Keisuke Honda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Keisuke Honda
本田 圭佑
Maklumat peribadi
Nama penuh Keisuke Honda[1]
Tarikh lahir 13 Jun 1986 (28 tahun)
Tempat lahir Settsu, Osaka, Jepun
Tinggi 1.82 m (6 kk 0 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang, Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Milan
Nombor 10
Kerjaya remaja
1994–1998 Settsu FC
1999–2001 Gamba Osaka
2002–2004 Seiryō High School
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2005–2007 Nagoya Grampus 90 (11)
2008–2010 VVV-Venlo 68 (24)
2010–2014 CSKA Moscow 94 (20)
2014– Milan 20 (5)
Pasukan kebangsaan
2005 Jepun B20 1 (0)
2006–2008 Jepun B23 18 (5)
2008– Jepun 59 (23)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12:54, 29 September 2014 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 14 June 2014

Keisuke Honda (本田 圭佑 Honda Keisuke?, lahir 13 Jun 1986) merupakan pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk kelab Serie A, Milan dan Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun. Beliau bermain sebagai pemain tengah menyerang, tetapi boleh juga bermain sebagai penyerang kedua atau perancang dalam.[3] Beliau juga dikenali kerana sepakan percumanya, menggelecek dan pakar bola mati.

Beliau telah mendapat lebih daripada 50 kap antarabangsa sejak tahun 2008, bermain ketika Piala Dunia FIFA 2010 dan memenangi Piala Asia 2011, dimana beliau diundi sebagai Pemain Terbaik Pertandingan.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

VVV-Venlo[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Januari 2008, Honda menandatangani persetujuan dua tahun setengah bersama kelab Eredivisie, VVV-Venlo.[4][5] Ketika enam bulan pertamanya di VVV, beliau merasai pengalaman penyingkiran buat kali pertama dalam karier professionalnya selepas kelab barunya itu jatuh ke Eerste Divisie, liga divisyen kedua. Pada musim 2008–09, beliau menjaringkan 16 gol dalam 36 penampilan liga untuk membantu kelabnya kembali ke Eredivisie.[6] Beliau dikenali sebagai "Keizer Keisuke" (bermasuk "Maharaja Keisuke") oleh penyokong kelab itu.[7]

CSKA Moscow[sunting | sunting sumber]

Ketika akhir bulan Disember 2009, Honda berpindah ke kelab Rusia, CSKA Moscow. Honda menandatangani kontrak 4 tahun.[8] Yuran perpindahan tidak didedahkan, tetapi VVV-Venlo dikatakan sangat berpuas hati dengan bayaran kerana ia hampir menyamai harga yang diminta mereka; ianya dipercayai sekitar €6 juta.[7] Honda membuat kemunculan sulung untuk CSKA dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Sevilla.[9] Ketika perlawanan kedua di Seville, beliau menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma untuk CSKA selepas membuat bantuan gol pertama untuk Tomáš Necid. Ini memberikan kemenangan 2-1 (3-2 secara agregat) untuk menghantar kelab itu ke suku akhir, menjadikan Honda pemain Jepun pertama untuk berada di peringkat suku akhir dan juga yang pertama untuk menjaringkan gol dalam peringkat kalah mati. Honda menjaringkan gol liga pertamanya pada 12 Mac 2010, dalam perlawanan di tempat sendiri menentang Amkar Perm. Beliau menjaringkan gol pada minit ketiga masa kecederaan selepas hantaran dari Necid. Dengan gol itu, beliau memberikan kemenangan untuk CSKA Moscow.

Honda mendapat kejayaan pertamanya dengan CSKA pada 22 Mei 2011, masuk menggantikan Alan Dzagoev pada separuh masa kedua ketika kemenangan 2-1 ke atas Alania Vladikavkaz dalam perlawanan akhir Piala Rusia.[10] Beliau menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama ketika perlawanan CSKA menentang Krylia Sovetov tiga hari kemudian, perlawanan itu berakhir dengan kemenangan kelabnya 3-0.[11] Pada 16 September 2012, Honda menjaringkan dua gol menerusi hantaran dari Ahmed Musa, menjaringkan satu-satunya gol ketika kemenangan liga ke atas Alania.[12]

Honda menjaringkan gol untuk CSKA dalam Piala Super Russia 2013

Pada 13 Julai 2013, Honda menjaringkan gol pertama dan ketiga CSKA ketika kemenangan 3-0 kelab itu ke atas Zenit dalam perlawanan Piala Super Rusia di Rostov.[13] Ketika tingkap perpindahan musim panas 2013, beliau memasuki enam bulan akhir kontraknya bersama CSKA dan bebas untuk berbincang dengan kelab lain, menyatakan minatnya untuk berpindah ke kelab yang lebih besar. Pada 11 Disember 2013, CSKA mengumumkan bahawa berakhirnya masa Honda di kelab itu. [14]

Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Oktober 2013, pengurus Milan, Massimiliano Allegri mengumumkan perjanjian untuk Honda menyertai Milan secara perpindahan percuma pada bulan Januari 2014.[15][16] Honda secara rasmi menyertai kelab itu pada 4 Januari 2014 dengan kontrak sehingga bulan Jun 2017 dan akan memakai jersi nombor 10.[17][18]

Pada 12 Januari 2014, Honda membuat kemunculan sulung dengan masuk menggantikan Robinho ketika kekalahan 4–3 perlawanan Serie A kepada Sassuolo. Pada 15 Januari, Honda membuat kemunculan penuh yang pertamanya untuk Milan,[19] menjaringkan gol ketika kemenangan 3–1 perlawanan suku akhir Coppa Italia menentang Spezia.[20] Beliau menjaringkan gol pertamanya dalam Serie A ketika perlawanan Genoa-Milan, yang dimenangi kelab Rossoneri 1-2.[21] Sumbangan Honda kepada Milan pada separuh kedua musim 2013-14 dianggap mengecewakan, dan beliau sendiri menyatakan bahawa "ini bukan saya."[22]

Pada 31 Ogos 2014, Honda menjaringkan gol untuk Milan menentang Lazio. Honda kemudiannya menjaringakn gol ketika menentang Parma membantu Milan menang perlawanan itu 5-4. Honda membuat bantuan gol pembukaan kepada Bonaventura dan menjaringkan gol menerusi tanduka untuk memberikan Milan pendahulan, menerusi hantaran Ignazio Abate. Ketika perlawanan seterusnya Milan menentang Empoli, Honda menjaringkan gol untuk Milan pada 23 September 2014.[23]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Honda beraksi untuk Jepun

Karier senior[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan ahli pasukan Jepun untuk Piala Dunia Remaja FIFA 2005 dan bermain untuk pasukan B-23 kebangsaan, yang layak ke pertandingan akhir Olimpik Musim Panas 2008. Beliau membuat kemunculan penuh sulungnya untuk Jepun pada 22 Jun 2008 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Bahrain. Pada 14 Julai 2008, beliau dinamakan dalam skuad B-23 Jepun untuk Sukan Olimpik Beijing.[24] Beliau menjaringkan gol pertama untuk pasukan senior pada 27 Mei 2009 dalam perlawanan persahabatan menentang Chile di Stadium Nagai, Osaka dan sejak itu telah diberikan nama gelaran "Maharaja Keisuke". Beliau telah menjaringkan 23 gol dalam 59 perlawanan untuk Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun sejak penampilan sulungnya pada tahun 2008.

