Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Logo Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Logo Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1973
Nama Lama Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
Ibu pejabat Putrajaya
Menteri bertanggungjawab Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Anak agensi Agensi Angkasa Negara Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, Pusat Sains Negara
Tapak web
http://www.mosti.gov.my

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Datuk Dr. Ewon Ebin.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Misi[sunting | sunting sumber]

Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari.

Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.

"Memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan modal insan untuk nilai tambah sektor pertanian dan industri serta membangunkan ekonomi baru, terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT serta bioteknologi."

Visi[sunting | sunting sumber]

"Sains, Teknologi dan Inovasi bagi penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat."

Objektif penubuhan[sunting | sunting sumber]

  • Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T
  • Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T
  • Memelihara dan memantau alam sekitar
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan.

Dasar-Dasar Menerusi Kementerian Sains[sunting | sunting sumber]

Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar Sains & Teknologi Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi Sains & Teknologi Kebangsaan yang ke-2.

DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi.

Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Bahagian[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Menteri
  • Pejabat Timbalan Menteri
  • Pejabat Setiausaha Parlimen
  • Pejabat Setiausaha
  • Pejabat Timbalan Setiausaha - Polisi
  • Pejabat Timbalan Setiausaha - Operasi
  • Pejabat Penasihat Sains
  • Pusat Remote Sensing Negara (MACRES)
  • Pusat Sains Negara (PSN)
  • Bahagian Bioteknolgi Negara (BIOTEK)
  • Bahagian Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)
  • Bahagian Oseanografi Negara(NOD)
  • Bahagian Polisi ICT (DICT)
  • Bahagian Strategi dan Pengkomersialan (S&P)
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM)
  • bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
  • Pejabat Penashiat Undang-undang
  • Bahagian Kewangan
  • Pusat Sains dan Teknologi Maklumat (MASTIC)
  • Bahagian Antarabngsa
  • Bahagian Pembangunan
  • Bahagian Pentadbiran
  • Unit Audit Dalaman (UAD)
  • Unit Perhubungan Korporat
  • Unit Korporat

Jabatan[sunting | sunting sumber]

Syarikat Milik Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Syarikat Subsidiari Khazanah[sunting | sunting sumber]

Badan Statutory[sunting | sunting sumber]

Badan Bukan Kerajaan[sunting | sunting sumber]

  • Malaysian Industry Group High Technology (MIGHT)
  • Inno Biologics Sdn. Bhd.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]