencetuskan dan dipercepatkan oleh kecemasan moral. Di sana, gerakan-gerakan yang tidak menggalakkan amalan seks sama jantina sering menegaskan bahawa mereka sedang memperjuangkan pengukuhan amalan seks jantina berbeza dalam perkahwinan, seperti Akta Pertahanan Perkahwinan serta cadangan Pindaan Perkahwinan Persekutuan.

Keseksualan sama jantina[sunting | sunting sumber]

Keseksualan sama jantina melibatkan dua orang yang sama jantinanya. Perbuatan homoseksual boleh dilakukan oleh mereka yang menganggap diri sebagai heteroseksual, umpamanya pelancapan bersaling dalam konteks yang boleh dianggap sebagai perkembangan remaja heteroseks "biasa". Orang homoseksual yang berpura-pura mengamalkan hidup keheteroseksualan sering dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai mengamalkan hidup "almari" (bahasa Inggeris: closeted ), iaitu mereka menyembunyikan keseksualan mereka di dalam "almari".

Walaupun terdapat stereotaip dan tanggapan salah yang umum, tidak adanya sebarang bentuk kegiatan seks tersendiri bagi tingkah laku seks sama jantina yang tidak juga terdapat dalam tingkah laku seks jantina berbeza, kecuali perbuatan-perbuatan yang melibatkan penyentuhan kemaluan jantina yang sama (sila lihat tribadisme, dan frot).

Sesetengah keadaan, seperti pemenjaraan atau sekolah jantina tunggal serta persekitaran pemisahan jantina, sering menyebabkan orang-orang yang biasanya tidak mencari hubungan jenis dengan pasangan sama jantina, melakukan jenis tingkah laku seks sama jantina. Ini dikenali sebagai kehomoseksualan situasi.

Dalam kes-kes yang lain, sesetengah orang mungkin menguji kaji atau menyelidik keseksualan mereka melalui kegiatan seks sama jantina (dan/atau berbeza) sebelum menentukan identiti jantina mereka. Kempen-kempen dan pegawai-pegawai kesihatan Amerika Syarikat seringnya menyasarkan orang-orang yang mengenal diri sebagai "Lelaki yang bersetubuh dengan Lelaki" heteroseksual atau dwiseksual, berbanding dengan orang-orang yang mengenal diri sebagai lelaki "homoseksual". Lihat juga Lesbian selepas mendapat ijazah.

Orang-orang yang hanya mengamalkan kegiatan seks sama jantina secara eksklusif tidak semestinya mengenal diri sebagai "homoseksual" atau "lesbian". Bagaimanapun, takrif homoseksual  tetap membawa pengertian "seorang yang berasa ghairah terhadap ahli yang sama jantina dengannya". Walaupun demikian, tahap tarikan bergantung kepada kekerapan, kerelaan, dan/atau minat.

Di kalangan sesetengah sektor orang Amerika-Afrika (digelar "men on the DL" dalam bahasa Inggeris, dengan "DL" merupakan singkatan untuk "down-low" ), tingkah laku seks sama jantina kekadang diperlihatkan hanya sebagai suatu keseronokan fizikal. Mereka itu melakukan hubungan jenis dengan lelaki (seringnya secara terselindung) semasa meneruskan hubungan cinta dan hubungan jenis dengan kaum wanita. Para lelaki itu seringnya menjauhi diri daripada gelaran "homoseksual" kerana istilah itu di kawasan mereka membawa pengertian lelaki ranggi dan kewanita-wanitaan berketurunan Eropah, sebuah kumpulan yang sesetengah mereka mungkin ingin menjauhi diri.

Lihat juga: Pengkotejan, Meronda untuk persetubuhan, Rumah mandi homoseksual, Lelaki yang bersetubuh dengan Lelaki.

Keseksualan hubungan pasangan luas[sunting | sunting sumber]

Kes-kes yang melibatkan melebihi dua orang pasangan dalam sebuah perkongsian seks termasuk:

Keseksualan autoerotik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Autoerotisisme

Autoerotisisme, sebagaimana yang namanya membayangkan, ialah kegiatan seks yang tidak melibatkan orang lain sebagai pasangan. Ia boleh mengambil bentuk pelancapan, tetapi banyak jenis parafilia (amalan seks yang luar biasa) juga serupa tidak memerlukan pasangan.

Kebanyakan amalan autoerosisme adalah agak selamat atau selamat pada keseluruhannya. Bagaimanapun, terdapat beberapa bentuknya yang dianggap tidak selamat. Ini termasuk pengasfiksian autoerotik dan perhambaan diri. Kemungkinan kecederaan atau juga kematian wujud semasa melakukan versi fetisy pasangan (permainan cekik dan perhambaan) dinaikkan dengan ketara, akibat keterasingan dan ketiadaan bantuan semasa kecemasan. Pengasfiksian autoerotik menuntut banyak nyawa pemuda setiap tahun.

