Kenderaan Black Maria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Black Maria merujuk kepada kenderaan polis yang digunakan bagi pengangkutan polis. Van polis Black Maria biasanya digunakan bagi mengangkut tahanan dalam sel yang dibina khusus dalam kenderaan, atau bagi mengangkut sejumlah pegawai polis ke tempat kejadian.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Van polis Amerika Syarikat, Duluth, Minnesota, 1909.

Van polis awal adalah dalam bentuk kereta kuda, dengan keretanya dalam bentuk sel tahanan yang selamat. Pada zaman moden, van polis berenjin menggantikan Black Maria dahulu dan jenis wagon paddy kerana ia biasanya diubahsuai secara kasar bagi memuatkan tahanan.

Keperluan bagi van polis yang selamat disedari apabila terdapat tahanan yang melawan tahanan perlu dipindahkan. Kerisauannya adalah, sekiranya dibawa dalam kereta polis biasa, tahanan mungkin menyerang pegawai polis semasa dalam perjalanan.

Bagi mengatasi hal ini, van polis direka dengan sangkar besi tetap di belakang kenderaan dan secara efektifnya mengasingkan tahanan dari pegawai polis.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Paddy Wagon[sunting | sunting sumber]

Van polis moden, Polis Australia Barat.
NSW Police Ford Ranger police van with new-style cage.
Van polis moden, Finland, aka "Mustamaija".

Perkataan wagon paddy berasal dari bahasa Inggeris Amerika. Asal sebenar istilah tersebut tidak pasti dan dipertikaikan, sungguhpun kegunaannya diketaui sejak awal 1900-an.[1] Terdapat sekurang-kurangnya dua teori bagaimana farsa tersebut bermula.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oxford English Dictionary (2002); ISBN 978-0-19-521942-5
  2. ^ Partridge's Concise Dictionary of Slang and Unconventional English (1989); ISBN 0-02-605350-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]