Kejohanan Ahli Sihir Trio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kejohanan Ahli Sihir Trio merupakan satu kejuaraan atau pertandingan sihir antara sekolah sihir di Eropah, Sekolah Sihir Hogwarts, Institut Durmstrang, dan Akademi Sihir Beauxbatons. Kejohanan pertama pertama kali diadakan kira-kira pada tahun 1294, dengan ketiga-tiga sekolah menghantar satu wakil atau dipanggil "wira". Wira yang terpilih harus melengkapkan tiga tugasan yang akan menguji kemahiran sihir, kepandaian dan keberanian, dan tugasan ini diadili oleh Pengetua sekolah yang bertanding. Wira akan bertanding bagi mendapatkan kemuliaan dan penghormatan Kejohanan, dan hadiah bagi juara ialah Piala Ahli Sihir Trio. Walau bagaimanapun, kejohanan ini sangat bahaya dan banyak wira yang mati ketika bertanding. Lebih kurang selepas 1792, kejohanan ini dihentikan kerana bilangan kematian yang terlalu tinggi. Pada 1994, kejohanan ini diwujudkan kembali dengan penguatkuasaan banyak peraturan untuk mengurangkan sebarang kemungkinan bagi kematian. Kejohanan 1994 merupakan yang paling terkenal dalam sejarah kerana kali pertama melibatkan empat orang wira dan kejohanan berakhir dengan tragedi dahsyat iaitu kematian Cedric Diggory dan kelahiran semula Lord Voldemort.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.