Keluang Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Keluang Man
Keluangtiongorangjahat.jpg
Genre Adiwira
Animasi
Komedi
Format Siri Animasi
Pencipta Kamn Ismail & Team (1997)
Dimajukan oleh
  • Kamn Ismail
  • Raja Zaharuddin Shah
  • Azizi Amsam
  • Amir Hamzah Hashim
  • Azhar Saad
  • Wan Ayumi Wan Yusof
  • Zawawi Zaid
  • Anes Wardati
  • Hafidz Abu Hasan
  • Asmawi
  • Nor Hairil Azwa
  • Karim Wahab
  • Asro Zainudin
  • Norhazana
  • Arifin Sharif
  • Azman Wahab
  • Siti Zaharah
  • Ramlah
Pelakon suara
  • Akib Junid
  • Azhar Saad
  • Wan Ayumi
  • Asmawi
  • Hafidz
  • Karim Wahab
  • Nazirah Kamarudin
  • Azman Wahab
Negara asal Malaysia
Bilangan musim 1
Bilangan episod 30
Penerbitan
Tempoh siaran 30 minit
Syarikat penerbitan UAS Animation Studios (M) Sdn.­ Bhd.
Syarikat pengedaran UAS Animation Studios (M) Sdn­. Bhd.
Penyiaran
Saluran asal TV1
Siaran asal 1996 – 1998

Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen yang bersiaran melalui saluran TV1 dari tahun 1996 hingga 1998. Watak Keluang Man diilhamkan oleh Raja Zaharuddin Shah pada Jun 1997 kerana menginginkan kehadiran "Adiwira Kebangsaan" pada ketika itu. Konsep asal animasi ini dicipta oleh Kamn Ismail dan pasukannya.[1] Keluang Man mempunyai 30 episod yang diterbitkan oleh syarikat UAS Animation Studios (M) Sdn­. Bhd. Pada tahun 2008, cerita ini ditayangkan semula melalui saluran TV9.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Keluang Man merupakan sebuah cerita yang tidak mengamalkan konsep stereotaip seperti cerita adiwira yang sedia ada. Watak adiwiranya yang bersahaja dan tidak menggunakan kuasa ajaib selain daripada panduan naluri dan kejujuran telah memukau penonton. Pengarah animasinya, Encik Kamn Ismail yang sebelum itu pernah mengarah siri animasi Usop Sontorian, bersama-sama 37 orang tenaga produksi tempatan yang kurang dari segi pengalaman dan pengetahuan khusus dalam bidang animasi.

Raja Zaharuddin Shah telah menghasilkan papan ceritanya yang pertama. Olahan ceritanya dan 13 sinopsis awal siri ini dihasilkan dalam masa seminggu oleh Kamn Ismail hasil bantuan Wan Ayumi Wan Yusof. Sebelum memulakan penerbitan, satu kajian telah dilakukan berkaitan dengan suasana kehidupan dan perwatakan "Tetamu" di Taman Bahagia Tumpoi.

Walaupun aplikasi yang digunakan agak ketinggalan, tetapi jalan cerita dan konsep penceritaannya unik serta mengangkat tema kehidupan pesakit mental. Jalan ceritanya juga mampu memberi kepuasan kepada penonton serta mudah dihayati. Keluang Man merupakan animasi tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3D. Kesukaran menghasilkan gerak animasi dan gerak kamera dalam animasi yang lebih menarik telah menyebabkan Encik Kamn mencuba kaedah gabungan tersebut. Walaupun hasilnya tidak begitu kemas dan kadangkala menampakkan keganjilan dalam sesetengah babak, tenaga pekerjanya wajar mendapat pujian atas kesungguhan dan semangat dalam menghasilkannya. Episod pertamanya yang bertajuk "Pengenalan Keluang Man" berjaya dihasilkan dalam tempoh dua bulan.

Krisis ekonomi sekitar tahun 1997 hingga 1998 memberi kesan yang agak ketara kepada seluruh warga penerbitan Keluang Man. Akhirnya, setelah lebih tiga tahun dibentuk, akhirnya siri Keluang Man terpaksa dihentikan dan para karyawannya berhijrah ke syarikat animasi yang lain bagi meneruskan kesinambungan dalam kerjaya masing-masing.