Keseksualan alternatif[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Keseksualan alternatif

Terdapat beberapa bentuk untuk apa yang dipanggil keseksualan alternatif. Ini biasanya berdasarkan pilihan masing-masing, dan berbeza-beza antara apa yang umumnya diterima atau ditoleransi, sehingga jenis yang penuh dengan perbalahan atau haram di sisi undang-undang.

Contoh-contoh untuk bentuk keseksualan alternatif yang kurang biasa termasuk kegiatan BDSM yang kegiatan penguasaan dan penyerahan merupakan ciri-ciri utama kegiatan seks, serta keseksualan haiwan yang pasangan jangka panjang merupakan spesies yang lain.

Keseksualan paksaan dan penganiayaan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Penganiayaan seks

Kegiatan seks juga boleh merangkumi penganiayaan seks, iaitu menyalahgunakan keseksualan atau menggunakan keseksualan secara paksaan. Contoh-contohnya termasuk rogol, pembunuhan nafsu berahi, penganiayaan seks kanak-kanak, zoosadisme (penganiayaan seks haiwan), serta di banyak negara, parafilia tanpa sepersetujuan seperti frotaj, skatofilia telefon (panggilan telefon yang tak senonoh), serta juga ekshibisionisme tanpa sepersetujuan dan penyakit intai (juga dikenali masing-masing sebagai "pendedahan tak senonoh" dan "pengintai").

Kelainan antara budaya[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kelainan antara budaya

Keselamatan dan persoalan berkait[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat jenis risiko yang utama dalam kegiatan seks, iaitu:

  • memilih untuk mempercayai seorang pasangan yang berisiko secara fizikal
  • penyakit jantina
  • kehamilan yang tidak dikehendaki
  • mencari atau melakukan kegiatan yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang atau dari segi kebudayaan.

Risiko-risiko tersebut ditingkatkan oleh sebarang keadaan (buat sementara atau tetap) yang menjejaskan daya pertimbangan seseorang, umpamanya alkohol berketerlaluan atau drug, atau keadaan emosi seperti kesunyian, kemurungan atau euforia (rasa sangat gembira, misalnya pelajar baru di kolej). Kegiatan yang dipertimbangkan dengan telita akan mengurangkan kesemua persoalan ini dengan ketara.

Penyakit kelamin[sunting | sunting sumber]

Tingkah laku seks yang melibatkan sentuhan dengan orang lain atau bendalir tubuh orang lain membabitkan setakat risiko jangkitan penyakit kelamin.

Disebabkan oleh kebimbangan kesihatan yang diakibatkan oleh HIV/AIDS, klamidia, sifilis, gonorea, HPV dan jangkitan-jangkitan penyakit jantina yang lain, sesetengah orang mungkin memerlukan bakal pasangan seksnya diuji untuk jangkitan penyakit jantina sebelum melakukan persetubuhan. Teknik tersebut umumnya tidak dianggap perlu bagi mereka yang bersetubuh dengan pasangan dalam hubungan monogami atau poliamori yang setia yang telah menunjukkan diri sebagai bebas daripada penyakit kelamin; sila lihat pengikatan bendalir.

Kehamilan yang tak dikehendaki[sunting | sunting sumber]

Tingkah laku seks yang melibatkan sentuhan air mani pada faraj atau vulva mungkin akan menyebabkan kehamilan. Untuk mencegah kehamilan, banyak orang mempergunakan berbagai-bagai jenis kawalan kelahiran. Kaedah-kaedah yang paling umum termasuk kondom, spermisid, pil kawalan kelahiran, dan pemandulan.

Pertimbangan terjejas[sunting | sunting sumber]

Drug rekreasi seringnya digunakan dalam persekitaran sosial kerana dipercayai mempertingkatkan komunikasi antara perorangan. Contoh-contoh drug rekreasi yang umum termasuk alkohol, kanabis, kafeina dan nikotin.

