Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (singkatan MITI, daripada Ministry of International Trade and Industry) ialah sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini. Dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur, ia merupakan satu-satunya kementerian yang tidak berpindah ke pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan, Putrajaya. Hal ini berikutan keputusan kerajaan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan, ekonomi dan perindustrian kebangsaan.

Kementerian ini yang ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama di Jepun mengetuai usaha-usaha penggalakan pelaburan asing di Malaysia melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, agensi yang dipertanggungjawabkan kepadanya yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara dagang utama Malaysia, seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, United Kingdom dan Jerman. Selain itu, kakitangan MITI yang diketuai oleh seorang menteri mewakili negara ini dalam rundingan berkaitan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan negara asing seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Kementerian ini kini diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN-Pagoh) dan dibantu oleh dua orang timbalan iaitu Liew Vui Keong (BN-Sandakan) dan Jacob Dungau Sagan (BN-Baram) sejak bulan Mac 2008. Menteri sebelumnya ialah Datuk Seri Rafidah Aziz yang turut dikenali dengan panggilan "wanita besi".


Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain