Kentucky Fried Chicken

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kentucky Fried Chicken
Jenis Subsidari
Industri Restoran makanan segera
Ditubuhkan 1930 di North Corbin, Kentucky (asal); 1952 di 3900 South State St, Salt Lake City, Utah (francis)
Pengasas Harland Sanders
Ibu pejabat

1441 Gardiner Lane, Louisville, Kentucky, United States (Ibu Pejabat)

Delaware, United States (Perbadanan)[1]
Bilangan lokasi 17,000 (2012)
Perancang utama David C. Novak, Pengerusi dan CEO Yum! Brands[2]
Roger Eaton, Chairman and CEO of KFC
Produk Ayam goreng, ayam panggang, burger ayam, kentang goreng, minuman berkarbonat, salad, pencuci mulut, sarapan pagi
Hasil US$ 9.2 bilion (2011)[3]
Pekerja 455,000 (2010)
Induk Yum! Brands
Laman web http://www.kfc.com/

Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.

KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain. Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.

Selain daripada ayam goreng, KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad kubis, pelbagai makanan berdasarkan kentang (termasuknya kentang jejari, kentang sendal, dan kentang putar dengan kuah), jagung pada batang dan biskut. KFC juga menghidangkan entree yang lain seperti Ayam Bertih Jagung, Ketul Ayam, hamburger, rusuk babi dan pelbagai jenis pembasuh mulut - walaupun bukan semuanya didapati di setiap tempat, khususnya dalam kawasan-kawasan di luar Amerika Syarikat. Sesebahagian hidangan sampingan adalah unik dan hanya didapati di kawasan yang tertentu.

Ayam goreng dan kentang jejari KFC.

KFC menggunakan singkatan namanya pada tahun 1991 untuk mengelakkan konotasi 'goreng' yang tidak sihat. Kini, KFC sedang membuat uji kaji tentang pai ayam, ayam tanpa tulang, serta ayam panggang sebagai tambahan kepada penawaran makanannya yang teras. Pada tahun 2004, syarikat itu mencuba jenama yang baru, iaitu "Ayam Segar Dari Dapur" ("Kitchen Fresh Chicken") dalam iklannya (yang mempunyai catatan huruf bercetak halus bahawa tuntutan kesegaran tidak merangkumi kepak ayam). Dalam Bahasa Inggeris, nama yang baru itu masih mengekalkan singkatan "KFC".

Pada April 2005, KFC membuka sebuah restoran yang baru di Louisville, Kentucky, tempat yang asalnya, di bawah nama asli Kentucky Fried Chicken dan merancangkan untuk menambahkan sekurang-kurangnya 50 buah restoran lagi.

Dave Thomas, pengasas Restoran Wendy menjalankan banyak francais Kentucky Fried Chicken sebelum memulakan rangkaian sendiri. Beliau ialah pereka tanda sebaldi-ayam-yang-berputar yang pada suatu masa dapat dilihat di luar setiap saluran keluar KFC.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Oktober 2003, Pamela Anderson, seorang peragawati Playboy serta seniwati, menyertai kempen hak-hak haiwan PETA untuk menentangi KFC dan mendesak pengguna-pengguna untuk memulaukan KFC sehingga perlakuan kepada ayam-ayamnya diperbaiki.

Pada 3 Jun 2004, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat dan KFC mencapai satu penyelesaian mengenai kempen pengiklanan KFC yang mendakwa bahawa "ayam goreng sebenarnya boleh menjadi sebahagian diet yang sihat." Syarat-syarat persetujuan itu tidak didedahkan; bagaimanapun, iklan-iklan televisyennya diberhentikan selepas penyelesaian itu. [1]

