Kenderaan tempur ekspedisi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kenderaan Tempur Ekspedisi
Kenderaan Serbuan Amfibia Termaju
Expeditionary Fighting Vehicle.jpg
Sebuah kenderaan tempur ekspedisi buatan General Dynamics
Jenis Kenderaan serbuan amfibia
Asal Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 2015 (dirancang).[1]
Digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat
Sejarah pengeluaran
Pengeluar General Dynamics
Variasi EFVP
EFVC
Spesifikasi
Berat 34,473 kg. (38 tan)
Panjang 10.67 m (35 kk)
 laras 9.33 m (30.6 kk)
Lebar 3.66 m (12 kk)
Tinggi 3.28 m (10.7 kk) (bumbung turet)
Krew 3+17

Perisai seramik/komposit
Senjata
utama
1 x meriam 30 mm/40 mm MK44
Senjata
kedua
1 x mesingan 7.62 mm
Enjin enjin diesel MTU MT 883 Ka-523
2,702 hp (air), 850 hp (darat)
Kuasa/berat 34.48 bhp/tan
Jarak
operasi
darat: 523 km (325 batu)
air: 120 km (74 batu)
Kelajuan jalan: 72.41 km/j (45 bsj)
air: 46 km/h (28.6 bsj) (air)

Kenderaan tempur ekspedisi atau Expeditionary Fighting Vehicle (EFV) adalah kenderaan amfibia terkini Kor Marin Amerika Syarikat. Ia dirancang akan sedia untuk diatur gerak pada tahun 2015.[1] EFV telah dinamakan semula daripada Kenderaan Serbuan Amfibia Termaju atau Advanced Amphibious Assault Vehicle pada akhir tahun 2003. Oleh sebab kenaikan kos seunit, Kor Marin A.S telah mengurangkan jumlah perolehan daripada 1,013 buah kepada 573 buah AAAV sehingga tahun 2015.[2]

Kenderaan ini merupakan sejenis pengangkut anggota berperisai amfibia; dilancarkan di laut, daripada sebuah kapal penyerang amfibia melangkaui kaki langit, boleh mengangkut skuad raifal Marin lengkap ke pantai. Ia akan dikendalikan merentasi jalan desa dengan lincah dan pergerakkanna menyamai atau lebih baik berbanding M1 Abrams.

EFV telah direka untuk mengantikan kenderaan serbuan amfibia (AAV) usang yang digunakan sejak tahun 1972[3], dan keutamaan nombor satu Kor Marin adalah memperoleh sistem senjata darat. Kelajuannya di dalam air adalah tiga kali lebih laju dan perisai dua kali lebih tebal berbanding AAV, selain kuasa tembak yang lebih baik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:USMCportallink