Kekhanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kekhanan atau khanat (Bahasa Mongolia: ханлиг, Turki: kağanlık, Parsi: خانات) atau kekhaniyahan apabila diterjemahkan dalam bentuk bahasa melayu, ialah perkataan daripada Turki-Mongol. Pentakrifan itu digunakan bagi merujuk kepada satu entiti politik yang diperintah oleh seorang Khan. Dalam bahasa Turki moden perkataan yang digunakan ialah kağanlık, manakala dalam bahasa Azerbaijan moden, xanlıq. Dalam bahasa Mongolia pula perkataan khanlig digunakan. Entiti politik ini tipikal untuk orang dari padang rumput Eurasia dan boleh setara dengan kerajaan puak, prinsipaliti, negara beraja ataupun empayar.


Kekhanan Mongol[sunting | sunting sumber]

Panji Kekhanan Chagatai
Panji II-Khanate

Kekhanan Chagatai (1226–1347)[sunting | sunting sumber]

Selepas Genghis Khan mewujudkan appanage untuk keluarga beliau dalam empayar Mongol semasa pemerintahan beliau (1206–1227), anak-anak lelaki dan perempuan beliau, serta cucu-cucu lelaki mewarisi bahagian berasingan dalam empayar. Empayar Mongol dan kekhanan Mongol yang muncul daripada appanage seperti senarai di bawah.

Pada tahun 1226, anak lelaki kedua Genghis Khan, Chagatai Khan telah mengasaskan Kekhanan Chagatai. Pada zaman kemuncaknya pada akhir kurun ke-13, kekhanan ini terbentang daripada Amu Darya di selatan Laut Aral sehingga ke Pergunungan Altai yang kini terletak di Mongolia dan China, lebih kurung saiz empayar Qara Khitai yang telah runtuh. Awalnya, para pemerintah di kekhanan Chagatai mengakui kekuasaan Khan Agung, tetapi menjelang pemerintahan Kublai Khan, Ghiyas-ud-din Baraq tidak lagi menuruti perintah maharaja.

Il-Khanate (1252–1335)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1256, Il-Khanate telah diasaskan oleh cucu lelaki Genghis Khan, Hulagu Khan. Wilayah terasnya terletak di kawasan yang kini berada di Iran, Azerbaijan, dan Turki. Pada masa kemuncak kegemilangnya, wilayah Ilkhanate juga termasuk wilayah di Iraq, Syria, Armenia, Georgia, Afghanistan, Turkmenistan, Pakistan, sebagai Dagestan moden, dan sebahagian Tajikistan moden. Para pemerintah Ilkhanate selepasnya, bermula dengan Ghazan pada tahun 1295, telah memeluk agama Islam. Pada tahun 1330an, Ilkhanate telah diserang wabak Black Death. Khan terakhirnya, Abu Sa'id meninggal dunia pada 1335, di mana selepas kematian beliau telah memecah-belahkan kekhanan. Para pemerintah Ilkhanid, meskipun bukan berasal daripada Iran, telah cuba untuk mewar-warkan kekuasaan mereka dengan mengaitkan dengan masa lalu Iran, dan mereka telah mengupah para sejarawan untuk mengetengahkan Mongol sebagai pewaris ke atas Sasania (224–651 AD) pada era pra Islam di Iran.

Kekhanan Turkik[sunting | sunting sumber]

Kekhanan Turkik Asia Tengah[sunting | sunting sumber]

Negara dan alam Turco-Mongol menjelang kurun ke-15

Kekhanan Kaukasus dalam Empayar Qajar pada kurun ke-18 hingga awal ke-19th[sunting | sunting sumber]

Kekhanan Manchu[sunting | sunting sumber]

Kekhanan lain[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]