Plot[sunting | sunting sumber]

Seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya, Tiung Man sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tumpoi yang diketuai Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian. Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering cuba menjejaki identiti mereka berdua. Kadangkala, gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan kelincahan mereka.

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Borhan / Keluang Man[sunting | sunting sumber]

Keluang Man

Di sebalik topeng Keluang Man, Borhan adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital sakit jiwa dan menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis istilah bagi seekor kelawar besar. Borhan akhirnya menghilang selepas van yang dinaikinya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung. Borhan mempunyai tunang bernama Suri namun telah diculik oleh Samsir yang juga pernah bertindak memukul Borhan di kepala. Akhirnya, Borhan terpaksa dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan.

Samad / Tiong Man[sunting | sunting sumber]

Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, menjelma sebagai Tiong Man pada sebelah malam, adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Watak Tiong Man adalah berdasarkan watak pembantu Batman, iaitu Robin. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tidak disengajakan berlaku di bengkelnya, beliau telah hilang ingatan dan perlu mendapatkan rawatan.

Dialog popularnya ialah ; "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" iaitu kata-kata Samad kepada Aishah yang masih lagi mahu berjumpa dengannya di hospital berkenaan. Babak menarik yang lain bagi watak Aishah adalah apabila Samad secara tidak sengaja terlucut sarung tangannya ketika cuba menyelamatkan Aishah. Kejadian itu telah menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuannya, Aishah sudah mengetahui identitinya.

Samsir Jauhari[sunting | sunting sumber]

Dia merupakan musuh ketat Borhan atau Keluang Man. Dia mengamalkan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap guru silatnya. Dia amat membenci Borhan kerana berjaya mengalahkan silatnya. Samsir akhirnya insaf setelah Keluang Man mematahkan kakinya dan dia ditangkap oleh polis setelah dia mencederakan guru silatnya itu. Dia jugalah yang mengakibatkan Borhan berada di Pusat Mental Tumpoi.

Inspektor Sahab[sunting | sunting sumber]

Seorang polis yang sering menghadapi masalah dengan Keluang Man. Apabila tiba di tempat penyiasatan didapati penjenayah telah diikat oleh Keluang Man dan Tiung Man. Suaranya amat lucu. Dia membenci Keluang Man kerana sering meganggu penyiasatannya, sehingga dia mengarahkan supaya Keluang Man ditangkap tetapi tidak berjaya.

Ated[sunting | sunting sumber]

Pekerja Pusat Mental Tumpoi yang sering menghadapi masalah dengan Borhan, dia selalu bengang apabila Borhan keluar malam, malah sering mengunci Borhan di dalam bilik gelap namun dia berjaya melepaskan diri. Ated juga adalah pembantu Dr Ramoo.

Sarip & Dol[sunting | sunting sumber]

Mereka berdua merupakan pesakit mental di pusat tersebut. Seringkali membuli pesakit yang baru masuk ke pusat tersebut.Mereka berdua menyuruh pesakit baru masuk memakan sampah dan mereka juga mengatakan kucing adalah kambing. Sarip dan Dol selalu bergaduh dengan Borhan namun ditenangkan oleh Ated. Mereka begitu menghormati Ated dan juga takut kepadanya.

Watak tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Wan Ayumi sebagai Kathy Ismail (wartawan)
  • Asmawi sebagai Inspektor Shahab
  • Hafidz sebagai Dr. Ramoo
  • Karim Wahab sebagai Zairi (jurugambar)
  • Adik Nazirah Kamarudin sebagai Mei Mei
  • Azman Wahab sebagai watak-watak lain

Versi komik[sunting | sunting sumber]

Muka hadapan komik Keluang Man

Homework Studio kembali membawa watak Keluang Man dalam bentuk komik. Medium yang berbeza ini ditonjolkan bagi memberi kelainan kepada penggemarnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]