Kelab Taat Suami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelab Taat Suami Malaysia dilancarkan pada 4 Jun 2011 di Perangsang Templer, Golf Clun, Rawang, Selangor , Malaysia. Pelancaran ini sempena meraikan Majlis Perkahwinan Beramai-Ramai .[1] Ia dpimpin oleh Hatijah Amm isteri bekas pengasas Al Arqam, Ustaz Asaari Muhammad. Presiden KTS ialah Fauziah Ariffin dan Naib presiden ialah Dr Rohaya Mohamed.

Al Quran ada menyebut supaya isteri taat kepada suami seperti Nabi Sulaiman kepada Balqis, Nabi Yusuf kepada Zulaikha dan [Nabi Muhammad]] kepada isteri-isterinya.[2]

Sejak diperkenalkan di Johor 1 Mei , kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia yang mana 50 peratus ahlinya merupakan mereka daripada kalangan kelas atasan dan berminda terbuka serta golongan intelek.

Panduan seks di ranjang[sunting | sunting sumber]

Panduan seks di ranjang ini bertajuk "Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia" setebal 115 halaman , berharga RM50.00 dan dijual kepada ahli-ahli tertentu sahaja. Kulit buku ini dihiasi dengan gambar Asaari Muhammad.Buku ini diterbitkan di Pasir Putih ,Kelantan.

Pelacur kelas pertama[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2011, Naib presiden Kelab Taat Suami (KTS), Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama". Sang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.[3]

Istilah pelacur kelas pertama telah ditukar kepada 'bidadari', namun wartawan masih menggunakannya. Presiden KTS, Fauziah Ariffin menegaskan bahawa isteri hendaklah berpakaian menarik dan seksi untuk memenuhi keperluan suami.Tiada masalah berpakaian seksi kerana ini perkara peribadi. Tidak salah isteri berpakaian seksi dan menarik untuk suaminya. Lagipun Allah S.W.T telah menghalalkan hubungan suami isteri sebaik sahaja lafaz nikah.[4]

Tindakan JAKIM[sunting | sunting sumber]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengambil tindakan terhadap Hatijah Amm dan pengedaran buku panduan kepada isteri dan bakal pengantin untuk melayan suami di ranjang.[5]

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim menyatakan bahawa Kelab Isteri Taat cuba meraih publisiti dan mencari populariti agar ramai menyertainya.[6]Oleh itu, Mashitah meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang kesal dengan tindakan Dr. Rohaya yang menyamakan isteri dengan pelacur. Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Statistik Malaysia menunjukkan setiap percaraiann berlaku setiapv 15 minit. Anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit. 17 pasangan bercerai setiap hari di Malaysia. KTS tidak akan dapat membantu menyelesaikan masalah ini.[7]

Kempen Rasullulah Tokoh Seks Suci Islam[sunting | sunting sumber]

Kelab Taat Suami pada 25 Januari 2012 telah membuat sidang media untuk melancarkan kempen "Rasullulah Tokoh Seks Suci Islam" bersempena dengan sambutan Maulidurrasul tidak lama lagi. [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ JAKIM sekat buku panduan seks di ranjang KTS
  2. ^ Kelab Isteri Taat dapat pelbagai reaksi
  3. ^ Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat
  4. ^ "Kelab Taat Suami dipertahan, penganjur samakan isteri 'bidadari istimewa'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-12. Dicapai pada 2011-10-21.
  5. ^ JAKIM sekat buku panduan seks di ranjang KTS JAKIM sekat buku panduan seks di ranjang KTS
  6. ^ Mashitah: Kelab Isteri Taat cari publisiti saja
  7. ^ Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat
  8. ^ "Rasullulah Tokoh Seks Suci Islam"