Kem Tahanan Kamunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kem Tahanan Kamunting terletak di bandar Kamunting, Taiping, Negeri Perak, Malaysia. Kem ini merupakan 'universiti kedua' bagi kebanyakan ahli politik Malaysia seperti Tajuddin Abdul Rahman dan Ibrahim Ali. Ia dibina pada 1969.

Kem ini menempatkan semua tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Tahanan ISA biasanya ditahan selama dua minggu atau 6 bulan. Seterusnya jika masih membahayakan negara, mereka akan ditahan selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan lagi tempoh tersebut.

Tahanan ISA merupakan penahanan seseorang tanpa perbicaraan di mahkamah di Malaysia. Mereka disyaki oleh pihak berkuasa terutama sekali Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara. Akan tetapi pihak yang ditahan tidak mengetahui apa kesalahan yang dilakukan kerana tiada pertuduhan dilakukan. Lantaran itu prosiding untuk membela diri tidak dapat dilakukan. Hal ini amat bertentang sama sekali dengan hak asasi manusia dan ajaran al Quran itu sendiri.

Keluarga boleh melawat[sunting | sunting sumber]

Ahli keluarga dibenarkan melawat tahanan terutama semasa perayaan utama di Malaysia seperti hari raya Aidilfitri dan Deepavali. Ahli keluarga yang datang melawat perlu diperiksa dan dimbas terlebih dahulu. Tidak ada sebarang makanan luar dibenarkan kecuali makanan yang boleh ditempah di kantin.

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Tahanan Kem Tahanan Kamunting yang terbaru ialah Raja Petra Kamaruddin, pengendali laman blog Malaysia Today yang banyak 'mendedahkan' masalah rasuah dan jenayah para pemimpin Malaysia termasuk Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau ditahan di bawah Seksyen 8(1), ISA dan penahanan dua tahun boleh disambung jika perlu.

Orang lain yang pernah ditahan di sini termasuklah:

Gerakan Mansuhkan ISA[sunting | sunting sumber]

Pelbagai usaha dan cara telah dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk memansuhkan ISA dan menutup kem tahanan ini.

Mereka telah menubuhkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan mengadakan demonstrasi jalanan dan berkempen melalui laman web. Hanya itulah sahaja cara bagi menyampai isi hati kepada pihak kerajaan. Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh melancarkan kempen 'vigil' pada 7 Jun 2008 di hadapan Kem Tahanan Kamunting. Sejak April 2008, mereka melancarkan Letter Signing Marathon, Petition Online dan kempen poskad. [1]

'Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA' juga telah dilancarkan. Pengarahnya ialah Norlaila Othman. 1000 orang telah hadir khususnya dari Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Mereka hanya mengadakan 'silent protest' sahaja tanpa sebarang ceramah.

Tindakan terbaru ialah menyampaikan kad hari raya ketika hari terbuka Aidilfitri diadakan di PWTC anjuran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dan menteri kabinet berugama Islam yang lain pada 1 Oktober 2008. Penyokong Hindraf dan GMI turut hadir.

Cadangan Kemta Kamunting ditutup[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Oktober 2008, Exco kerajaan Perak, A Sivanesan mencadangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin mengambil balik tanah milik kerajaan negeri Perak itu. Jika Barisan Nasional masih berminat mengekalkannya, bolehlah dipindahkan ke Johor atau Pahang. Tapak itu sesuai untuk dibina taman perumahan, hospital atau sekolah kerana terletak di tepi jalan raya Kamunting - Taiping.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]