Kemalangan kereta api Alp 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kegelinciran kereta api Alps 2010
Maklumat
Tarikh 23 Julai 2010
Masa 11:50 CET
Lokasi Fiesch
Koordinat 46°24′11″N 8°07′58″W / 46.403007°U 8.132672°B / 46.403007; -8.132672Koordinat: 46°24′11″N 8°07′58″W / 46.403007°U 8.132672°B / 46.403007; -8.132672
Negara  Switzerland
Operator Matterhorn Gotthard Bahn
Jenis kemalangan Kegelinciran
Perangkaan
Kereta api 1
Kematian 1
Kecederaan 40
Peta lokasi
Peta menunjukkan lokasi kemalangan yang berlaku di negara Switzerland
Peta menunjukkan lokasi kemalangan yang berlaku di negara Switzerland

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kemalangan kereta api Alps 2010 berlaku pada 24 Julai 2010 di pergunungan Alps, Geneva, Switzerland. Tiga gerabak Ekspres Glasier kelas pertama yang dalam perjalanan antara resort ski Zermatt dan St. Moritz tergelincir.[1]

Seorang wanita rakyat Jepun terbunuh dan 42 penumpang lain cedera. Mangsa dihantar dengan helikopter ke hospital di Geneva, Lausanne dan Valais. Kira-kira 210 penumpang berada di dalam kereta api ketika ia tergelincir di perkampungan Fiesch dan Lax. Syarikat Matterhorn Gotthard Bahn menyatakan wanita Jepun itu dari kawasan Nagano, Jepun.[2]

Kereta api penumpang itu selaju 30 km sejam membawa pelancong sekitar bulan Julai hingga September. Kira-kira 7 juta pelancong asing melawat Switzerland dan 350,000 daripadanya pelancong Jepun. Biasanya 120,000 pelancong Jepun menginap di bandar Zermatt iaitu satu bandar di Gunung Matterhorn. Pemandangan salji indah pergunungan Alps sentiasa menggamit kedatangan pelancong.[3]

Punca kemalangan itu dikatakan merupakan kesilapan manusia.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]