Kementerian Pertahanan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Pertahanan Malaysia
كمنترين ڤرتاهنن
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk31 Ogos 1957; 66 tahun yang lalu (1957-08-31)
JenisKerajaan
Ibu pejabatWisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
Kakitangan168,283 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Dato Sri Muez Abd Aziz, Ketua Setiausaha
  • Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera
Laman sesawang
www.mod.gov.my

Kementerian Pertahanan Malaysia (Tulisan Jawi: كمنترين ڤرتاهنن; singkatan: KEMENTAH) atau Malaysia Ministry of Defence (MINDEF) ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, kepentingan dan hak strategik Malaysia ke arah mewujudkan keadaan serantau yang aman dan makmur. Kementerian ini terbahagi kepada dua perkhidmatan utama, iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.

Kini, kementerian ini dipimpin oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato' Onn) , Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.

Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan pejabat Panglima-panglima dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia dari ketiga-tiga perkhidmatan.

Bagi menampung keperluan yang semakin bertambah dengan peningkatan jumlah anggota Angkatan Tentera Malaysia ke arah menguasai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, sebuah kompleks yang mengandungi enam blok bangunan empat tingkat kemudian dibina berhadapan dengan Pejabat Bahagian Perkhidmatan Anggota. Kompleks tersebut yang berharga RM2 juta telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada 6 April 1967.

Selepas pengunduran tentera British , Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertahanan selain mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan keperluan angkatan tentera dari masa ke semasa.

Bagi menampung kesemua agensi di bawah satu bumbung, kerajaan telah membuat keputusan membina satu bangunan baru untuk Kementerian Pertahanan. Sebagai simboliknya, batu asas bangunan tersebut telah diletakkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha pada 10 Mac 1982. Bangunan baru yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur ini telah dibina dengan nilai RM144 juta dan telah disiapkan pada pertengahan tahun 1985.

Bangunan setinggi 20 tingkat ini dikenali sebagai "WISMA PERTAHANAN" yang turut menyediakan ruang-ruang pejabat dan bilik-bilik mesyuarat. Kawasan sekeliling "WISMA PERTAHANAN" yang dikenali sebagai Kompleks Wisma Pertahanan turut menyediakan beberapa kemudahan seperti bangunan tempat letak kereta bertingkat, auditorium, surau, Medan Pertahanan (Padang Kawad), balai pengawal, menara, bilik komputer, 'helipad', kafetaria dan lain-lain.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Menteri Pertahanan[sunting | sunting sumber]

No. Menteri Parti Parlimen Mula Menyandang Tamat Menyandang Timb Menteri Parti Parlimen Mula Menyandang Tamat Menyandang
Tun Haji Abdul Razak Datuk Hussien Perikatan-UMNO Pekan 31 Ogos 1957 22 September 1970
Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah Dato' Abu Samah Perikatan-UMNO Raub 13 Ogos 1973 14 September 1974
Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun USNO Marudu 15 September 1974 1974
Tun Haji Abdul Razak Datuk Hussien BN-UMNO Pekan 1974 1976
Tun Hussein Onn BN-UMNO Sri Gading 1976 1978
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud PBB Samarahan 1978 1979
Tun Hussein Onn BN-UMNO Sri Gading 1979 16 Julai 1981
Tun Dr Mahathir Mohamad BN-UMNO Kubang Pasu 17 Julai 1981 1986
Tun Abdullah Ahmad Badawi (BN-UMNO) BN-UMNO Kepala Batas 1986 28 April 1987
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak BN-UMNO Pekan 27 Oktober 1990 1995
Tan Sri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar BN-UMNO Kota Tinggi 1995 14 Disember 1999
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak BN-UMNO Pekan 15 Disember 1999 18 Mac 2008
Tun Abdullah Ahmad Badawi BN-UMNO Kepala Batas 19 Mac 2008 9 April 2009
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi BN-UMNO Bagan Datuk 10 April 2009 15 Mei 2013
Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein BN-UMNO Sembrong 16 Mei 2013 9 Mei 2018 Dato' Sri Mohd Johari Baharum BN-UMNO Kubang Pasu 16 Mei 2013 9 Mei 2018
Mohamad Sabu PH-Amanah Kota Raja 10 Mei 2018 24 Februari 2020 Liew Chin Tong PH-DAP Senator 10 Mei 2018 24 Februari 2020
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob BN-UMNO Bera 10 Mac 2020 16 Ogos 2021 Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz PPBM Tanah Merah 10 Mac 2020 16 Ogos 2021
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein BN-UMNO Sembrong 30 Ogos 2021 10 Oktober 2022 Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz PPBM Tanah Merah 30 Ogos 2021 10 Oktober 2022
Datuk Seri Mohamad Hassan BN - UMNO Rembau 3 Disember 2022 Penyandang Tuan Haji Adly Zahari BN - UMNO Rembau 3 Disember 2022 Penyandang

Passore==Lihat juga==

Pautan luar[sunting | sunting sumber]