Kehakiman di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kehakiman di Malaysia merupakan gambaran maruah dan imej di kalangan pengamal undang-undang, rakyat biasa dan perspektif masyarakat antara bangsa terhadap pemisahan antara kuasa eksekutif dengan kuasa kehakiman di Malaysia.

Majlis Peguam Malaysia telah mengadakan beberapa bantahan dan tunjuk perasaan yang melibatkan pengamal undang-undang di Malaysia termasuk yang terbaru pada 27 September 2007. Jika undang-undang di Malaysia mudah disorong-tarik, pelabur asing bimbang dengan nasib pelaburan mereka di sini. Ketidakstabilan politik akan berlaku dan melumpuhkan ekonomi negara dalam pasaran saham.

Pemecatan Tun Salleh Abas[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mac 2008, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang baru dilantik, mahu kerajaan Barisan Nasional memohon maaf di atas kesilapan memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman. Kesalahan ini dilakukan 20 tahun lalu iaitu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Kumpulan UMNO 11 mahu membawa kes itu ke mahkamah dan hakim pula dijangka memihak kepada UMNO 11.

Pada 2000, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Suffian semasa di majlis memperingati kematian Tan Sri Wan Suleiman, salah seorang Hakim Mahkamah Agung yang dipecat, menyatakan bahawa Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya dua generasi lagi untuk memulihkan sepenuhnya Badan Kehakiman Negara ini selepas peristiwa hitam 1988. Tun Dr Salleh Abas dalam bukunya, "May Day For Justice", bahawa ia disebabkan Perdana Menteri waktu itu bimbang kemungkinan rayuan UMNO 11 akan diterima. [1]

Tun Hussein Onn menyatakan pihak utama kes ini ialah antara pihak Eksekutif dengan pihak Kehakiman. Pelakon utamanya ialah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed, batu apinya ialah akhbar The Star, News Straits Times, Asiaweek dan akhbar-akhbar lain. Mangsanya Tun Salleh Abas dan lima orang hakim yang digantung jawatan mereka iaitu Tan Sri Wan Sulaiman, Datuk George Edward Seah, Tan Sri Azmi, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah. Akhirnya Tun Salleh Abas, Tan Sri Wan Sualiman dan Dato’ George Seah dipecat daripada jawatan mereka. Hakim Harun Hashim juga turut menyumbang kemarahan PM.>[2]

Sebelum ini Presiden Badan Peguam, Ambiga Sreenevasan menyambut baik barisan kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melantik Datuk Zaid Ibrahim bagi memulihkan imej kehakiman di Malaysia.

Perubahan badan kehakiman[sunting | sunting sumber]

Perubahan dalam cara memilih hakim dan cara naikkan pangkat hakim itu perlu diperbetulkan. Rakyat juga mahu kes mereka didengar dengan lebih cepat dan keputusan yang dibuat tidak membebankan rakyat.

Semua pihak termasuk barisan hakim perlu dibawa berbincang bagi mencari jalan penyelesaian semua kes yang tertangguh. Pihak yang cuba 'menceroboh' dan mengambil kesempatan ke atas badan kehakiman perlulah diambil tindakan.[3]

Badan perundangan tidak patut dikartunkan dan menjadi bahan lelucon. Sebaliknya badan kehakiman adalah badan yang telus, dihormati dan jika dihakimi semula masih tidak berubah arah penghakiman. Sepatutnya penghakiman masa-masa lalu tidak dipertikaikan dan dihakimi semula. Sebarang kes yang dibawa ke mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan malah ke mahkamah antarabangsa tidak patut menampakkan kelemahan penghakiman.

Di Malaysia, banyak perkara, badan perundangan, dasar kerajaan dan undang-undang sedia ada yang bersangkutan yang perlu dirombak secara drastik. Rakyat Malaysia tidak lagi berpeluang membawa kes ke mahkamah antarabangsa sebaliknya hanya terhad kepada mahkamah agung sahaja. Sentimen anti perundangan British / Barat mestilah diminimakan.

Pendakwaan berpilih antara kes besar dan kes kecil, tokoh besar dan rakyat kecil tidak dibezakan. Mana-mana hakim tidak patut intim dengan rakyat biasa apa lagi tertuduh dalam sesuatu kes. Cubaan mengatur pendakwaan dan proses perbicaraan tidak seharusnya berlaku.

Tertuduh yang dipenjara belasan tahun tanpa sebarang perbicaraan tidak patut berlaku. Rakyat berhak mendapatkan peguam bela yang handal. Biro Bantuan Guaman mestilah lebih berfungsi dan bukan sekadar memenuhi syarat perundangan. Tertuduh yang dibebaskan kerana 'masalah teknikal' dan kerana memasang 'peguam tertentu' amat mengaibkan. Pegawai penyiasat sambil lew , pegawai pendakwa berpilih, kelewatan perkeranian, sistem fail berceramuk dan storan bukti dipecahmasuk / terbakar, kehilangan bukti, saksi tidak berani tampil ke hadapan dan asyik memihak kepada kerajaan amatlah mengecewakan. Kursus perundangan yang lebih spesifik mestilah diadakan agar mereka tidak dikelakarkan.

Di Pakistan, rakyat tidak berpuas hati dan mngadakan tunjuk perasaan terhadap tindakan Presiden Pervez Musharraf melucutkan jawatan ketua hakim Mahkamah Tinggi Iftikhar Mohammad Chaudhry. Mana-mana kerajaan yang berkuasa tidak harus bertindak sebagai pendakwa dan pada masa yang sama bertindak sebagai hakim. Imej badan kehakiman tercalar sukar untuk dipulihkan kerana kerajaan sedia ada enggan mengakui kesilapan dan menyediakan 1001 bukti dan saksi mata. Mengakui kesilapan bukan langkah bijak bagi mereka yang berada di puncak kuasa.

Mahkamah Sivil vs Mahkamah Syariah[sunting | sunting sumber]

Keadilan Islam adalah untuk orang Islam dan bukan Islam dan mestilah terbukti dan dapat dibuktikan, bukan sekadar retorik semata-mata. Penubuhan fakulti perundangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang ditubuhkan sejak 1983 diharap dapat meningkatkan keyakinan bukan Islam dan masyarakat Islam kepada Mahkamah Syariah.

Hakim Mahkamah Syariah mestilah dikagumi di peringkat local dan antarabangsa. Perkara ini boleh diperolehi melalui kelulusan akademik para hakim, peguam dan semua pengamal undang-undang. Badan Perundangan di Malaysia patut ada sistem data berkomputer yang mudah akses bagi tujuan penghakiman setara.

Pengamal undang-undang di mahkamah sivil dan mahkamah syariah sepatutnya duduk semeja dan muhasabah diri. Jangan gunakan pendekatan ortodok, retorik dan dogmatik.

Umat Islam berhak mendapatkan penghakiman berdasarkan lunas-lunas al-Quran dan Sunnah. Keserasian antara undang-undang Barat dan Timur mestilah dicari. Mesti ada titik pertemuan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siasat kembali tragedi pemecatan Tun Salleh Abas
  2. ^ "Tun Salleh Abas dan Pertikaian antara Badan Eksekutif dengan Badan Kehakiman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-16. Dicapai pada 2008-03-22.
  3. ^ Enam Bulan Untuk Jadikan Bidang Kehakiman Kembali Dihormati, Kata Mohd Zaid