Kelasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kelasi adalah satu pekerjaan yang dilakukan seorang insan atau individu di laut yang melibatkan perkapalan. Juga, boleh dimaksudkan dengan yanng mengemudikan kapal atau membantu dalam operasi, penyelenggaraan atau pelayaran dari sebuah kapal. Dengan skop yang luas, ia boleh dikatakan sesiapa yang melibatkan diri didalam atau diatas kapal.

Tugas seorang kelasi ialah memandu kapal/bot, membersih dan mengawasi penyelenggaraan kapal/bot, mengawasi bot di tambatan pelabuhan/jeti dan menjaga kapal/bot di jeti pengkalan.

Selain penggunaan kata nama kelasi, ia juga boleh dikenali sebagai pelaut, materos, pelayar, atau jurumudi[1]

Di Malaysia, terdapat institusi pendidikan seperti Akademi Laut Malaysia, dalam melahirkan graduan kelasi yang lebih berkaliber dan berpendidikan tinggi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kamus Besar Bahasa Melayu.: Penerbitan Utusan, Edisi ekonomi 2002. ISBN 967-61-1335-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.