Kepala mufin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mufin beri biru di dalam cawan mufin kertas.
Muffin top (kepala mufin)

"Kepala mufin" (bahasa Inggeris: Muffin-top) umumnya merupakan sepatah istilah slanga pejoratif yang digunakan untuk memerikan daging teranjur apabila ia melimpah dari garis pinggang seluar atau skirt dengan cara yang menyerupai kepala mufin yang melimpahi cawan kertasnya. Keadaan ini biasanya berlaku apabila seseorang yang gemuk atau terlalu berat memakai pakaian yang berikut yang terlalu ketat:

Bagaimanapun, fenomena ini juga dilihat pada orang langsing yang memakai seluar atau seluar pendek yang tidak padan.

Asal[sunting | sunting sumber]

Istilah "kepala mufin" berasal daripada slanga Australia pada pertengahan 2003,[1] dan kini juga menjadi popular di negara berbahasa Inggeris yang lain. Perkataan ini mungkin dipopularkan buat pertama kali oleh pertunjukan televisyen Australia, Kath & Kim. Pada 2006, istilah "kepala mufin" dinamakan sebagai:

Menurut William Safire yang menulis di dalam majalah, The New York Times Magazine, "kepala mufin memenuhi satu lowong leksikal" dan "memerikan daging lebihan yang melimpah, khususnya di hadapan tetapi mungkin juga di sekeliling" pinggang.[4]

Penggunaan dalam media pop[sunting | sunting sumber]

Pada bulan November 2007, laman sesawang BBC menerbitkan sebuah makalah yang berjudul "Is this the end of the muffin top?" ("Adakah ini merupakan keakhiran kepala mufin?"). Makalah itu memerikan arah aliran fesyen seluar dan seluar pendek pinggang tinggi serta miniskirt yang dipercayai penulisnya akan menjejaskan kepopularan kepala mufin. Bagaimanapun, Laura Craik, penyunting fesyen untuk Evening Standard di London berkata bahawa beliau tidak berpendapat bahawa kepala mufin akan pupus tetapi "mungkin akan beundur buat sementara".[5]

Satu kelainan kepala mufin ialah "Mufin Kepala Terbelah", istilah yang digunakan untuk memerikan "kepala mufin" yang dilihat dari belakang apabila seluar jean dipakai terlalu rendah sehingga mendedahkan belahan punggung.

Dalam episod sitkom NBC, 30 Rock, Jenna Maroney merakamkan lagu yang dikenali sebagai "Muffin Top" (Kepala Mufin) yang kemudian menjadi lagu terlaris di Israel dan Belgium.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "'Muffin-top:' A bellybutton flasher losing the battle of the bulge". Taipei Times. 2005-08-28. http://www.taipeitimes.com/News/editorials/archives/2005/08/28/2003269498. 
  2. "Australian Dictionary Names "Muffin Top" Word Of 2006". www.wayodd.com. 2007-01-25. http://www.wayodd.com/australian-dictionary-names-muffin-top-word-of-2006/v/6300/. 
  3. "Truthiness Voted 2005 Word of the Year by American Dialect Society". American Dialect Society. 2006-01-06. http://www.americandialect.org/Words_of_the_Year_2005.pdf. 
  4. Safire, William. "On Language: Muffin-Top", The New York Times Magazine, 2005-08-28. “When the wearer's abdomen is flat, a display of flesh above and well below the bellybutton produces an eye-catching picture of what The Scotsman in Britain has called the Britney belly-flash. However, when the wearer's midriff is flabby, a vivid culinary metaphor is used: muffin-top. As every baker knows, a muffin is a small cake that rises above its metal container. When removed from the pan, its shape is round, with the top hanging over the base of the cake like a small, harmless mushroom cloud.” 
  5. Winterman, Denise. "Is this the end of the muffin top?", BBC, 2007-11-15. “The result is High Streets the length and breadth of the country awash with the unsightly bulges, just like the doughy overspill on a freshly baked muffin - only not so appetising.”