Kejuruteraan telekomunikasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kejuruteraan perhubungan atau kejuruteraan telekomunikasi merupakan bidang kejuruteraan yang menggabungkan bidang kejuruteraan elektronik, komputer dan teknologi maklumat. Ia sedikit bertindan dengan kejuruteraan penyiaran.

Ia mula mendapat perhatian apabila permintaan terhadap kecekapan sistem penghantaran maklumat menjadi semakin penting. Kini, semua urusan yang melibatkan pertukaran maklumat perlu dilakukan dengan mudah, cepat, murah dan mempunyai tahap keselamatan dan keboleharapan yang tinggi. Ini dapat dilaksanakan dengan adanya infrastruktur dan tenaga mahir di dalam bidang telekomunikasi. Oleh itu, ahli sains dan teknologi serta jurutera yang mahir dan cekap dalam bidang sistem telekomunikasi, elektronik, komputer dan teknologi maklumat amat diperlukan.