Piala Dunia FIFA 2010[sunting | sunting sumber]

Honda menjaringkan satu-satunya gol ketika perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Jepun menentang Cameroon, menyudahkan hantaran Daisuke Matsui ke sudut kiri atas gawang.[25] Prestasinya dalam permainan itu membolehkannya dinugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan oleh FIFA dan kemenangan 1-0 itu adalah kemenangan pertama Piala Dunia Jepun di luar negara.[26] Ketika perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Denmark, beliau menjaringkan gol menakjubkan menerusi sepakan percuma pada minit ke 17 dari jarak 30 ela.[27] Beliau kemudian membuat bantuan gol kepada Shinji Okazaki pada minit ke 88 untuk menjadikan kedudukan 3–1 kepada Jepun, prestasi yang membolehkannya dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan sekali lagi dan Jepun layak ke pusingan kalah mati.[28] Ketika perlawanan pusingan 16 terakhir, Jepun disingkirkan Paraguay, tewas 3-5 menerusi sepakan penalti selepas perlawanan berakhir tanpa jaringan selepas masa tambahan.[29]

Jonathan Wilson dari The Guardian menamakan beliau sebagai 'false nine': pemain yang beraksi sebagai penyerang tengah tetapi bergerak lebih mendalam untuk menarik pertahanan ke sekeliling padang.[30]

Piala Asia 2011[sunting | sunting sumber]

Honda dimasukkan ke dalam skuad Piala Asia 2011 oleh jurulatih, Alberto Zaccheroni. Ketika perlawanan menentang Syria, beliau menjaringkan gol penalti untuk menjadikan kedudukan 2–1 kepada Jepun. Ketika perlawanan separuh akhir menentang Korea Selatan, beliau mengambil sepakan penalti, tetapi diselamatkan oleh Jung Sung-Ryong. Walau bagaimanapun, ketika sepakan penalti penentuan, beliau menjaringkan gol dan dinamakan "Pemain Terbaik Perlawanan."[31] Honda dianugerahkan Pemain Paling Bernilai untuk Piala Asia 2011 dan Jepun memenangi kejuaraan keempat Piala Asia mereka.[32]

Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014[sunting | sunting sumber]

Honda terlepas majoriti pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia AFC akibat kecederaan semasa bermain dengan kelabnya.[33]

Semasa pusingkan keempat kelayakan, pada 3 Jun 2012, ketika perlawanan pertama Jepun dalam Kumpulan B menentang Oman, Honda menjaringkan gol cantik selepas 11 minit perlawanan bermula. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 3–0 Jepun.[34] Beliau terus menjaringkan gol ketika menentang Jordan pada 8 Jun 2012, berjaya mencatat hatrik; Jepun kemudiannya menang 6–0.[35] Beliau juga memainkan peranan penting ketika Jepun seri 1-1 dengan Australia pada 12 Jun 2012, ketika sepakan penjuru, beliau membuat bantuan gol kepada Yuzo Kurihara.[36]

Beliau terlepas beberapa perlawanan persahabatan dan satu perlawanan kelayakan akibat kecederaan sewaktu beraksi dengan kelab dan tidak dimasukkan dalam skuad yang tewas mengejut 2-1 kepada Jordan pada 26 Mac 2013.[37][38] Walaupun tidak 100 peratus cergas, Honda telah dinamakan dalam skuad untuk perlawanan menentang Australia pada 4 Jun 2013, selepas baru sahaja memenangi Piala Rusia dengan kelabnya.[39] Apa yang Jepun perlukan daripada perlawanan ini adalah keputusan seri untuk menjamin tempat mereka di Brazil. Beliau berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam masa tambahan selepas terkena tangan Matt McKay, menjadikan kedudukan 1-1.[40] Keputusan itu membolehkan Jepun layak ke Piala Dunia di Brazil dan menjadi negara pertama menempah tempat di kejohanan itu.[41]

