Kelab Diraja Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kelab Diraja Selangor atau Royal Selangor Club (juga digelarkan "The Spotted Dog") adalah sebuah kelab sukan di Kuala Lumpur yang bermula pada 1884. Kelab ini terletak di Jalan Raja (dahulu Gombak Road), berhadapan dengan Dataran Merdeka. Ketika itu Dataran Merdeka dipanggil 'Padang sahaja.

Pada 1884, ia menggunakan sebuah bangunan papan yang berbumbung atap nipah. Ahli-ahli pertamanya terdiri daripada H.F. Bellamy, D.G. Campbell, S.E. Harper, D.G. Gordon, Arthur Charles Alfred Norman, S.B.R. Reyne, H.C. Syers, K. Tambusamy Pillai dan A.R. Venning. Tidak lama kemudian, bangunan itu telah memerlukan pembesaran dan pembaikan.

Oleh sebab tiadanya dewan perbandaran pada awal 1890-an, kumpulan teater amatur (serta profesional kembara) membuat persembahan mereka di Kelab Diraja Selangor. Setiap orang dikehendaki menyanyi ataupun bermain alat muzik kepada orang awam. Orang ramai yang hadir di konsert-konsert ini merokok sambil menyanyi dan bermain dengan sukarela ataupun kerana disuruh. Kaum wanita tidak dibenarkan masuk.

Kelab Diraja Selangor di Kuala Lumpur

Kedatangan Duke Windsor[sunting | sunting sumber]

Satu peristiwa besar terjadi pada tahun 1922 apabila beribu-ribu orang berkumpul di padang kelab untuk menyambut Duke Windsor (pada masa itu, Putera Wales) semasa lawatannya di Kuala Lumpur. Beberapa ahli kelab dijemput mengambil bahagian dalam pasukan polo yang diketuai oleh Sultan Perak dalam permainan dengan pasukan Putera. Dalam pasukan pelawat itu terdapat seorang leftenan yang muda, Lord Louis Mountbatten yang kembali 23 tahun kemudian sebagai Ketua Turus Angkatan Bersenjata Pihak Berikat bagi Asia Tenggara sewaktu penyerahan Jepun.

Banjir besar 1910[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1910, Kelab Diraja Selangor mengalami banjir besar yang amat teruk. Oleh sebab itu, dua orang daripada ahli kelab telah ditugaskan untuk membuat rancangan pencegahan banjir pada 1921. Walau bagaimanapun, kemerosotan ekonomi pada waktu itu memaksakan rancangan tebatan banjir itu ditangguh. Banjir yang paling teruk terjadi pada Disember 1925 serta Disember 1926. Banjir 1926 menyebabkan Kuala Lumpur terasing selama beberapa hari.

Kebakaran 1970[sunting | sunting sumber]

Kebakaran terjadi dibahagian utama kelab pada malam 20 Disember 1970. Ia bermula dari bilik dapur pada 10.30 malam tanpa sebarang kecederaan.

Pembesaran dan baikpulih[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 1971, rancangan untuk bangunan baru telah dipamerkan untuk persetujuan ahli-ahli. Pelan itu kemudian diserah kepada Dewan Bandaraya dan mengakibatkan perundingan ulang-alik selama tujuh tahun. Pada suatu peringkat, yakni pada Oktober 1972, Kerajaan mengumumkan bahawa ia memerlukan padang itu untuk pembinaan sebuah pusat sivik dan oleh sebab itu, Kelab Diraja Selangor dikehendaki beralih. Beberapa tapak alternatif telah dicadangkan tanpa sebarang keputusan.

Pada 1977, mendiang Hakim Tan Sri H.S. Ong dilantik sebagai Presiden. Bersama-sama dengan timbalannya, Hakim Datuk Harun M.Hashim, mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membincangkan masa hadapan kelab itu. Diputuskan bahawa perbincangan diadakan semula dengan Dewan Bandaraya mengenai pelan yang diserah pada 1972.

Selepas kematian Tan Sri Ong pada 1978, Datuk Harun mengambil alih jawatan Presiden dan pada Julai tahun itu, beliau mendapat keizinan untuk membina semula bangunan kelab di tapak asal. Kontraktor-kontraktor di bawah arkitek Fong Ying Leong memulakan kerja pada 5 November 1978 dan pembinaannya disiap pada Disember 1980 dengan menelankan kos sebanyak RM6 juta. Kini, bangunan Kelab Diraja Selangor merupakan salah satu daripada bangunan yang terbaik di Asia.

Ruang tambahan sukan Kiara dibuka dan dirasmi oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada Ahad, 7 Jun 1998.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]