Kemurnian Kepentingan Diri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kemurnian Kepentingan Diri: Konsep Baru Mengenai Egoisme (bahasa Inggeris: The Virtue of Selfishness: A New Concept of Egoism) ialah sebuah buku yang merupakan himpunan esei dan kertas kerja yang diterbitkan oleh Ayn Rand dan Nathaniel Branden pada tahun 1964. Kebanyakan esei dalam buku ini pada asalnya telah diterbitkan dalam Surat Berita Objektivisme, kecuali "Etika Objektivisme" yang merupakan kertas kerja Rand yang disampaikan di sebuah simposium mengenai "Etika dalam Zaman Kita".

"Kemurnian Kepentingan Diri" merangkumi banyak persoalan falsafah objektisme Ayn Rand. Sesetengah tema termasuk pengenalpastian dan pengesahan egoisme sebagai tataetika yang rasional, sifat merosak altruisme, serta sifat kerajaan yang betul-betul.

"Kemurnian Kepentingan Diri" telah dipilih sebagai buku bukan fiksyen yang teragung dalam abad ke-20 dalam sebuah tinjauan pendapat pembaca yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Moden.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]