Selepas memenangi Piala Asia 2011, Japan layak ke Pial Konfederasi di Brazil pada tahun 2013 dan Honda sekali lagi dimasukkan ke dalam skuad Zaccheroni untuk kejohanan itu.[42] Selepas tewas 3-0 kepada tuan rumah Brazil dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pada 15 Jun 2013,[43] Jepun berdepan Itali dalam perlawanan seterusnya; Honda menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk memberikan Jepun pendahuluan tetapi mereka tewas 4-3 dan tersingkir daripada pertandingan itu.[44]

Piala Dunia FIFA 2014[sunting | sunting sumber]

Jepun diundi ke dalam Kumpulan C untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil dan perlu berdepan Colombia, Greece, dan Ivory Coast. Ketika perlawanan pembukaan Jepun menentang Ivory Coast, Honda mengutip hantaran Yuto Nagatomo selepas lontaran ke dalam yang pantas dan menjaringkan gol menerusi sepakan kaki kirinya pada minit ke-16 perlawanan. Dengan gol ini, Honda menjadi pemain Jepun pertama untuk menjaringkan gol dalam dua Piala Dunia, dan juga menjadi penjaring terbanyak Jepun dalam sejarah Piala Dunia FIFA dengan tiga gol. Jepun kemudiannya tewas 2–1 kepada pasukan Afrika itu.[45]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

VVV-Venlo
CSKA Moscow

Jepun[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Tahunan Eerste Divisie: 2008–09
  • Pemain Bola Sepak Jepun Tahunan: 2010
  • Pemain Terbaik Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010: lwn Cameroon (PK), lwn Denmark (PK), lwn Paraguay (P16)
  • Pemain Paling Bernilai Piala Asia: 2011

