Piala Suzuki AFF 2010
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Negara-negara tuan rumah | |
| Tarikh | 1 Disember – 29 Disember 2010 |
| Pasukan | 8 |
| Tempat | 4 (di 4 bandar) |
| Kedudukan akhir | |
| Juara | |
| Naib Juara | |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 18 |
| Jaringan gol | 51 (2.83 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | |
| Pemain terbaik | |
|
← 2008
2012 →
|
|
Kejohanan Bola Sepak ASEAN atau Piala AFF, juga dikenali sebagai Piala Suzuki AFF 2010 disebabkan oleh kesinambungan penajaan Suzuki[1] terhadap kejohanan serantau ASEAN, dijalankan pada 1 hingga 29 Disember 2010.[2]
Indonesia dan Vietnam menjadi tuan rumah pada pusingan awal bermula dari 1 hingga 7 Disember bagi Kumpulan A dan 2 hingga 8 Disember bagi Kumpulan B. Pusingan separuh akhir dimainkan secara timbal balik (tuan rumah dan lawan) dengan perlawanan bermula pada 15 dan 16 Disember 2010, dan perlawanan kedua pada 18 dan 19 Disember 2010. Perlawanan akhir dimainkan secara timbal balik juga iaitu akhir pada 26 Disember 2010 dan 29 Disember 2010,[3] di antara tuan rumah Indonesia dan Malaysia.
Pada peringkat separuh akhir kejohanan, pasukan Filipina, Indonesia, Malaysia dan penyandang juara lalu, Vietnam mara ke separuh akhir. Bagi Filipina, ia merupakan kali pertama Filipina layak ke separuh akhir di bawah bimbingan Simon McMenemy.[4]
Seterusnya, Malaysia layak ke akhir buat pertama kali selepas 14 tahun,[5] manakala Indonesia pula muncul di perlawanan akhir buat kali keempat. Akhirnya, Malaysia berjaya memenangi kejuaraan pertama mereka dengan menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat.[6]
Isi kandungan |
Tuan rumah [sunting]
Pada 17 Februari 2009, Vietnam telah mengisytiharkan minat mereka menjadi tuan rumah bagi Piala Suzuki AFF 2010 yang menjadi piala kelapan untuk dijalankan.[7] Pada 21 April 2009, akhbar Vietnam, VietNamNet telah mengumumkan bahawa Vietnam akan menganjurkan kejohanan bersama dengan Indonesia.[8][9]
Tempat [sunting]
Terdapat dua tempat utama; Stadium Bung Karno di Jakarta dan Stadium Nasional My Dinh Stadium di Hanoi dengan dua tempat kedua yang akan digunakan secara serentak dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir bagi peringkat kumpulan. Mulanya, tempat kedua bagi Kumpulan B adalah Stadium Hàng Đẫy di Hanoi. Walau bagaimanapun pada 22 November 2010, Persekutuan bola sepak Vietnam (VFF) telah mengumumkan bahawa ia tidak dapat disediakan tepat pada masanya dan digantikan dengan Stadium Chùa Cuõi aka Stadium Thiên Trường.[10] Bagi kumpulan A, tempat kedua sebenar adalah Stadium Jalak Harupat Soreang di Bandung tetapi pada 24 November 2010, telah diumumkan bahawa ia telah digantikan dengan Stadium Gelora Sriwijaya berikutan mesyuarat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) satu minggu sebelum pengumuman ini.[11]
Kelayakan [sunting]
Kelayakan kejohanan dijadualkan daripada 22 October to 26 Oktober 2010 di Laos. Empat pasukan pilihan lebih rendah iaitu Laos, Kemboja, Filipina dan Timor Leste berlawan bagi mendapatkan dua tempat ke peringkat akhir.[3] Walau bagaimanapun, kelayakan dijalankan tanpa kehadiran Brunei, disebabkan penggantungan berterusan FIFA terhadap Persekutuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam, seterusnya membatalkan penyertaan mereka dari kejohanan tersebut.[12]
Keputusan kelayakan [sunting]
Enam pasukan layak secara automatik ke kejohanan akhir, berdasarkan rekod-rekod kejohanan:
Dua pasukan layak melalui kejohanan kelayakan:
Skuad [sunting]
Kejohanan akhir [sunting]
Pusingan kumpulan [sunting]
Kumpulan A [sunting]
- Semua perlawanan dimainkan di Indonesia.
