Kelangsangan anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelangsangan anjing seperti ditunjukkan oleh Charles Darwin dalam The Expression of the Emotions in Man and Animals.
Fail:Boss - Old.jpg
Anjing Tosa, Jepun.

Kelangsangan anjing ialah istilah digunakan oleh pemilik dan pembiak baka anjing untuk menggambarkan antipati anjing-ke-anjing.[halaman diperlukan]

Kelangsangan dengan sendirinya biasanya ditakrifkan oleh ahli behaviorisme anjing sebagai "niat untuk melakukan penyakitan". Banyak anjing menunjukan "paparan kelangsangan" seperti salak, bunyi geram, atau sentap di udara, yang dianggap sebagai tingak peningkat jarak, yang berniat untuk membuat orang atau anjing pergi daripada anjing itu. Sesetengah anjing langsang memaparkan kelangsangan yang terutamanya bersifat pertahanan, dan ia menyakiti anjing lain hanya sekiranya ia menanggap bahawa ia tidak mempunyai pilihan. Tetapi, anjing lain mungkin mempunyai tingkah laku langsang kerana sebab perubatan, seperti ketidakseimbangan hormon.

Kelangsangan anjing ialah tingkah laku anjing biasa, dan boleh dilihat pada semua baka anjing. Piawaian baka biasanya mengatakan sama ada kelangsangan anjing adalah biasa pada baka dan sejaruh mana kelangsangannya. Kebanyakan baka terier dan buldog dipercayai mempunyai kemungkinan pemunyaan kelangsangan tinggi menjelang kematangan. Anjing individual mungkin atau mungkin tidak memaparkan tahap kelangsangan yang dicadangkan oleh piawaian baka itu. Ini merupakan tanggungjawab pemilik untuk memastikan bahawa jenis anjing ini disosialkan dengan betul dan diberi sejumlah senaman yang betul.

Serta pembiakbakaan, pengalaman anjing mungkin menjejaskan peluangnya untuk mempunyai kelangsangan. Anjing yang diserang sebagai anak anjing mungkin mempunyai kelangsangan berdasarkan ketakutan terhadap semua anjing, atau mungkin hanya terhadap anjing yang menyerupai anjing yang menyerangnya. Sungguhpun orang cenderung untuk mengeluarkan tindak balas ini daripada anjing dengan lebih kerap daripada anjing itu sendiri, anjing mungkin menumpukan perhatian terhadap yang dibenarkan oleh pemiliknya.

Anjing yang memaparkan tingkah laku langsang tidak semestinya menunjukan tingkah laku langsang terhadap manusia. Kedua-dua jenis kelangsangan tidak semestinya berkaitan, dan tidak sentiada berlaku pada haiwan sama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Kategory:Pelatihan dan tingkah laku anjing