Kejora dan Bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kejora Dan Bintang)
Kejora dan Bintang
Fail:Kejora dan Bintang.jpg
FormatDrama
PengarahErlanda Gunawan
Dibintangi oleh
Rachel Amanda
Alyssa Soebandono
Eva Anindhita
Baim Wong
Lucky Perdana
Cut Keke
Mieke Wijaya
Mathias Muchus
Lagu pembukaanRindu Setengah Mati, D'Masiv
Lagu penutupRindu Setengah Mati, D'Masiv
Negara asal Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
Bilangan episod77 episod
Penerbitan
PenerbitLeo Sutanto
LokasiJakarta
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Sinemart
Penyiaran
Saluran asalRCTI
  • Siaran Negara Lain:
Malaysia Astro Ria
Siaran asalIsnin, 14 Disember 2009 – Ahad, 28 Februari 2010
Kronologi
MengikutiDoa dan Karunia
Diikuti olehKemilau Cinta Karmila

Kejora dan Binatang adalah sinetron yang ditayangkan oleh RCTI yang dicipta oleh Sinemart pada tahun 2009 sampai 2010 mulai tanggal Isnin, 14 Disember 2009 dan tamat tanggal Ahad, 28 Februari 2010 setelah 77 episod. Lagu temanya berjudul Rindu Setengah Mati yang dinyanyikan oleh D'Masiv. Sinetron ini dibintangi antara lain oleh Rachel Amanda, Alyssa Soebandono, Lucky Perdana dan Baim Wong.

Drama ini telah dieksport ke Malaysia dan ditayangkan dalam saluran Astro Ria pada 25 Januari 2011.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kejora (Alyssa Soebandono), lahir di Jakarta (19 tahun), adalah gadis yang memiliki segalanya. Cantik, ceria, selalu optimis, dan kaya raya. Kejora kuliah di Hong Kong-Singapura. Pak Ryan (Mathias Muchus) ayahnya seorang pengusaha ternama di Jakarta, manakala ibunya sudah meninggal. Dan Kejora memiliki seorang adik perempuan, Bintang (Rachel Amanda), lahir di Jakarta (15 tahun), yang menderita autisme tetapi sangat mahir bermain piano. Pak Ryan menikah lagi dengan Hanifa (Cut Keke) seorang janda beranak satu bernama Janet (Eva Anindhita).

Suatu hari, Kejora pulang ke Jakarta. Di lapangan terbang, begnya tertukar dengan beg Erlangga (Baim Wong), cucu keluarga Nenek Gautama (Mieke Wijaya) yang sangat kaya raya namun sombong, manja, dan keras kepala. Kejora tidak tahu bahawa sebenarnya Erlangga adalah teman lelaki Janet, saudara tirinya. Kejora harus berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh Erlangga gara-gara beg itu. Dan sepertinya juga nasib mempermainkan mereka sehingga mereka saling membenci. Kejora sebenarnya sudah mempunyai teman lelaki iaitu Joel (Rio Reifan) yang tamak harta, Joel punya adik bernama Fitra (Lucky Perdana) yang diam-diam mengagumi Kejora.

Pak Ryan sebenarnya sedang mengalami masalah besar. Perusahaannya di ambang kebangkrapan, tapi dia merahsiakan dari anak-anaknya. Suatu hari, saat sedang mencari wang pinjaman, Pak Ryan malah dirompak orang. Di luar dugaan, sang perompak mati terbunuh dalam sebuah kebakaran dan dikira dirinya kerana membawa barang-barangnya. Pak Ryan kemudian sedar, kalau dia meninggal, keluarganya akan mendapatkan wang insurans yang cukup besar. Pak Ryan pun memutuskan untuk berpura-pura mati.

Kejora tentu saja sangat terpukul dengan kematian ayahnya. Semeninggalnya Ryan, Kejora jadi sering berseteru dengan Hanifa, sampai puncaknya Hanifa mengusir Kejora dan Bintang dari rumah peninggalan ayahnya. Kejora dan Bintang benar-benar menderita, ditambah lagi, begitu tahu Kejora terusir, Joel, kekasih Kejora malah meninggalkan Kejora begitu saja.

Kejora berusaha menata hidupnya bersama dengan Bintang. Dia berhasil dapat kerja di sebuah kafé. Namun bencana tak selesai merudung Kejora. Saat Kejora sedang bekerja, Bintang malah menghilang. Kejora sangat sedih dan merasa bersalah. Dia tidak tahu bahwa Bintang diculik Hanifa yang setengah mati berusaha menutupi kenyataan bahwa keluarganya sudah jatuh miskin, hingga dia menculik Bintang dan menaruhnya di kampung, supaya tidak membocorkan rahsia kemiskinannya.

Kejora setengah mati berusaha menemukan adiknya. Kegigihan dan perjuangan Kejora ini membuat Fitra jadi iba dan semakin jatuh cinta. Pencarian Kejora terhadap adiknya juga membawa perubahan dalam hubungan Kejora dan Erlangga. Dari saling benci, Erlangga malah jadi menaruh simpati pada Kejora. Bahkan kemudian jatuh cinta.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Banyak masyarakat yang mengatakan bahwa plot cerita Kejora dan Bintang sangat mirip dengan siri Korea, Brilliant Legacy. Dikatakan bahawa di bahagian awal plot sangat mirip dengan Brilliant Legacy. Namun kenyataannya, pada bahagian episod-episod selanjutnya, plot ceritanya semakin lama semakin tidak menunjukkan kesamaan. Mungkin pihak pengurusan telah menyedari bahawa masyarakat mengetahui plot cerita yang sama dengan Brilliant Legacy.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]