- Semua masa adalah mengikut Waktu Indonesia Barat (WIB) – UTC+7.
| Pskn | Prm | M | S | K | GJ | GK | PG | Mat |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 3 | 3 | 0 | 0 | 13 | 2 | +11 | 9 | |
| 3 | 1 | 1 | 1 | 6 | 6 | 0 | 4 | |
| 3 | 0 | 2 | 1 | 3 | 4 | −1 | 2 | |
| 3 | 0 | 1 | 2 | 3 | 13 | −10 | 1 |
| 1 Disember 2010 17:00 |
Thailand |
2 – 2 | Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Pengadil: Sato Ryuji (Jepun) |
|
|---|---|---|---|---|
| Sarayoot |
Laporan | I. Konekham S. Kanlaya |
| 1 Disember 2010 19:30 |
Indonesia |
5 – 1 | Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Penonton: 62,000 Pengadil: Vo Minh Tri (Vietnam) |
|
|---|---|---|---|---|
| Asraruddin Gonzáles Ridwan Arif Irfan |
Laporan | Norshahrul |
| 4 Disember 2010 17:00 |
Thailand |
0 – 0 | Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Pengadil: Win Cho (Myanmar) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan |
| 4 Disember 2010 19:30 |
Laos |
0 – 6 | Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Penonton: 70,000 Pengadil: Daud Abbas (Singapura) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | Firman Ridwan Irfan Arif Okto |
| 7 Disember 2010 19:30 |
Malaysia |
5 – 1 | Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang Pengadil: Vo Minh Tri (Vietnam) |
|
|---|---|---|---|---|
| Amri Yahyah Amirul Hadi Norshahrul Jasuli |
Laporan | S. Lamnao |
| 7 Disember 2010 19:30 |
Indonesia |
2 – 1 | Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Penonton: 65,000 Pengadil: Sato Ryuji (Jepun) |
|
|---|---|---|---|---|
| Bambang |
Laporan | Suree |
Kumpulan B [sunting]
| Pskn | Prm | M | S | K | GJ | GK | PG | Mat |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 3 | 2 | 0 | 1 | 8 | 3 | +5 | 6 | |
| 3 | 1 | 2 | 0 | 3 | 1 | +2 | 5 | |
| 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 4 | |
| 3 | 0 | 1 | 2 | 2 | 9 | −7 | 1 |
| 2 Disember 2010 17:00 |
Singapura |
1 – 1 | Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi Pengadil: Chaiya Mahaprab (Thailand) |
|
|---|---|---|---|---|
| Đurić |
Laporan | C. Greatwich |
| 2 Disember 2010 19:30 |
Vietnam |
7 – 1 | Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi Penonton: 40,000 Pengadil: Singh Pratap (India) |
|
|---|---|---|---|---|
| N.A. Đức N.M. Phương L.T. Tài N.T. Hoàng N.V. Phong |
Laporan | A.K. Moe |
| 5 Disember 2010 17:00 |
Singapura |
2 – 1 | Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi Pengadil: Tao Ranchang (China) |
|
|---|---|---|---|---|
| Đurić Agu |
Laporan | K.M. Lwin |
| 5 Disember 2010 19:30 |
Filipina |
2 – 0 | Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi Penonton: 40,000 Pengadil: Jimmy Napitupulu (Indonesia) |
|
|---|---|---|---|---|
| C. Greatwich P. Younghusband |
Laporan |
| 8 Disember 2010 19:30 |
Myanmar |
0 – 0 | Stadium Thiên Trường, Nam Dinh Pengadil: Singh Pratap (India) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan |
| 8 Disember 2010 19:30 |
Vietnam |
1 – 0 | Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi Penonton: 40,000 Pengadil: Chaiya Mahaprab (Thailand) |
|
|---|---|---|---|---|
| N.V. Phong |
Laporan |
Pusingan kalah mati [sunting]
Separuh akhir [sunting]
- Timbal balik pertama
| 15 Disember 2010 20:00 UTC+8 |
Malaysia |
2 – 0 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Penonton: 53,000 Pengadil: Sun Baojie (China) |
|
|---|---|---|---|---|
| Safee |
Laporan |
| 16 Disember 2010 19:00 UTC+7 |
Filipina |
0 – 1 | Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta† Penonton: 70,000 Pengadil: Masoud Moradi (Iran) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | Gonzáles |
- Timbal balik kedua
| 18 Disember 2010 19:00 UTC+7 |
Vietnam |
0 – 0 | Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi Penonton: 40,000 Pengadil: Kim Sang Woo (Republik Korea) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan |
- Malaysia menang dengan agregat 2-0.
| 19 Disember 2010 19:00 UTC+7 |
Indonesia |
1 – 0 | Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta |
|
|---|---|---|---|---|
| Gonzáles |
- Indonesia menang dengan agregat 2-0.