  • Alkohol kekadang dipanggil "pelincir sosial" kerana ia menggurangkan kesekatlakuan, termasuk kesekatlakuan yang disebabkan oleh ketakutan akan penolakan. Bagaimanapun pada waktu yang sama, alkohol juga boleh menjejaskan daya pertimbangan dan menyebabkan seseorang kurang peka kepada isyarat-isyarat tersirat yang boleh mengakibatkan komunikasi yang kurang berkesan. Lebih penting lagi, pertimbangan terjejas boleh menyebabkan keputusan yang buruk tentang persetubuhan, seperti melakukan persetubuhan tak selamat. Kesekatlakuan emosi seperti keganasan juga terjejas, dan penggunaan/penarikan yang berterusan boleh mengakibatkan delusi paranoid (sila lihat sindrom Othello).
  • Kanabis boleh meningkatkan penikmatan kelucuan dan seni yang mungkin boleh memperbaik komunikasi. Tetapi pada waktu yang sama, ia boleh menyebabkan seseorang mengkaji diri dan oleh itu, cenderung tidak suka berkomunikasi.
  • Kafeina dan nikotin ialah perangsang. Perangsang yang termasuk amfetamina and kokaina berupaya meningkatkan kewaspadaan dan memperbaik perhatian dan oleh itu, ia boleh memperbaik keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Akan tetapi pada masa yang sama, perspektif masa untuk tindakan-tindakan terancang disingkatkan mengikut jumlah perangsang buatan yang digunakan. Pertimbangan yang terjejas terhadap perkara-perkara yang berkait dengan stamina (amfetamin), atau kebimbangan/ketakutan (kafeina/amfetamin) boleh mengakibatkan tingkah laku yang berbahaya, seperti persetubuhan tak terlindung, penunjuk-nunjukan semasa bersetubuh, atau tingkah laku yang meletihkan seperti maraton seks. Kesekatlakuan keganasan juga terjejas. Penggunaan perangsang secara berterusan juga boleh mengakibatkan paranoia, khususnya di kalangan mereka yang muda kena psikosis reaktif singkat.

Penggunaan drug rekreasi seringnya disebut sebagai suatu faktor risiko terhadap masalah kesihatan, termasuk penyakit jantina, ketagihan, kecacatan lahir, penyakit jantung, barah, serta penyakit hati, antara lain. [1]

Kebanyakan drug psikoaktif yang mempengaruhi bidang seks dan komunikasi tingkah laku manusia juga mempengaruhi sistem neuroendokrin, dan boleh mempengaruhi aras-aras hormon dan neurohormon yang mengawal tingkah laku naluri, penyusuan, dan sebagainya. Sila lihat psikiatri dan endokrinologi untuk maklumat terperinci.

Persoalan undang-undang mengenai tingkah laku seks[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Parafila: Pandangan undang-undang serta Seks dan Undang-undang

Undang-undang liwat dan sama jantina[sunting | sunting sumber]

Berbagai-bagai bentuk kegiatan seks sama jantina telah diharamkan di sisi undang-undang di banyak kawasan pada berbagai-bagai zaman dalam sejarah. Dalam kes Lawrence lwn Texas pada tahun 2003, sebuah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengubah kesemua undang-undang itu di Amerika Syarikat.

Biasanya, tetapi tidak selalu, undang-undang tersebut diistilahkan sebagai undang-undang liwat, tetapi merangkumi juga persoalan-persoalan seperti undang-undang cukup umur, undang-undang "kesopanan", dan sebagainya. Undang-undang yang mengharamkan keseksualan sama jantina telah banyak berubah pada sepanjang sejarah, berdasarkan kebudayaan, agama, adat dan larang pantang sosial, dan sebagainya. Umpamanya, undang-undang yang melarang tingah laku seks sama jantina di England semasa pemerintahan Ratu Victoria, ditujukan khusus kepada kegiatan seks sama jantina lelaki tetapi tidak ditujukan kepada kegiatan seks sama jantina perempuan, malah langsung tidak dinyatakan sama sekali. Salah satu contoh yang terkenal mengenai undang-undang liwat pada zaman moden boleh didapati dalam rencana Alan Turing.

Senarai perbuatan dan amalan seks[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak kelainan kegiatan seks, dengan seringnya nama yang berbeza bagi setiap kegiatan. Untuk perincian, sila lihat Senarai posisi seks dan Senarai slanga seks yang menyeluruh.

Perkara am[sunting | sunting sumber]

BDSM khusus dan parafilia berkait[sunting | sunting sumber]

Pada umumnya kurang biasa, tetapi masih meluas, adalah berbagai-bagai jenis parafilia. Sesetengah jenis yang lebih umum termasuk:

Kegiatan lisan atau visual yang khusus[sunting | sunting sumber]

Sesetengah kegiatan seks melibatkan orang lain, tetapi tidak melibatkan penyentuhannya:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Moscucci, Ornella (1996). "Clitorectomy, Circumcision and the Politics of Sexual Pleasure in Mid-Victorian Britain". Sexuality in Victorian Britain. Bloomington dan Indianapolis: Percetakan Universiti Indiana.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]