Keladi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Keladi
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperma
(tiada peringkat): Monokotiledon
Order: Alismatales
Famili: Araceae
Subfamili: Aroideae
Tribus: Colocasieae
Genus: Colocasia
Spesies: Colocasia esculenta
(L.) Schott

Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus Alocasia, Caladium dan Dieffenbachia, semuanya dalam subfamili Araceae.[1][2][3] Bagaimanapun, ia juga boleh merujuk kepada satu spesies khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam, Colocasia esculenta.[4][5] Keladi berasal dari India Selatan dan Asia Tenggara.[6] Pokok tropika saka ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang. Pokok keladi ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

Pokok keladi lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu bagi menghiasi kawasan dalaman rumah.

Sekiranya terdedah kepada langsung kepada bahang matahari yang terik, ini akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.

Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya. Warna putih dan berjalur hijau nampak cerah dan menawan.

Caladium Splendens yang hidup meliar di kebun pokok Kelapa Sawit dan getah mempunyai daun sederhana besar yang berwarna hijau berbintik merah dan putih.

Keladi Changjur pula menyerlahkan kecantikannya dengan urat daun yang berwarna putih seolah-olah membahagi-bahagikan kehijauan klorofilnya. Bagaimanapun, keladi Hortulanum pula mempunyai urat daun yang berwarna hijau dan latarnya berwarna putih. Keladi Humboldtii Schott ada urat daun berwarna merah berlatarkan warna hijau dan berbintik putih.

Perbezaan seperti inilah ditakrifkan sebagai suatu kesenian yang ada pada setiap jenis pokok keladi.

Baja paling baik untuk meningkatkan kesuburan pokok keladi ialah bahan yang mengandungi kadar nitrogen yang tinggi. Selain keladi berwarna-warni, keladi hutan atau keladi yang boleh dimakan seperti keladi betawi, keladi udang, keladi minyak boleh dimanfaatkan untuk hiasan taman.

Bahkan, ramai peminat seni taman berminat menanam keladi gajah yang mempunyai daunnya yang melebar walaupun hanya mempunyai satu warna iaitu hijau.

Sesetengah peminat seni taman sanggup membina sangkar kalis panas untuk mengekalkan suhu dan kelembapan bagi membolehkan pokok keladi hidup dengan subur. Teknik ini membolehkan keladi ditanam di atas tanah dan tidak perlu menggunakan pasu. Kesuburannya juga tidak terbantut.

Kebijaksanaan penanam amat penting untuk menyusun tona warna keladi supaya kelihatan lebih menarik. Misalnya, keladi berwarna digabungkan dengan keladi hijau yang bersinar daunnya dan pada bahagian belakang pula diserikan dengan latar keunikan warna daun pokok andung (Cordyline Terminalis Var) yang berwarna merah dan hijau florosen.

Bagi pokok keladi yang tidak tinggi latarnya boleh dihiasi dengan pokok pisang sepit, Dracaena atau tumbuhan kumpulan Pleomele (pandan India) yang boleh dibiakkan dengan keratan batang.

Keladi putih pula boleh diserlahkan keunikan daunnya dengan menanam pada rumpun pokok palma yang berdaun hijau tua dan persekitarannya boleh dihiasi sama ada dengan batu kerikil, batu bukit atau batu pulau.

Bagi keladi gajah atau keladi gergasi, penanamannya kelihatan lebih menarik apabila pokok bunga mawar, bunga lili atau carnation dijadikan objek hiasan bawahan.

Peminat pokok keladi harus diingat, penanaman di dalam rumah juga masih memerlukan sinar cahaya matahari. Keladi yang mendapat sedikit cahaya terutama di tempat yang gelap menjadikan tangkainya panjang dan sukar diurus.

Jenis-jenis keladi[sunting | sunting sumber]

  1. Pokok Keladi Sebaring
  2. Pokok Keladi Seberang
  3. Keladi Tikus
  4. Keladi Kemoyan
  5. Keladi Merah
  6. Keladi Merbah
  7. Keladi Minyak
  8. Keladi Cina
  9. keladi udang
  10. keladi telur sj keladi, Colocasia antiquorum; Kamus Dewan Edisi Keempat
  11. Keladi Mawar
  12. Keladi Ais Krim
  13. Keladi Ular
  14. Keladi Birah Hitam
  15. Keladi Birah Kijang
  16. Keladi Sarawak
  17. Keladi Bantan
  18. Keladi Sawah
  19. Keladi Songket[7]
  20. Keladi Nibung
  21. Keladi Minyak
  22. Keladi Nibong
  23. Keladi Ice-cream
  24. Keladi Belang Hijau[8]
  25. Keladi Peladang
  26. Keladi Cincang Wangi[9]
  27. Keladi Batang Hitam
  28. Keladi Air
  29. Keladi Babi
  30. Keladi Nibong Merah
  31. Keladi Serakit Hitam
  32. Keladi Batang Hijau
  33. Keladi Banjar
  34. Keladi Pinang
  35. Keladi Songket Ungu
  36. Keladi Songket Hijau
  37. Keladi Dara
  38. Keladi Kelapa
  39. Keladi Lilin
  40. Keladi Tongsan
  41. Keladi Peladang
  42. Keladi Huma
  43. Keladi Belang Hijau
  44. Keladi Hutan
  45. Keladi Liar

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z