Pada 20 Julai 2004, PETA menayangkan sebuah video mengenai kekejaman kepada ayam-ayam yang diambil daripada Pilgrim's Pride, salah satu daripada pembekal KFC di Virginia Barat. Pembekal ini mengatakan bahawa ia akan menyelidik dakwaan itu. [2] Pilgrim's Pride memecat sebelas orang kakitangannya selepas tayangan video itu dan memberikan latihan terhadap kekejaman haiwan kepada tenaga kerjanya. [3] Untuk penyelidikan pengintipan PETA, sila lihat: KentuckyFriedCruelty.com

Pada akhir tahun 2005, Pamela Anderson dan PETA menyediakan video-video mengenai kekejaman haiwan di kilang-kilang pembekal KFC untuk dikirim kepada setiap pengurus KFC di United Kingdom. Pada pagi sewaktu video itu tiba, setiap pengurus menerima pesanan untuk membuang video itu ke dalam tong sumpah tanpa membuka sampul suratnya.

Pada 26 Januari 2006, Ernie Fletcher, Gabenor Kentucky, menolak desakan Pamela Anderson yang disokong oleh PETA untuk mengalihkan arca Kolonel Sanders daripada Bangunan Kapitol Kentucky. Beberapa hari selepas Yum! dan Churchill Downs mengumumkan satu persetujuan bahawa Yum! akan menjadi penaja utama untuk Kentucky Derby, Anderson mengumumkan pula bahawa beliau tidak akan lagi menghadiri perlumbaan kuda.

Sesebahagian negara telah mendapat tahu tentang tahap MSG di dalam makanan KFC yang melebihi peraturan-peraturannya (umpamanya di India). Seseparuh ahli sains percaya bahawa MSG merupakan bahaya kesihatan, dan KFC sering mendapat tempat yang atas di dalam senarai makanan MSG untuk dielakkan (kebanyakan analisis menunjukkan purata MSG sebanyak 2%).

Pada 8 Februari 2012, KFC Malaysia i-City, Shah Alam, seorang pelanggan Cina Malaysia bernama Danny Ng (Cina: 吳慈飛, Wú Cí Fēi) dipukul oleh pekerja KFC.[perlu rujukan] Isu itu berlaku kerana kehabisan ayam. Pelanggan itu marah kerana ingin menempah ayam. Mungkin itu menjadi punca pekerja itu memukul Ng Chee Fei.

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

Terjemahan bahasa Melayu
  • Mari kita makan tengah hari!
  • Ada makanan segera, adanya KFC.
  • Hidup tak sedap kalau perut kosong - Nasib baik ada Gorengan Kentucky! (1970-an - New Zealand)
  • Hari ini KFC - Aku suka macam ini! (awal 1990-an - Australia dan New Zealand)
  • KFC - Kiwi Untuk Ayam (2005 - New Zealand)
  • Makanan Jiwa (2005 - United Kingdom)
  • Sedap Sehingga Menjilat Jari!
  • Tiada Orang Masak Ayam Seperti KFC! (Australia, Singapura dan United Kingdom)
  • Rahsianya dalam rasa! (UK)
  • Tak Dapat Berlawan Rasa itu! (2005/06 - Australia dan New Zealand)

  • Setiap Orang Perlu sedikit KFC. (1990-an - Amerika Syarikat)
  • Kami masak ayam dengan cara yang betul! (1980-an)
  • Amerika Syarikat Ibu Kota Ayam (2005 - Amerika Syarikat)
  • KFC, itulah tempat yang saya nak berada!
  • KFC - Kapag Fried Chicken [diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai "Jika ia ayam goreng..."] (2004? - Filipina)
  • Apa sedang dimasak (2003-2004)
  • Kami tahu tentang memasak ayam. (2005 - Belanda)
  • Hidangan benar, mudah seperti KFC. (1990-an - Kanada)
  • Lebih Banyak di dalam Bakul (2003 - Kanada)
  • Berkelah Sekarang! (Musim panas 2005 - Kanada)
  • Jagonya Ayam (Indonesia)
  • Pulanglah dengan KFC (2005/06 - Kanada)
    • Cogan kata Kanada bertukar dengan musim. "Berkelah Sekarang!" digunakan pada musim panas, sewaktu terdapatnya lebih perkelahan.
  • KFC - Thes ki esi (θες κι εσύ)= Engkau nak juga. Greece sekitar 2000
Versi bahasa Inggeris
  • Let's do lunch!
  • There's fast food, then there's KFC.
  • Life ain't funny with an empty tummy - Thank goodness for Kentucky Fried! (1970s - New Zealand)
  • Today's KFC - I like it like that! (early 1990s - Australia and New Zealand)
  • KFC - Kiwi For Chicken (2005 - New Zealand)
  • Soul Food (2005 - United Kingdom)
  • It's finger lickin' good!
  • Nobody Does Chicken Like KFC! (Australia, Singapore and United Kingdom)
  • The secret's in the taste! (UK)
  • Can't Beat that Taste! (2005/06 - Australia and New Zealand)
  • Everybody Needs a little KFC. (1990's - United States)
  • We do chicken right! (1980s)
  • Chicken Capital USA (2005 - United States])
  • KFC that's where I want to be!
  • KFC - Kapag Fried Chicken [translated in English as "If it's fried chicken..."] (2004? - Philippines)
  • Whats Cookin (2003-2004)
  • We know what to do with chicken. (2005 - The Netherlands)
  • Real meals, easy as KFC. (1990s - Canada)
  • There's More In the Bucket (2003 - Canada)
  • Picnic Now! (Summer 2005 - Canada)
  • Come Home with KFC (2005/06 - Canada)
  • So good. (Singapore)
    • The Canadian slogans change with the seasons. "Picnic Now!" is used in summer, when there are more picnics.
  • KFC - Thes ki esi (θες κι εσύ)= you want it, too. Greece around 2000

Perhubungan perusahaan[sunting | sunting sumber]

Balmoral Pekerja dan sekutu KFC mengadakan piket di saluran keluar.

KFC menggaji sebahagian besar pekerja-pekerja muda serta yang tidak mahir, dan kerapnya membayar gaji yang minimum. Kebanyakan pekerja KFC bukan ahli kesatuan sekerja.

Di New Zealand, pekerja muda KFC mendapat gaji NZ$7.13 sejam. Kakitangan saluran keluar Balmoral, Auckland mogok selama dua jam pada 3 Disember 2005 selepas pemilik francais Restaurant Brands tidak menaik gaji dalam perundingan kontrak.

Pada 22 Februari 2006, mogok yang berterusan memberhentikan empat saluran keluar (Balmoral, Massey, Manukau dan Lincoln Road). Mogok ini diadakan untuk menentangi kadar gaji pemuda, serta untuk menyokong rang undang-undang yang bertujuan untuk mengharamkan diskriminiasi terhadap pekerja muda. Kempen ini diketuai oleh Supersizemypay.com dan Kesatuan Unite.

Di Australia, banyak saluran keluar KFC dilitupi oleh perjanjian kolektif di bawah "Persatuan Pekerja-pekerja Kedai, Pengedar dan Sekutu" (SDA). Bagaimanapun, gaji pekerja-pekerja tidak banyak melebihi kadar gaji yang ditetapkan oleh Award Perhubungan Perusahaan Australia. Ini disebabkan oleh kelemahan tawar-menawar SDA dan latar belakangnya yang konservatif. Persatuan ini sering digelarkan "kesatuan bos" oleh kesatuan-kesatuan yang lain.

Di Calgary, sebuah saluran KFC dipaksa memberhentikan operasinya buat sementara kerana kekurangan kakitangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan goodwin tidak disediakan
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AutoFE-1 tidak disediakan
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan autogenerated31 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia terletaknya di South Salt Lake, Utah

. Ia telah digantikan dengan KFC yang baru di tapak yang sama.

Laman web rasmi[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]