† Timbal balik pertama bagi separuh akhir sepatutnya dimainkan di Filipina. Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan satu stadium yang melepasi piawai AFF, kedua-dua timbal balik telah dianjurkan oleh Indonesia.[13]
Akhir [sunting]
- Perlawanan pertama
| 26 Disember 2010 20:00 (UTC+8) |
Malaysia |
3 – 0 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Penonton: 90,000 Pengadil: Masaaki Toma (Jepun) |
|
|---|---|---|---|---|
| Safee |
Laporan |
- Perlawanan kedua
| 29 Disember 2010 19:00 (UTC+7) |
Indonesia |
2 – 1 | Stadium Bung Karno, Jakarta Penonton: 90,000 Pengadil: Peter Green (Australia) |
|
|---|---|---|---|---|
| Nasuha Ridwan |
Laporan | Safee |
- Malaysia menang 4–2 secara agregat
| Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 |
|---|
Malaysia Juara Pertama |
Anugerah [sunting]
| Kasut Emas | Pemain Terbaik | Permainan Bersih |
|---|---|---|
Penjaring gol [sunting]
- 5 gol
- 3 gol
- 2 gol
- 1 gol
- Gol sendiri
Mohd Asraruddin Putra Omar (1) (untuk Indonesia)
Kontroversi [sunting]
Pada perlawanan akhir pertama antara Indonesia dengan Malaysia, penyokong Malaysia mengganggu pemain pasukan Indonesia dengan sinar penunjuk laser hijau, terutamanya kapten Firman Utina dan penjaga gawang Markus Haris Maulana. Perlawanan dihentikan pada minit ke-53 selama 8 minit selepas pemain Indonesia membantah dengan keluar padang.[14][15] Pemain Indonesia yang boleh dikatakan kehilangan konsentrasi tewas perlawanan ini 3-0.[16] Pada perlawangan kedua di Jakarta, penyokong Indonesia membalas dengan menyinar laser hijau ke arah penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat.[17][18][19][20]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Suzuki renew its title sponsorship of AFF Cup", AseanFootball.org, 2010-08-05. Dicapai pada 2010-08-07.
- ↑ "December 2010 event calendar", World Sports Group. Dicapai pada 2010-01-20.
- ↑ 3.0 3.1 "Participating teams at 2010 AFF Suzuki Cup", Dang Cong San Vietnam. Dicapai pada 2010-01-28.
- ↑ http://www.affsuzukicup.com/_webapp_740273/Hard_work_pays_off,_says_McMenemy Hard work pays off, says McMenemy ]
- ↑ "Football: Malaysia Edge Vietnam To Enter AFF Cup Final After 14 Years", Bernama. Dicapai pada 2010-12-18.
- ↑ Indonesia 2 Malaysia 1 - Malaysia claim first title Tapak rasmi Piala Suzuki AFF
- ↑ "VFF asks to host AFF Suzuki Cup 2010", Vietnam Net, 2009-02-17. Dicapai pada 2009-02-17.
- ↑ "Vietnam co-hosts 2010 AFF Cup with Indonesia", Vietnam Net, 2009-04-21. Dicapai pada 2009-04-21.
- ↑ "Vietnam, Indonesia to co-host 2010 regional football cup", 2009-04-20. Dicapai pada 2009-04-20.
- ↑ "AFF Suzuki Cup 2010: SVĐ Thiên Trường được chọn là sân thi đấu thứ hai tại bảng B", VFF.org.vn, Vietnam Football Federation, 2010-11-22. Dicapai pada 2010-11-24. (Vietnamese)
- ↑ "Jakabaring as secondary venue in Indonesia", AseanFootball.org, ASEAN Football Federation, 2010-11-24. Dicapai pada 2010-11-24.
- ↑ "Fifa suspend Brunei", 2009-09-30. Dicapai pada 2010-01-28.
- ↑ "Press statement from AFF - Confirmed venues for knock-out stages", AFFSuzukiCup.com, 2010-12-09.
- ↑ "Fan laser beams mar Malaysia win over Indonesia", Jakarta Globe, 2010-12-27. Dicapai pada 2010-12-28.
- ↑ "Malaysia stride towards cup win", FIFA.com, FIFA, 2010-12-26. Dicapai pada 2010-12-28.
- ↑ "Safee strikes twice as Malaysia take three-goal lead in first leg final", AseanFootball.org, AFF, 2010-12-27. Dicapai pada 2010-12-31.
- ↑ Triyadi, Bogi. "Ada Laser di GBK", Liputan 6, 2010-12-29. Dicapai pada 2011-01-20. (Indonesia)
- ↑ "Laser pointers not a problem", NST.com, New Straits Times, 2010-12-30. Dicapai pada 2011-01-20.
- ↑ Purwadi, Didi. "Che Mat Mengaku Tidak Terganggu Sinar Laser", Republika.co.id, PT Republika Media Mandiri, 2010-12-31. Dicapai pada 2011-01-20. (Indonesia)
- ↑ Wiradinata, Avandi. "Kiper Malaysia Sindir Markus Horison soal Laser", Bola Inilah, 2010-12-31. Dicapai pada 2011-01-20. (Indonesia)
Pautan luar [sunting]
- Piala Suzuki AFF 2010 di AseanFootball.org
- Laman Rasmi Piala Suzuki AFF 2010