Kejuruteraan komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simulasi peranti elektronik digital menggunakan Trainer Motorola 68k

Kejuruteraan komputer merupakan salah satu cabang daripada ilmu kejuruteraan. Kejuruteraan komputer menggabungkan ilmu kejuruteraan elektronik dan sains komputer untuk membentuk peranti elektronik terbenam berkonsep digital. Ia berbeza dengan kejuruteraan elektronik di mana mereka hanya mencipta peranti elektronik tunggal. Empat cabang penting yang menjadi teras dalam kejuruteraan komputer ialah sistem terbenam (embedded system), pemprosesan isyarat digital (digital signal processing), sistem komputer dan sistem logik.[1]

Pendidikan dalam kejuruteraan komputer[sunting | sunting sumber]

Pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan komputer akan diajar mengenai asas dalam litar elektronik berkonsep analog dan digital. Mereka juga akan diajar ilmu-ilmu dalam bidang sains komputer seperti bahasa pengaturcaraan, struktur data, merekabentuk perisian dan sistem rangkaian. Pendidikan ini penting bagi menyediakan pelajar yang berkemahiran dalam teori dan amali.[2]

Bahasa pengaturcaraan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bahasa pengaturcaraan
Contoh bahasa pengaturcaraan dalam Java.

Bahasa pengaturcaraan merupakan pendidikan paling teras dalam kejuruteraan komputer. Pelajar akan didedahkan dengan beberapa bahasa pengaturcaraan yang biasa diguna sekarang seperti C++, PHP, MySQL dan juga HTML. Bahasa pengaturcaraan ini penting kerana ianya akan memberi isyarat atau arahan kepada sistem mikropemproses tentang apa yang perlu dilakukan dalam sebuah alat peranti elektronik digital.[3]

Kebiasaannya, jurutera dalam bidang kejuruteraan komputer akan menyiapkan carta alir mengenai aturcara yang akan mereka buat. Carta alir ini mengandungi proses-proses yang akan dilakukan serta sedikit latar belakang mengenai bahasa aturcara yang akan mereka gunakan.

Struktur data[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Struktur data

Struktur data digunakan untuk menyusun data-data di dalam sistem mikropemproses secara tersusun dan teratur. Ini akan memudahkan sistem mikropemproses memproses data-data dengan cekap dan efisyen. Struktur data yang baik ialah apabila sistem mikropemproses menggunakan sedikit sahaja memori untuk melaksanakan sesuatu proses yang telah diarahkan oleh bahasa pengaturcaraan.[4]

Reka bentuk perisian[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan peranti elektronik pada masa kini menggunakan konsep digital. Oleh itu, sesebuah perisian amat penting bagi peranti elektronik tersebut. Perisian bertindak sebagai perantaraan di antara pengguna dan peranti elektronik itu. Pengguna membuat pilihan melalui perisian tersebut dan perisian akan menghantar segala arahan yang sudah diterima ke sistem mikropemproses untuk melakukan tindakan selanjutnya.

Untuk membuat perisian, bahasa pengaturcaraan sangat diperlukan. Perisian yang baik ialah perisian yang mesra pengguna serta tidak menghantar banyak arahan kepada sistem mikropemproses untuk proses yang mudah.

Sistem rangkaian[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Rangkaian komputer
Sistem rangkaian di dalam perpustakaan.

Sistem rangkaian amat berguna bagi sesebuah organisasi yang mempunyai ramai pekerja dan memerlukan penggunaan atas talian untuk memberitahu pengumuman serta tugas-tugas kepada pekerja lain. Bagi mereka yang mengambil kejuruteraan komputer, mereka dikehendaki mempunyai pengetahuan meluas dalam menyediakan sistem rangkaian komputer-komputer supaya sistem rangkaian ini dapat berjalan dengan baik serta mempunyai kawalan keselamatan yang kukuh.

Peluang pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan komputer semakin meluas memandangkan banyak syarikat pada masa kini mengaplikasikan konsep digital dalam peranti elektronik mereka. Syarikat-syarikat besar seperti Intel dan Western Digital kerap kali merekruit pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan komputer untuk diserapkan ke dalam syarikat mereka. Antara ciri-ciri syarikat yang memerlukan pekerja dalam bidang kejuruteraan komputer ialah:[5]

  1. Pembangunan produk elektronik
  2. Syarikat telekomunikasi
  3. Pembangun perisian komputer

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Computer Engineering", University of Saskatchewan, dicapai pada 08 Julai 2011.
  2. "Bachelor of Computer Engineering", Official Website of FKEKK, UTeM, dicapai pada 08 Julai 2011.
  3. "programming language", What is programming language? - A Word Definition From the Webopedia Computer Dictionary, dicapai pada 08 Julai 2011.
  4. Steven S. Skiena "Lecture 1 -- Data Structures and Programming", Steven Skiena - Department of Computer Science Stony Brook University , dicapai pada 08 Julai 2011.
  5. "Computer Engineer – Career Profile", About.com Tech Careers, dicapai pada 08 Julai 2011.
Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera