Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia merupakan warisan dari Bahagian Kebudayaan yang diwujudkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan pula di bawah naungan Kementerian Penerangan.

Menyedari akan betapa pentingnya kebudayaan diberi pemerhatian khususnya untuk perpaduan setelah mengalami pengalaman pahit peristiwa 13 Mei 1969 dan ekoran penggubalan Dasar Kebudayaan pada tahun 1971,maka pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pada 20 Mei 1987, komponen 'kebudayaan' dipisahkan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan digandingkan pula dengan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia. Seterusnya sebuah Kementerian baru diwujudkan bergelar Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Lima tahun kemudian pada 22 Oktober 1992 struktur Kementerian ini diperkemaskan lagi dan diberi nama baru Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Ekoran dari penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004, kedua-dua komponen utama iaitu 'kebudayaan' dan 'pelancongan' telah dipisahkan dan diletakkan di bawah Kementerian berasingan iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Bermula dari penyusunan semula Kabinet pada 18 Mac 2008, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diserap ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dan kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]