Keldai dadah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Radiograf abdomen seorang "keldai dadah"

Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.

Taktik[sunting | sunting sumber]

Bekalan dadah diambil dari Argentina dan Sepanyol dan diseludupkan ke negara ketiga. Kos membawa dadah dari Argentina ke Peru lebih murah. Hukuman hanya dipenjara 8 tahun di Peru , berbanding di Malaysia akan digantung mandatori. Mereka menggunakan dokumen dan pasport sah dengan alasan melancong , bekerja di luar negara atau melanjutkan pengajian atau diperdaya dengan tawaran percutian percuma .Sindiket akan memberi tiket sehala, menggunakan penerbangan terus ke negara transit. Mereka rela diperalatkan untuk mengejar kemewahan.[1]

Sindiket penjenayah antarabangsa akan menggunakan laman sosial di internet untuk memperdaya wanita muda menjadi keldai dadah di Asia.Siasatan Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB) mendapati sasaran utama ialah wanita dari Malaysia, Singapura , Asia Tenggara dan Asia Timur. Wanita berusia 20-30an yang tidak mempunyai rekod jenayah dan menganggur atau bekerja dalam bidang perkeranian, jualan dan perkhidmatan amat sesuai dijadikan keldai dadah.

Wanita Malaysia termasuk pelajar IPT terjebak dengan cinta warga asing terutama dari Afrika dan Iran. Pada 2006,rekod Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mendapati 31 rakyat Malaysia termasuk 4 wanita ditahan polis negara asing kerana kesalahan mengedar dadah. Antara Januari-Mac 2008, seramai 9 rakyat Malaysia ditahan kerana mengedar dadah di luar negara. Mereka didapati mudah terjerat dengan cinta 'jejaka Lombok', 'Pak Arab' dan terkini penangan cinta 'Pak hitam'. [2]

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menyatakan bilangan keldai dadah pada 2009 berkurang kepada 20 orang sahaja. 2008 (45 orang) dan 2007 (54 orang). Ini adalah hasil kempen penerangan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman. Agensi ini menerangkan modus operandi sindiket ini di institusi pengajian tinggi dan tempat awam khusus kepada golongan wanita.[3]

Senario bisnes dadah[sunting | sunting sumber]

Penanaman pokok popi untuk opium yang kurang di Asia Selatan telah meningkat kepada 3.3 % pada 2008.

Pil khayal jenis methamphetamine (MDMA) dan pengeluaran MDMA yang juga dikenali sebagai pil ecstasy dan penyeludupan ketamin semakin meningkat di Asia. Pada 2004, 33 makmal dadah ketamin haram telah dirobohkan di China. Kelab malam, disko, bar dan festival muzik menjadi lokasi utama bagi kegiatan penyalahgunaan dadah dan penyebaran mesej dadah. [4]

Contoh kes[sunting | sunting sumber]

  1. Rasundiri a/p Ganapathi ditahan di Itali.
  2. Wanita keturunan India berusia 20-an ditahan di Penjara Soto Del Real, Madrid, kerana sindiket dadah antarabangsa memaksanya menelan 100 kapsul kokain ke Sepanyol.
  3. Wanita 24 tahun dari Klang, Selangor yang ditahan ditahan di Penjara Soto Del Real, Madrid sejak 21 Mac 2008 kerana cuba menyeludup kokain dari Brazil.[5]
  4. Pada 26 Ogos 2009, seorang wanita Filipina, bekerja di China sebagai orang gaji, terbang dari Bangkok dan transit di KLIA sebelum ke Johannesburg (Afrika Selatan), kemudian ke Lima, Peru untuk mengambil bekalan dadah sebelum tinggal di Buenos Aires (Argentina) selama seminggu. Wanita itu ditahan di Hentian Puduraya. Bagasinya mempunyai dadah 5 kg , yang telah dicairkan dan dikeringkan pada baju-baju.[6] Dia dibayar upah AS$3,000 oleh sindiket warga Afrika.
  5. Pada 7 September 2009, Wanita Thailand ditahan di Hentian Puduraya kerana membawa 2 kg kokain dalam dua bingkai gambar. Ketua Bahagian Narkotik, Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang menyatakan wanita itu ditahan ketika menaiki bas menuju ke Haadyai, Thailand.[7]
  6. Pada 24 Ogos 2009, Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay mengesahkan 4 rakyat Malaysia di tahan di penjara Peru kerana menjadi keldai dadah.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]