Kenderaan gas asli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kenderaan Gas Asli (KGA, bahasa Inggeris: Natural Gas Vehicle, singkatan NGV) adalah kenderaan yang menggunakan gas asli termampat (compressed natural gas atau CNG) atau juga kadang-kadang gas asli cair (liquefied natural gas atau LNG) sebagai pilihan bahan api untuk kenderaan. Terdapat lebih kurang 5 juta KGA di dunia pada tahun 2006 dengan jumlah terbanyak di Argentina, Brazil, Iran, Pakistan dan Itali. Ia juga popular di Jerman.

Mengepam CNG

KGA boleh dipam di mana saja menggunakan saluran gas asli sedia ada. Ini memberi kemungkinan stesen pam di rumah. Honda sudah mencipta sistem tersebut yang dinamakan sebagai "Phill".[1]

Kenderaan menggunakan minyak petrol biasa boleh diubahsuai untuk menggunakan CNG atau LNG. Kini, semakin banyak kenderaan yang dibuat seluruh dunia untuk menggunakan gas asli termasuk Honda Civic dan Samand. GM do Brasil telah memperkenalkan enjin MultiPower pada Ogos 2004 yang boleh menggunakan CNG, alkohol dan petrol sebagai bahan api. Di Malaysia, kebanyakan teksi menggunakan gas asli cecair yang menolong menjimatkan kos operasi. Lebih banyak kereta persendirian di Malaysia juga diubahsuai kepada KGA.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]