Colocasia antiquorum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Keladi telur)

Colocasia antiquorum
(Talas telur)
Ubi talas telur
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
C. antiquorum
Nama binomial
Colocasia antiquorum
Sinonim
  • Colocasia fontanesii Schott
  • Colocasia gaoligongensis H.Li & C.L.Long
  • Colocasia gongii C.L.Long & H.Li
  • Colocasia lihengiae C.L.Long & K.M.Liu
  • Caladium antiquorum (Schott) André

Colocasia antiquorum[1] merupakan satu spesies tumbuhan dari genus Colocasia yang banyak ditanam untuk mendapatkan ubinya yang berguna selaku sumber makanan. Spesies ini turut dikenali sebagai birah keladi, talas (telur), keladi telur, keladi babi, keladi udang[2] dan eddo dalam bahasa Inggeris. Nama-nama ini sering disilang pakai dengan spesies Colocasia esculenta kerana spesies ini kadang-kadang diletakkan sebagai sinonim spesies tersebut.

Ubi keladi ini biasanya berbentuk bulat dan kecil seperti telur. Daunnya pula bulat dan lebar.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Penanaman keladi atau talas hendaklah dilakukan pada permulaan musim hujan. Tanah yang banyak disinari cahaya matahari akan dipilih dan lubang sedalam 50 × 50 cm dibuat dengan jarak 80 cm antara lubang. Kemudian, lubang itu diisi dengan baja organik, dan ditimbunkan tanah.

Apabila tanaman sudah berumur sebulan, semua rumpai di sekitarnya perlu dibuang. Tanaman yang sudah berumur 2-3 bulan, akan digemburkan lagi dengan tanah. Pastikan tidak sampai terlalu banyak anak pokok yang tumbuh iaitu sekitar satu atau dua batang saja. Pada umur 7-8 bulan pula, talas baru boleh dituai. Tanaman digali keseluruhannya, dan umbinya dipotong dari batang induk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://plants.jstor.org/stable/10.5555/al.ap.specimen.ubt0000637?searchUri=filter%3Dname%26so%3Dps_group_by_genus_species%2Basc%26Query%3Dcolocasia%2Bantiquorum
  2. ^ "keladi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.