Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PENGENALAN

Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) ini telah dirasmikan oleh Dato' Mukhriz Mahathir pada 19/3/2011 di Club House di Bandar Baru Rawang. Mendapat mandat dari Jabatan Warisan Negara sebagai sebuah badan NGO, kelab ini ditubuhkan untuk membela kebajikan, meng-eratkan silaturrahim dan mengukuhkan ekonomi orang melayu. Setakat ini keahlian kelab sudah menjangkau seramai 30,000 orang seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.

MISI dan VISI

1. Menjalankan aktiviti kesedaran tentang sejarah dan kebudayaan, kebajikan, kemajuan sosial, ekonomi, kesejahteraan dan sebagainya demi ugama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

2. Memperkasakan kekuatan dan daya saing yang tinggi dalam diri setiap ahli agar menjadi pemimpin yang disegani serta mempunyai kekuatan rohani melalui jalinan kasih-sayang dan keikhlasan sekaligus dapat membina kejayaan diatas kejayaan orang lain demi merakyatkan ekonomi ahli-ahlinya.

3. Mengadakan dan menjalankan tabung amal atau apa-apa kutipan lain bagi kemajuan dan faedah tabung kelab.

4. Melahirkan usahanita yang intelektual global dan glokal di dalam menjadikan wanita yang berkarisma serta dapat merealisasikan impian ke arah menuju kejayaan di dalam perniagaan yang disalurkan.

5. Memberikan khidmat rundingan kepada ahli-ahli menerusi methadalogi ilmu dan kemahiran dalam memperjuangkan aplikasi pelan tindakan dan latihan visualisasi yang disediakan seperti seminar, bengkel dan kursus yang dianjurkan.

6. Merealisasikan motto Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia iaitu: "GERBANG PERJUANGAN, LAMBANG PENGORBANAN"


KEGIATAN EKONOMI KELAB

YDS CORPORATE LINE SDN.BHD adalah merupakan syarikat perunding kepada KKDSTTM dalam Pengurusan Perniagaan, Kewangan, Insuran, Harta, Pelaburan, Penganjuran Majlis, Pertunjukan Pentas, Kursus Pembangunan Diri, Pembangunan IT dan juga merupakan tonggak utama sebagai penjana ekonomi ahli-ahli dan juga kelab KKDSTTM yang mempunyai pengurusan profesional dan berpengalaman terutama dalam bidang pembangunan rangkaian (Business Networking Development) bertaraf domestik dan antarabangsa serta mempunyai "Team Work" yang terpilih bagi menjalankan Misi dan juga Visi ketika ini dan di masa yang akan datang. Persediaan awal bagi melaksanakan satu matlamat yang besar dalam pembentukkan organisasi bertaraf dunia. Atas dasar perniagaan dengan keupayaan menjadikan tema sebagai "ILMU, MENTOR, SISTEM" satu rumah satu perniagaan khasnya kepada orang Melayu.

Untuk menjadi Ahli dan maklumat tentang aktiviti Kelab, sila hubungi talian 019-6187500.

atau boleh juga hubungi 012-3969017 (bangi/kajang/putrajaya/serdang/semenyih) Source http://archive.is/20130423023127/reagro.blogspot.com/2013/03/kelab-kebajikan-dan-sosial-tun-teja.html