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. ms. 16. Diperoleh pada 20 April 2014. 
  2. "National Team Squad". Japan Football Association. Diperoleh pada 15 January 2014. 
  3. "Keisuke Honda Is Happy With Life At CSKA Moscow But Not His Position In The Line-Up". Goal.com. 28 July 2010. Diperoleh pada 15 July 2013. 
  4. "Keisuke Honda: VVV's Very Own Midfield Emperor". Bleacher Report. 4 October 2008. Diperoleh pada 15 July 2013. 
  5. "Japan Defender Maya Yoshida Leaves Nagoya Grampus For VVV Venlo". Goal.com. 29 December 2009. Diperoleh pada 15 July 2013. 
  6. "Honda helps Venlo win promotion back to top flight in Netherlands". Japan Times. 26 April 2009. Diperoleh pada 15 July 2013. 
  7. 7.0 7.1 "'Emperor Keisuke' joins the Army Men". UEFA.com. 1 January 2010. Diperoleh pada 8 July 2010. 
  8. Роман Бабаев: «У Думбия были более привлекательные в финансовом отношении варианты, чем ЦСКА» (Russian)
  9. Bangkok Post (25 February 2010). "Gonzalez wonder goal earns CSKA draw against Sevilla". Diperoleh pada 25 February 2010. 
  10. "CSKA Moskva seal Russian Cup success". UEFA. 22 May 2011. Diperoleh pada 21 July 2013. 
  11. "Krylya Sovetov 0-3 CSKA Moskva". Soccerway. 25 May 2011. Diperoleh pada 21 July 2013. 
  12. "CSKA Moskva 2-0 Alaniya". Soccerway. 16 September 2012. Diperoleh pada 21 July 2013. 
  13. "Honda Stars as CSKA Beat Zenit 3-0 for Russian Super Cup". Ria Novosti. 13 July 2013. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  14. "Keisuke Honda left PFC CSKA". PFC CSKA Moskva. 11 December 2013. Diperoleh pada 13 December 2013. 
  15. "Official: Allegri criticises Balotelli, announces deals for Rami, Honda". Soccerway. 27 October 2013. Diperoleh pada 28 October 2013. 
  16. "Allegri: 'Balotelli had a bad game'". Football Italia. 27 October 2013. Diperoleh pada 28 October 2013. 
  17. "Breaking News: ADRIANO GALLIANI: "Honda will be a Milan player" - AC Milan". A.C. Milan. 11 December 2013. Diperoleh pada 13 December 2013. 
  18. "HISTÓRICAMENTE MILAN". A.C. Milan. 14 December 2013. Diperoleh pada 14 December 2013. 
  19. "Line-ups: Milan-Spezia". Calcio Italia. 15 January 2014. 
  20. "New boss Seedorf watches Honda score on his debut as Milan bounce back". Daily Mail. 16 January 2013. 
  21. http://www.sbnation.com/soccer/2014/4/7/5591086/milan-genoa-2014-serie-a-final-score-result
  22. http://www.tribalfootball.com/articles/keisuke-honda-angry-over-dismal-ac-milan-season-4022409#.U5z78vmSySq
  23. "Jeremy Menez stars as AC Milan edge nine-goal thriller with Parma". ESPNFC. 14 September 2014. Diperoleh pada 14 September 2014. 
  24. Goal.com (14 July 2008). "Japan Name Olympic Squad". Diperoleh pada 17 July 2008. 
  25. "Japan 1-0 Cameroon". BBC Sport. 14 June 2010. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  26. "Honda creates history for Japan". FIFA. 14 June 2010. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  27. "Denmark 1 Japan 3: match report". The Telegraph. 24 June 2010. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  28. "Denmark 1-3 Japan". BBC Sport. 24 June 2010. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  29. Sheringham, Sam (24 June 2010). "Denmark 1–3 Japan". BBC Sport (BBC). Diperoleh pada 24 June 2010. 
  30. Wilson, Jonathan (11 July 2010). "The Question: What have been the tactical lessons of World Cup 2010?". The Guardian (Guardian Media Group). Diperoleh pada 12 July 2010. 
  31. "Japan deservedly booked a place in the final after a dramatic win on penalties over South Korea...". Goal.com. 25 January 2011. Diperoleh pada 15 July 2013. 
  32. "Honda, Inui lead Asian award shortlist". FIFA. 15 September 2011. Diperoleh pada 15 July 2013. 
  33. "JAPAN ACE HONDA LINKS UP WITH CSKA AFTER INJURY". Tribal Football. 18 April 2013. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  34. "Japan 3-0 Oman: Honda, Maeda & Okazaki score as hosts dominate opener". Goal.com. 3 June 2012. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  35. "Japan 6-0 Jordan: Honda hat-trick propels Samurai Blue to second straight qualifying win". Goal.com. 8 June 2012. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  36. "Socceroos reduced to 10 men but hold on for brave 1-1 draw against Japan at Suncorp Stadium". Fox Sports. 12 June 2012. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  37. "Jordan 2-1 Japan". Goal.com. 26 March 2013. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  38. "Jordan checks Japan’s World Cup progress with 2-1 win". Arab News. 27 March 2013. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  39. "CSKA Clinch Double After Beating Anzhi in Russian Cup Final". Ria Novosti. 1 June 2013. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  40. "Australia concede late equaliser to Japan in World Cup qualifier". Guardian. 4 June 2013. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  41. "Japan secure World Cup 2014 spot". ESPN. 4 June 2013. Diperoleh pada 13 July 2013. 
  42. "Concerns of Brazil protesters sadden Japan team". Fox Sports. 21 June 2013. Diperoleh pada 15 July 2013. 
  43. "Brazil 3 Japan 0: Neymar stunner sets Samba stars on their way to opening day Confederations Cup triumph". Daily Mail. 15 June 2013. Diperoleh pada 15 July 2013. 
  44. "Italy 4 Japan 3: Penalty king Balotelli scores AGAIN from the spot as Azzurri hold on for crucial win". Daily Mail. 19 June 2013. Diperoleh pada 15 July 2013. 
  45. "Ivory Coast stage World Cup fight back to see off Japan". Guardian. 15 June 2014. Diperoleh pada 17 June 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]