Keluli tahan karat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gerbang berkelongsong keluli (jenis 304) Peringatan Perkembangan Kebangsaan Jefferson jelas kelihatan di latar langit Saint Louis, Missouri.

Dalam metalurgi, keluli tahan karat atau besi tahan karat ditakrifkan sebagai sebatian besi-karbon dengan kandungan minimum 10.5% kromium.[1] Nama ini berasal dari fakta bahawa besi tahan karat tidak berkarat, comot atau terhakis semudah keluli biasa. Bahan ini juga dikenali sebagai besi tahan hakisan apabila ia tidak diperincikan mengenai jenis sebatian atau grednya, terutama dalam industri penerbangan. Dengan itu, terdapat pelbagai jenis permukaan besi tahan karat yang ditawarkan dan mudah didapati, bagi memenuhi persekitaran di mana bahan tersebut terdedah sepanjang hayatnya. Kegunaan biasa besi tahan karat adalah sudu-garpu harian, dan tali jam besi.

Keluli tahan karat mempunyai ketahanan lebih tinggi terhadap pengoksidaan (karat) dan hakisan dalam kebanyakan persekitaran biasa dan buatan manusia; bagaimanapun, adalah penting untuk memilih jenis dan gred keluli tahan karat yang tepat bagi kegunaan khusus.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Steel Glossary". American Iron and Steel Institute (AISI).  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)