Kelimpahan semula jadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kelimpahan semulajadi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Relative abundance of elements.png

Dalam kimia, kelimpahan semula jadi (natural abundance, NA) merujuk kepada kelimpahan isotop-isotop sesuatu unsur kimia yang secara semula jadi boleh ditemui di satu planet. Jisim atom relatif (purata timbangan) isotop-isotop ini ialah berat atom satu unsur kimia seperti yang ditulis dalam jadual berkala. Kelimpahan isotop berbeza dari planet ke planet, malah juga dari tempat ke tempat di Bumi, namun tetap malar setiap masa.

Sebagai contoh, uranium mempunyai tiga isotop yang terhasil secara semula jadi: 238U, 235U dan 234U. Kelimpahan semula jadi masing-masing berjulat di antara 99.2739 - 99.2752%, 0.7198 - 0.7202%, dan 0.0050 - 0.0059%.[1] Andainya 100,000 atom uranium dianalisa, seseorang boleh mengagak terdapat kira-kira 99,275 atom 238U, 720 atom 235U, dan hanya 5 atau 6 atom 234U. Ini kerana 238U adalah jauh lebih stabil daripada 235U ataupun 234U, dan ini boleh dibuktikan dengan separuh hayat setiap isotop: 4.4468×109 tahun untuk 238U berbanding dengan 7.038×108 bagi 235U dan 245,500 tahun untuk 234U. Namun, kelimpahan semula jadi sesuatu isotop juga dipengaruhi oleh kemungkinan penciptaannya dalam sintesis nuklear (seperti dalam kes samarium; 147Sm dan 148Sm yang radioaktif lebih banyak dalam alam semula jadi daripada 144Sm yang stabil) dan juga oleh penghasilan sesuatu isotop melalui isotop semula jadi radioaktif (seperti dalam kes isotop plumbum radiogenik).

Sisihan daripada kelimpahan semula jadi[sunting | sunting sumber]

Daripada kajian tentang Matahari dan meteorit-meteorit primitif, kini telah diketahui bahawa sistem suria pada asalnya mempunyai komposisi isotop yang hampir homogen. Sisihan daripada purata galaktik (yang berubah) yang disampel secara tempatan sekitar masa ketika pembakaran nuklear Matahari bermula, boleh secara umum diambil kira dengan pemeringkatan jisim (lihat rencana berkenaan pemeringkatan jisim bebas) dan sejumlah terhad pereputan nuklear dan proses-proses transmutasi.[2] Terdapat juga bukti penyuntikan isotop-isotop berjangka hayat pendek (kini pupus) daripada letupan supernova berdekatan yang mungkin telah memulakan keruntuhan nebula matahari.[3] Oleh itu, sisihan daripada kelimpahan semula jadi di bumi biasanya dinyatakan dalam bahagian per seribu (permil atau ‰) kerana ia kurang daripada satu peratus (%).

Satu pengecualian bagi ini terletak di dalam butiran pramatahari yang ditemui dalam meteorit primitif. Ia telah melangkau proses penghomogenan, dan selalunya membawa tanda nuklear proses-proses sintesis nuklear tertentu yang membentuk unsur-unsur butiran ini.[4] Dalam bahan-bahan ini, sisihan daripada kelimpahan semula jadi kadangkala diukur dalam faktor 100.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Uranium Isotopes, diperoleh pada 14 Mac 2012 
  2. Robert N. Clayton (1978) Isotopic anomalies in the early solar system, Annual Review of Nuclear and Particle Science 28:501-522.
  3. Ernst Zinner (2003) An isotopic view of the early solar system, Science 300:5617, 265-267.
  4. Ernst Zinner (1998) Stellar nucleosynthesis and the isotopic composition of presolar grains from primitive meteorites, Annual Review of Earth and Planetary Sciences 26:147-188.